Dalam tempoh hampir enam dekat pasca kemerdekaan,
hubungan etnik di Malaysia telah melalui pelbagai liku peristiwa pasang surut,
pahit dan manis. Dengan latar belakang budaya, agama, Bahasa dan asal keturunan
yang berbeza, rakyat Malaysia bergerak maju mengharungi pelbagai cabaran dan
halangan dalam hubungan sosial bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni, damai
dan selamat.
Untuk memahami cabaran-cabaran yang telah dan sedang dilalui oleh rakyat
Malaysia sememangnya tidak mudah. Hal ini kerana, cabaran yang dilalui
melibatkan pelbagai dimensi dan faktor yang akhirnya memberikan kesan kepada
cabaran membina masyarakat yang stabil dan harmoni. Seseorang perlu benar-benar
memahami terlebih dahulu pelbagai dimensi termasuk latar sejarah yang membawa
kepada pembinaan masyarakat, bentuk dan jenis pluraliti rakyat negara ini.
1. Cabaran Dari Sudut Agama
Memiliki iltizam keagamaan yang kuat adalah antara prasyarat utama bagi
membolehkan seseorang mempunyai personaliti berjiwa Malaysia. Hal ini kerana,
mereka yang memiliki iltizam yang sebegini sudah tentu tidak bersedia melakukan
penganiaan terhadap orang lain.
Dalam konteks hubungan kemanusiaan, lazimnya seeorang yang kuat beragama akan
berpegang kepada nilai baik yang diajarkan oleh agama supaya menghormati orang
lain, berkasih sayang, saling membantu dan bersedia membuat kebaikkan. Nilai
intrinsik yang ada pada ajaran agama secara langsung dapat menahan seseorang
daripada bertindak zalim kepada orang lain.
Oleh hal yang demikian, pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi
salah satu pemangkin utama dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangn masyarat
pelbagai etnik.
2. Cabaran Dari Sudut Bahasa
Bahasa merupakan faktor penting dalam usaha memupuk perpaduan. Seperti yang
kita sedia maklum, bagi membolehkan seseorang memahami orang lain adalah dengan
berhubung atau beromunikasi antara satu dengan lain.
Perhubungan tidak dapat dilakukan dengan berkesan tanpa penguasaan Bahasa yang
baik. Oleh sebab itu, peranan Bahasa cukup besar dalam memupuk sikap kesalingan
antara kelompok masyarakat. Di Malaysia, Bahasa Melayu ialah Bahasa kebangsaan
seperti termaktub dalam perlembagaan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
menyebut Bahasa Melayu ialah Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi Malaysia.
Kedudukan dan taraf Bahasa kebangsaan terkandunag dalam Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pendidikan (Asalnya Akta
Pelajaran 1961). Oleh sebab Bahasa ialah alat penting yang berupaya memupuk
perpaduan dan penyatuan, maka semua rakyat Malaysia perlu menguasainya dengan
baik bukan sekadar untuk tujuan omunikasi semata-mata tetapi dijadikan sebagai
lambang martabat dan keperibadian rakyat dan kedaulatan negara.
Dengan semangat ini, maka lahirlah ungkapan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ misalnya yang
dilambangkan martabat dan kedudukan Bahasa kebangsaan sebagai identiti kepada
bangsa Malaysia.
3. Cabaran Dari Sudut Budaya Dan Nilai.
Dalam rangka membina personaliti berjiwa Malaysia seperti yang dihasratkan
rayat Malaysia dengan latar belakang pluraliti yang sedemikian perlu mempunyai
kekuatan budaya dan nilai yang bersifat kemalaysiaan. Hal ini kerana, dengan
kekuatan budaya dan system nilai rakyat berbilang kaum di negara ini dilihat
berupaya membina satu jalinan sosial yang kukuh dan utuh.
Oleh yang demikian, adalah mustahak bagi seluruh rakyat Malaysia memahami dan
menhayati hasrat dan semangat Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah
dicadangkan berteraskan semangat kerjasama, persefahaman dan kesalingan antara
kaum di Malaysia.
Cabaran dalam menerapkan budaya dan sistem nilai yang dapat dihayati dalam
kehidupan masyarakat juga bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini demikian kerana,
masyarakat yang amat pelbagai sifatnya secara semula jadinya memiliki pelbagai
kelainan dan perbezaan sama ada dari segi cara hidup mahupun penghayatan amalan
dan sistem nilai.
Kepelbagaiaan yang wujud tidak seharusnya menjadi kekangan untuk masyakat di
negara ini berinteraksi dan memhami antara satu sama lain. Ada banyak persamaan
yang boleh dijadikan landasan bagi memungkinkan masyarakat berkongsi bukan
sahaja dari segi nilai, malahan amalan dan tatacara kehidupan. Sesungguhnya
amat banyak persamaan dalam kehidupan khususnya nilai baik yang boleh
dikongsikan oleh masyarakat yang damai, harmoni dan sejahtera.
