Search This Blog

Saturday, November 30, 2019

Cabaran Pembentukan Perpaduan Nasional


Dalam tempoh hampir enam dekat pasca kemerdekaan, hubungan etnik di Malaysia telah melalui pelbagai liku peristiwa pasang surut, pahit dan manis. Dengan latar belakang budaya, agama, Bahasa dan asal keturunan yang berbeza, rakyat Malaysia bergerak maju mengharungi pelbagai cabaran dan halangan dalam hubungan sosial bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni, damai dan selamat.
                                                                                         
                Untuk memahami cabaran-cabaran yang telah dan sedang dilalui oleh rakyat Malaysia sememangnya tidak mudah. Hal ini kerana, cabaran yang dilalui melibatkan pelbagai dimensi dan faktor yang akhirnya memberikan kesan kepada cabaran membina masyarakat yang stabil dan harmoni. Seseorang perlu benar-benar memahami terlebih dahulu pelbagai dimensi termasuk latar sejarah yang membawa kepada pembinaan masyarakat, bentuk dan jenis pluraliti rakyat negara ini.

1. Cabaran Dari Sudut Agama
                Memiliki iltizam keagamaan yang kuat adalah antara prasyarat utama bagi membolehkan seseorang mempunyai personaliti berjiwa Malaysia. Hal ini kerana, mereka yang memiliki iltizam yang sebegini sudah tentu tidak bersedia melakukan penganiaan terhadap orang lain.

                Dalam konteks hubungan kemanusiaan, lazimnya seeorang yang kuat beragama akan berpegang kepada nilai baik yang diajarkan oleh agama supaya menghormati orang lain, berkasih sayang, saling membantu dan bersedia membuat kebaikkan. Nilai intrinsik yang ada pada ajaran agama secara langsung dapat menahan seseorang daripada bertindak zalim kepada orang lain.

                Oleh hal yang demikian, pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi salah satu pemangkin utama dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangn masyarat pelbagai etnik.

2. Cabaran Dari Sudut Bahasa
                Bahasa merupakan faktor penting dalam usaha memupuk perpaduan. Seperti yang kita sedia maklum, bagi membolehkan seseorang memahami orang lain adalah dengan berhubung atau beromunikasi antara satu dengan lain.

                Perhubungan tidak dapat dilakukan dengan berkesan tanpa penguasaan Bahasa yang baik. Oleh sebab itu, peranan Bahasa cukup besar dalam memupuk sikap kesalingan antara kelompok masyarakat. Di Malaysia, Bahasa Melayu ialah Bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam perlembagaan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa Melayu ialah Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi Malaysia.

                Kedudukan dan taraf Bahasa kebangsaan terkandunag dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pendidikan (Asalnya Akta Pelajaran 1961). Oleh sebab Bahasa ialah alat penting yang berupaya memupuk perpaduan dan penyatuan, maka semua rakyat Malaysia perlu menguasainya dengan baik bukan sekadar untuk tujuan omunikasi semata-mata tetapi dijadikan sebagai lambang martabat dan keperibadian rakyat dan kedaulatan negara.

                Dengan semangat ini, maka lahirlah ungkapan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ misalnya yang dilambangkan martabat dan kedudukan Bahasa kebangsaan sebagai identiti kepada bangsa Malaysia.

3. Cabaran Dari Sudut Budaya Dan Nilai.
                Dalam rangka membina personaliti berjiwa Malaysia seperti yang dihasratkan rayat Malaysia dengan latar belakang pluraliti yang sedemikian perlu mempunyai kekuatan budaya dan nilai yang bersifat kemalaysiaan. Hal ini kerana, dengan kekuatan budaya dan system nilai rakyat berbilang kaum di negara ini dilihat berupaya membina satu jalinan sosial yang kukuh dan utuh.

                Oleh yang demikian, adalah mustahak bagi seluruh rakyat Malaysia memahami dan menhayati hasrat dan semangat Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dicadangkan berteraskan semangat kerjasama, persefahaman dan kesalingan antara kaum di Malaysia.

Cabaran dalam menerapkan budaya dan sistem nilai yang dapat dihayati dalam kehidupan masyarakat juga bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang amat pelbagai sifatnya secara semula jadinya memiliki pelbagai kelainan dan perbezaan sama ada dari segi cara hidup mahupun penghayatan amalan dan sistem nilai.

Kepelbagaiaan yang wujud tidak seharusnya menjadi kekangan untuk masyakat di negara ini berinteraksi dan memhami antara satu sama lain. Ada banyak persamaan yang boleh dijadikan landasan bagi memungkinkan masyarakat berkongsi bukan sahaja dari segi nilai, malahan amalan dan tatacara kehidupan. Sesungguhnya amat banyak persamaan dalam kehidupan khususnya nilai baik yang boleh dikongsikan oleh masyarakat yang damai, harmoni dan sejahtera.