4. Cabaran Dari Sudut Jati Diri.
Jati diri ialah rangkuman segala nilai budaya, Bahasa, pegangan, fahaman dan
pandangan jagat sesuatu kaum. Manifestasi daripada rangkuman nilai-nilai
tersebut seterusnya membentuk watak dan sahsiah seseorang yang memancarkan
watak dan sifat peribadi, cara berfikir dan penampilan diri yang melambangkan
tradisi bangsa dan jatidiri kaumnya.
Pembentukan jati diri bukanlah seseuatu yang boleh dipaksa dalam diri
seseorang, sama seperti kita tidak boleh memaksakan sesuatu sistem nilai dan
amalan budaya seseorang kepada seseorang yang lain. Oleh hal yang demikian,
pembentukan jati diri Malaysia juga merupakan satu cabaran besar yang perlu
dihadapi dan ditangani dengan sebaik-baiknya.
Kita sering mendengar orang mengatakan bahawa jati diri bangsa kian luntur.
Kelunturan ini dirujuk kepada watak, cara hidup dan penampilan seseorang.
Kalaulah dia seorang Melayu-Islam tetapi tidak lagi mempamerkan cara hidup,
cara bertindak dan perwatakan malah cara berfikir sebagai seorang Melayu yang
beragama Islam, maka orang ini dikatakan seorang telah hilang jati diri kemelayuan
dan keislamannya.
5. Cabaran Dari Sudut Hubungan Intraetnik
Hubungan intraetnik merujuk hubugan antara satu etnik dengan etnik yang
berlainan. Hal ini merupakan cabaran besar yang sedang dihadapi oleh masyarakat
negara ini dalam proses pembentukan bangsa Malaysia yang memiliki dan
menghayati nilai dan jati diri Malaysia, cnta akan negara, memiliki semangat
patriotism yang tinggi dan bersedia mempertahankan martabat dan kedaulatannya
pada bila-bila masa diperlukan.
Pada peringkat nasional, banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan
melalui pelbagai dasar dan usaha dalam menangani masalah hubungan intraetnik.
Hal ini termasuklah memperkenalkan Rukun Negara, Kebudayaan Kebangsaan, Dasar
Sosial, Dasar Pendidikan dan Dasar Bahasa, Sekolah Wawasan dan yang mutakhir
ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Kesemua ini diperkenalkan bagi membolehkan rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang etnik berinteraksi dan menghayati nilai-nilai
yang dikongsi bersama dalam usaha menyuburkan intergrasi nasional.
Pada peringkat nasional, cabaran utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat
negara ini adalah sejauh manakah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan
negara ini telah berjaya memupuk semangan perpaduan, setia kawan, kesalingan
dan keharmonian kaum di Malaysia. Sejauh manakah keberkesanan peranan yang
dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan, pertubuhan politik, pertubuhan bukan
kerajaan, media dan para pemimpin masyarakat dalam mencapai hasrat ini. Masih
banyak kajian yang mendalam perlu dilaksanakan bagi mengupas dan menjawab
persoalan-persoalan ini.
Cabaran pada peringkat global pula dapat dilihat daripada banyaknya pergolakan
yang berlau di negara-negara yag didiami oleh masyarakat pelbagai etnik.
Ketegangan hubungan kaum yang berlaku di Afrika (seperti di Rwanda dan
Burundi), Eropah Timur (seperti di Bosnia Hezergovina), Indonesia (seperti di
Ambon) dan di tempat-tempat lain seharusnya membuka mata kita bahawa konflik
kaum boleh tercetus dan berlaku pada bila-bila masa atas sesuatu sebab.
Bagi masyarakat Malaysia, konflik yang berlaku di tempat lain perlu dilihat
sebagai pengajaran yang boleh menyedarkan betapa perlu dan pentingnya menjaga
sensitiviti dan keharmonian antara kaum. Aspek-aspek penting dalam menjaga
keharmonian hubungan antara kaum seperti kesaksamaan dan keadilan sosial, hak
asasi, agihan kekayaan dan peluang dan pendidikan perlu sentiasa diberi
perhatian. Hal ini membolehkan semua pihak berasa bahawa mereka mendapat
keadilan dan tiada pihak yang merasakan diri atau kaumnya tersisih.
Cabaran besar yang sering dihadapi adalah apabila adanya pihak yang mengambil
kesempatan dan tidak mahu mengambil pengajaran daripada pengajaran daripada
pengalaman negara lain dalam soal menguruskan hubungan antara kaum.
6. Cabaran Dari Sudut Hubungan Intraetnik.
Di Malaysia, cabaran dalam hubungan etnik tidak hanya terhad kepada yang
bersifat interetnik, tetapi juga intraetnik. Hubungan intraetnik merujuk
hubungan antara sesama kaum atau satu keturunan. Banyak faktor yang membawa
kepada keadaan tersebut.