4. Cabaran Dari Sudut Jati Diri.
                Jati diri ialah rangkuman segala nilai budaya, Bahasa, pegangan, fahaman dan pandangan jagat sesuatu kaum. Manifestasi daripada rangkuman nilai-nilai tersebut seterusnya membentuk watak dan sahsiah seseorang yang memancarkan watak dan sifat peribadi, cara berfikir dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jatidiri kaumnya.

                Pembentukan jati diri bukanlah seseuatu yang boleh dipaksa dalam diri seseorang, sama seperti kita tidak boleh memaksakan sesuatu sistem nilai dan amalan budaya seseorang kepada seseorang yang lain. Oleh hal yang demikian, pembentukan jati diri Malaysia juga merupakan satu cabaran besar yang perlu dihadapi dan ditangani dengan sebaik-baiknya.

                Kita sering mendengar orang mengatakan bahawa jati diri bangsa kian luntur. Kelunturan ini dirujuk kepada watak, cara hidup dan penampilan seseorang. Kalaulah dia seorang Melayu-Islam tetapi tidak lagi mempamerkan cara hidup, cara bertindak dan perwatakan malah cara berfikir sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, maka orang ini dikatakan seorang telah hilang jati diri kemelayuan dan keislamannya.

5. Cabaran Dari Sudut Hubungan Intraetnik
                Hubungan intraetnik merujuk hubugan antara satu etnik dengan etnik yang berlainan. Hal ini merupakan cabaran besar yang sedang dihadapi oleh masyarakat negara ini dalam proses pembentukan bangsa Malaysia yang memiliki dan menghayati nilai dan jati diri Malaysia, cnta akan negara, memiliki semangat patriotism yang tinggi dan bersedia mempertahankan martabat dan kedaulatannya pada bila-bila masa diperlukan.

                Pada peringkat nasional, banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan melalui pelbagai dasar dan usaha dalam menangani masalah hubungan intraetnik. Hal ini termasuklah memperkenalkan Rukun Negara, Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Sosial, Dasar Pendidikan dan Dasar Bahasa, Sekolah Wawasan dan yang mutakhir ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

                Kesemua ini diperkenalkan bagi membolehkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik berinteraksi dan menghayati nilai-nilai yang dikongsi bersama dalam usaha menyuburkan intergrasi nasional.

                Pada peringkat nasional, cabaran utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat negara ini adalah sejauh manakah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan negara ini telah berjaya memupuk semangan perpaduan, setia kawan, kesalingan dan keharmonian kaum di Malaysia. Sejauh manakah keberkesanan peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan, pertubuhan politik, pertubuhan bukan kerajaan, media dan para pemimpin masyarakat dalam mencapai hasrat ini. Masih banyak kajian yang mendalam perlu dilaksanakan bagi mengupas dan menjawab persoalan-persoalan ini.

                Cabaran pada peringkat global pula dapat dilihat daripada banyaknya pergolakan yang berlau di negara-negara yag didiami oleh masyarakat pelbagai etnik. Ketegangan hubungan kaum yang berlaku di Afrika (seperti di Rwanda dan Burundi), Eropah Timur (seperti di Bosnia Hezergovina), Indonesia (seperti di Ambon) dan di tempat-tempat lain seharusnya membuka mata kita bahawa konflik kaum boleh tercetus dan berlaku pada bila-bila masa atas sesuatu sebab.

                Bagi masyarakat Malaysia, konflik yang berlaku di tempat lain perlu dilihat sebagai pengajaran yang boleh menyedarkan betapa perlu dan pentingnya menjaga sensitiviti dan keharmonian antara kaum. Aspek-aspek penting dalam menjaga keharmonian hubungan antara kaum seperti kesaksamaan dan keadilan sosial, hak asasi, agihan kekayaan dan peluang dan pendidikan perlu sentiasa diberi perhatian. Hal ini membolehkan semua pihak berasa bahawa mereka mendapat keadilan dan tiada pihak yang merasakan diri atau kaumnya tersisih.

                Cabaran besar yang sering dihadapi adalah apabila adanya pihak yang mengambil kesempatan dan tidak mahu mengambil pengajaran daripada pengajaran daripada pengalaman negara lain dalam soal menguruskan hubungan antara kaum.

6. Cabaran Dari Sudut Hubungan Intraetnik.
                Di Malaysia, cabaran dalam hubungan etnik tidak hanya terhad kepada yang bersifat interetnik, tetapi juga intraetnik. Hubungan intraetnik merujuk hubungan antara sesama kaum atau satu keturunan. Banyak faktor yang membawa kepada keadaan tersebut.