Dalam konteks Malaysia, faktor yang boleh dianggap utama ialah wujudnya politik
kepartian. Kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili atau didominasi
oleh kaum atau etnik yang sama telah sedikit sebanyak mendorong berakunya
masalah dalam hubungan intraetnik.
Bagi kaum Melayu misalnya, kewujudan dua buah parti politik yang besar UMNO dan
PAS pada ketika ini sedikit sebanyak mewujudkan masalah hubungan antara sesama
rang melayu islam. Disamping itu, Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang pada
asasnya sesebuah parti pelbagai kaum, kaum Melayu masih mendominasi parti itu.
Dengan demikian perhubungan untra dan inter kaum di Malaysia semakin kompleks.
Perlu difahami bahawa dalam negara yang mengamalkan demokrasi yang
pemerintahnya dipilih melalui pilihan raya, politik berparti ialah sesuatu yang
sememangnya diizinkan, malah menjadi prasyarat kepada kelangsungan demokrasi
itu sendiri. Persaingan yang sihat dan membina harus sentiasa disuburkan dan
digalakkan.
Antara cabaran besar yang sedang dihadapi ialah cara atau usaha mendewasakan
atau mematangkan masyarakat Malaysia tentang sistem politik serta falsafah dan
amalan demokrasi yang membenarkan persaingan politik yang sihat. Keadaan ini
nampaknya belum lagi wujud di Malaysia, yakni masih kedengaran pertikaian
politik yang membawa kepada hubungan tidak harmoni antara sesama kaum.
7. Cabaran Dari Sudut Pengaruh Luaran
Cabaran pengaruh luaran dalam hubungan antara kaum di Malaysia boleh
dibahagikan kepada beberapa aspek yang merangkumi politik antarabangsa,
ideology, eksteremisme dan globalisasi.
Dalam era pasca perang dingin dan berakhirnya dunia bipolar pada akhir 1980-an,
kini dunia telah menjadi unipolar, iaitu Amerika dan sekutunya mendominasi
politik antarabangsa. Penguasaan mereka bukan sahaja dalam konteks Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi juga amalan dan dasar luar egara yang
menjurus kepada menjaga kepantingan mereka di mana-mana sahaja. Hal ini dapat
dilihat daripada penglibatan dan campur tanganmereka dalam hal-hal dan urusan
dalaman negara-negara di mana mereka mempunyai kepentingan strategik.
Ketegangan etnik yang berlaku di Balkan dan Eropah Barat, konflik di Sierra
Leone, Bosnia Herzegonia dan Kosovo semuanya menarik perhatian masyarakat
antarabangsa. Perhatian dunia kepada isu-isu seperti memberikakn satu dimensi
baharu kepada proses perhubungan kaum abad ke-21.
Kesan politik antarabangsa berlaku secara langsung daripada kesedaran ini
antaranya ialah boleh mewujudkan bentuk-bentuk tekanan kepada pihak berkuasa
atau negara-negara terlibat supaya melaksanakan keadilan sosial dan memberi
ruang dan peluang yang lebih adil kepada rakyat pelbagai kaum.
Ideology sering digunakan sebagai suatu alat yang cukup ampuh dalam
menggembleng tenaga dan mendapat sokongan bagi sesuatu misi atau perjuangan.
Dalam dunia yang semakin mengecil aibat globalisasi, maklumat bergerak dengan
amat pantas merentas sempadan antara negara. Dalam konteks pembinaan negara
bangsa, fahaman nasionalisme sering memainkan peranan besar dalam menyatukan
rakyat dengan slogan nasionalistik yang dapat membangkitkan semangat kekitaan
yang tinggi.
Bagi membina jati diri dan keyakinan sesuatu bangsa, kesedaran nasionalisme
adalah amat perlu. Namun, nasionalisme yang sering membawa implikasi tidak baik
dalam konteks hubungan kaum. Hal ini kerana nasionalisme pada peringkat yang
lebih ekstrem boleh mendorong kepada semangat perkauman yang sempit atau
chauvinisme dan rasisme. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka kestabila sosial
dan keharmonian dalam masyarakat yang bersifat plural itu akan berada dalam
keadaan gawat.
Oleh yang demikian, semangat nasionalisme yang hendak ditanam dalam diri
anggota masyarakat itu mestilah suatu semangat yang sentiasa dipandu oleh
nilai-nilai keadilan dan ihsan yang boleh menjadi faktor penyatu dalam proses
pembinaan semangat setia kawan dan jati diri bangsa Malaysia yang harmoni.
8. Cabaran Dalaman.
Dalam memastikan kelangsungan Malaysia banyak menghadapi cabaran dalaman
termasuklah dari segi sosial, ekonomi, agama dan ras.