                Dalam konteks Malaysia, faktor yang boleh dianggap utama ialah wujudnya politik kepartian. Kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili atau didominasi oleh kaum atau etnik yang sama telah sedikit sebanyak mendorong berakunya masalah dalam hubungan intraetnik.

                Bagi kaum Melayu misalnya, kewujudan dua buah parti politik yang besar UMNO dan PAS pada ketika ini sedikit sebanyak mewujudkan masalah hubungan antara sesama rang melayu islam. Disamping itu, Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang pada asasnya sesebuah parti pelbagai kaum, kaum Melayu masih mendominasi parti itu. Dengan demikian perhubungan untra dan inter kaum di Malaysia semakin kompleks.

                Perlu difahami bahawa dalam negara yang mengamalkan demokrasi yang pemerintahnya dipilih melalui pilihan raya, politik berparti ialah sesuatu yang sememangnya diizinkan, malah menjadi prasyarat kepada kelangsungan demokrasi itu sendiri. Persaingan yang sihat dan membina harus sentiasa disuburkan dan digalakkan.

Antara cabaran besar yang sedang dihadapi ialah cara atau usaha mendewasakan atau mematangkan masyarakat Malaysia tentang sistem politik serta falsafah dan amalan demokrasi yang membenarkan persaingan politik yang sihat. Keadaan ini nampaknya belum lagi wujud di Malaysia, yakni masih kedengaran pertikaian politik yang membawa kepada hubungan tidak harmoni antara sesama kaum.

7. Cabaran Dari Sudut Pengaruh Luaran
                Cabaran pengaruh luaran dalam hubungan antara kaum di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa aspek yang merangkumi politik antarabangsa, ideology, eksteremisme dan globalisasi.

                Dalam era pasca perang dingin dan berakhirnya dunia bipolar pada akhir 1980-an, kini dunia telah menjadi unipolar, iaitu Amerika dan sekutunya mendominasi politik antarabangsa. Penguasaan mereka bukan sahaja dalam konteks Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi juga amalan dan dasar luar egara yang menjurus kepada menjaga kepantingan mereka di mana-mana sahaja. Hal ini dapat dilihat daripada penglibatan dan campur tanganmereka dalam hal-hal dan urusan dalaman negara-negara di mana mereka mempunyai kepentingan strategik.

                Ketegangan etnik yang berlaku di Balkan dan Eropah Barat, konflik di Sierra Leone, Bosnia Herzegonia dan Kosovo semuanya menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Perhatian dunia kepada isu-isu seperti memberikakn satu dimensi baharu kepada proses perhubungan kaum abad ke-21.

                Kesan politik antarabangsa berlaku secara langsung daripada kesedaran ini antaranya ialah boleh mewujudkan bentuk-bentuk tekanan kepada pihak berkuasa atau negara-negara terlibat supaya melaksanakan keadilan sosial dan memberi ruang dan peluang yang lebih adil kepada rakyat pelbagai kaum.

                Ideology sering digunakan sebagai suatu alat yang cukup ampuh dalam menggembleng tenaga dan mendapat sokongan bagi sesuatu misi atau perjuangan. Dalam dunia yang semakin mengecil aibat globalisasi, maklumat bergerak dengan amat pantas merentas sempadan antara negara. Dalam konteks pembinaan negara bangsa, fahaman nasionalisme sering memainkan peranan besar dalam menyatukan rakyat dengan slogan nasionalistik yang dapat membangkitkan semangat kekitaan yang tinggi.

                Bagi membina jati diri dan keyakinan sesuatu bangsa, kesedaran nasionalisme adalah amat perlu. Namun, nasionalisme yang sering membawa implikasi tidak baik dalam konteks hubungan kaum. Hal ini kerana nasionalisme pada peringkat yang lebih ekstrem boleh mendorong kepada semangat perkauman yang sempit atau chauvinisme dan rasisme. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka kestabila sosial dan keharmonian dalam masyarakat yang bersifat plural itu akan berada dalam keadaan gawat.

                Oleh yang demikian, semangat nasionalisme yang hendak ditanam dalam diri anggota masyarakat itu mestilah suatu semangat yang sentiasa dipandu oleh nilai-nilai keadilan dan ihsan yang boleh menjadi faktor penyatu dalam proses pembinaan semangat setia kawan dan jati diri bangsa Malaysia yang harmoni.

8. Cabaran Dalaman.
                Dalam memastikan kelangsungan Malaysia banyak menghadapi cabaran dalaman termasuklah dari segi sosial, ekonomi, agama dan ras.

                Dari segi sosioekonomi, jurang antara kaya dan miskin, jurang antara bandar dan luar bandar masih menjadi isu yang dieprdebatkan dan memerlukan penyelesaian.

                Dari segi agama, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan keturunan tidak boleh menjadi halangan untuk mewujudkan perpaduan kaum. Dialog antara agama misalnya boleh memainkan peranan besar dalam memberikan pendedahan tentang hal ehwal ajaran agama lain yang membolehkan rakyat negara ini lebih memahami antara satu sama lain.

9. Cabaran Psikologi.
                Cabaran psikologi dalam hubungan antara etnik pula boleh dilihat daripada beberapa aspek merangkumi persepsi, prejudis, diskriminasi, stereotaip dan etnosentrisme.

                Persepsi bermaksud tanggapan. Tanggapan selalunya tidak membayangkan hakikat sebenar sesuatu perkara atau memberikan pengetahuan sebenar terhadap sesuatu maklumat. Dalam konteks hubungan etnik, persepsi yang salah terhadap sesuatu etnik yang lain boleh memberikan kesan atau memudaratkan keharmonian dalam masyarakat.

                Oleh hal yang demikian, masyarakat yang mempunyai sifat pluraliti seperti Malaysia perlu menghindari daripada memiliki atau memberikan persepsi yang serong terhadap sesuatu niat atau tindakan kaum lain. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya salah faham antara satu etnik dengan etnik yang lain yang boleh mencetuskan pelbagai masalah disebabkan salah faham tersebut.

                Prejudis atau prasangka merupakan elemen yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dalam hubungan kaum. Konflik boleh timbul dengan adanyanya sikap prejudis yang boleh membangkitkan perasaan tidak puas hati antara etnik dengan etnik yang lain.

                Dalam konteks hubunganantar etnik, antara faktor utama yang boleh menimbulkan prejudis ialah pandangan dan maklumat yang salah mengenai sesuatu etnik lain. Maklumat ini diwariskan kepada generasi secara turun-temurun dan akhirnya menanamkan suatu sikap benci dan saling tidak percaya mempercayai antara satu dengan yang lain.

                Diskriminasi boleh difahami sebagai lanjutan daripada sikap prasangka terhadap kaum yang lain. Tindakkan diskriminasi ini boleh berlaku apabila sikap prasangka itu diterjemahkan kepada bentuk tindak tanduk tertentu dengan menafikan hak dan keadilan kepada sesuatu kaum. Dalam sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, sesuatu tindakan yang boleh mengarah kepada diskriminasi akan memberikan kesan negative dan boleh mencetuskan keadaan yang tidak harmoni.

                Stereotaip ialah suatu yang ditanggapi terlebih dahulu yang bersarang dalam pemikiran seseorang. Seseorang yang mempunyai pandangan seroang atau memiliki pandangan tertentu tentang sifat-sifat negative sesuatu kaum amat sukar untuk bertindak secara objektif. Tindak-tanduk yang terhasil daripada stereotaip sering kali bersifat berat sebelah dan tidak objektif.

Dalam konteks hubungan etnik, sikap ini banyak membawa kesan negatif dan tidak membantu mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian, menghilangkan pemikiran dan sikap stereotaip yang mungkin ada pada sesuatu kaum terhadap kaum lain juga merupakan antara cabaran besar yang perlu ditangani oleh masyarakat Malaysia.

Etnosentrisme merujuk sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik sendiri lebih baik, tinggi dan mulia daripda budaya dan nilai etnik lain. Keadaan akan menjadi lebih buruk lagi apabila sikap ini diterjemahan dalam bentuk melihat nilai dan budaya etnik lain lebih hina dan rendah.

Sikap ini perlu dijauhi kerana ia membawa kesa negatif terhadap masyarakat berbilang kaum. Seseorang perlu melihat kelainan nilai dan budaya secara positif dengan menerima kelainan itu seadanya dan tidak membuat perbandingan yang tidak wajar.

Cabaran besar masyarakat Malaysia adalah mengikir sikap dan pemikiran yang bersifat etnosentrisme dan menggantikannya dengan sikap dan pemikiran yang lebih positif yakni menerima bentuk-bentuk perbezaan dari segi nilai dan amalan kaum lain secara harmoni.

Rujukan :
1. Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ho Hui Ling, Lee Yok Fee, Najeemah Mohd Yusof, Nazri Muslim; Hubungan Etnik Di Malaysia; Forth Edition; Selangor Darul Ehsan, Malaysia; Oxfor Fajar Sdn Bhd; 2017


No comments:

Post a Comment

Definisi "ORANG KAYA"

👉 Tony Fernandez  Sampai sekarang kita tidak pernah tahu pun dia naik kereta apa dan tak pernah tunjuk pun duit yang dia ada. Yang kita tah...