Dari segi sosioekonomi, jurang antara kaya dan miskin, jurang antara bandar dan
luar bandar masih menjadi isu yang dieprdebatkan dan memerlukan penyelesaian.
Dari segi agama, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan
keturunan tidak boleh menjadi halangan untuk mewujudkan perpaduan kaum. Dialog
antara agama misalnya boleh memainkan peranan besar dalam memberikan pendedahan
tentang hal ehwal ajaran agama lain yang membolehkan rakyat negara ini lebih
memahami antara satu sama lain.
9. Cabaran Psikologi.
Cabaran psikologi dalam hubungan antara etnik pula boleh dilihat daripada
beberapa aspek merangkumi persepsi, prejudis, diskriminasi, stereotaip dan
etnosentrisme.
Persepsi bermaksud tanggapan. Tanggapan selalunya tidak membayangkan hakikat
sebenar sesuatu perkara atau memberikan pengetahuan sebenar terhadap sesuatu
maklumat. Dalam konteks hubungan etnik, persepsi yang salah terhadap sesuatu
etnik yang lain boleh memberikan kesan atau memudaratkan keharmonian dalam
masyarakat.
Oleh hal yang demikian, masyarakat yang mempunyai sifat pluraliti seperti
Malaysia perlu menghindari daripada memiliki atau memberikan persepsi yang
serong terhadap sesuatu niat atau tindakan kaum lain. Hal ini dapat mengelakkan
berlakunya salah faham antara satu etnik dengan etnik yang lain yang boleh
mencetuskan pelbagai masalah disebabkan salah faham tersebut.
Prejudis atau prasangka merupakan elemen yang boleh mencetuskan keadaan tidak
tenteram dalam hubungan kaum. Konflik boleh timbul dengan adanyanya sikap
prejudis yang boleh membangkitkan perasaan tidak puas hati antara etnik dengan
etnik yang lain.
Dalam konteks hubunganantar etnik, antara faktor utama yang boleh menimbulkan
prejudis ialah pandangan dan maklumat yang salah mengenai sesuatu etnik lain.
Maklumat ini diwariskan kepada generasi secara turun-temurun dan akhirnya
menanamkan suatu sikap benci dan saling tidak percaya mempercayai antara satu
dengan yang lain.
Diskriminasi boleh difahami sebagai lanjutan daripada sikap prasangka terhadap
kaum yang lain. Tindakkan diskriminasi ini boleh berlaku apabila sikap
prasangka itu diterjemahkan kepada bentuk tindak tanduk tertentu dengan
menafikan hak dan keadilan kepada sesuatu kaum. Dalam sebuah negara yang
berbilang kaum seperti Malaysia, sesuatu tindakan yang boleh mengarah kepada
diskriminasi akan memberikan kesan negative dan boleh mencetuskan keadaan yang
tidak harmoni.
Stereotaip ialah suatu yang ditanggapi terlebih dahulu yang bersarang dalam
pemikiran seseorang. Seseorang yang mempunyai pandangan seroang atau memiliki
pandangan tertentu tentang sifat-sifat negative sesuatu kaum amat sukar untuk
bertindak secara objektif. Tindak-tanduk yang terhasil daripada stereotaip
sering kali bersifat berat sebelah dan tidak objektif.
Dalam konteks hubungan etnik, sikap ini banyak membawa kesan negatif dan
tidak membantu mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian,
menghilangkan pemikiran dan sikap stereotaip yang mungkin ada pada sesuatu kaum
terhadap kaum lain juga merupakan antara cabaran besar yang perlu ditangani
oleh masyarakat Malaysia.
Etnosentrisme merujuk sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik
sendiri lebih baik, tinggi dan mulia daripda budaya dan nilai etnik lain.
Keadaan akan menjadi lebih buruk lagi apabila sikap ini diterjemahan dalam
bentuk melihat nilai dan budaya etnik lain lebih hina dan rendah.
Sikap ini perlu dijauhi kerana ia membawa kesa negatif terhadap masyarakat
berbilang kaum. Seseorang perlu melihat kelainan nilai dan budaya secara
positif dengan menerima kelainan itu seadanya dan tidak membuat perbandingan
yang tidak wajar.
Cabaran besar masyarakat Malaysia adalah mengikir sikap dan pemikiran yang
bersifat etnosentrisme dan menggantikannya dengan sikap dan pemikiran yang
lebih positif yakni menerima bentuk-bentuk perbezaan dari segi nilai dan amalan
kaum lain secara harmoni.
Rujukan :
1. Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ho
Hui Ling, Lee Yok Fee, Najeemah Mohd Yusof, Nazri Muslim; Hubungan Etnik Di
Malaysia; Forth Edition; Selangor Darul Ehsan, Malaysia; Oxfor Fajar Sdn Bhd;
2017