Kebudayaan yang antara lain terdiri daripada
produk-produk budaya seperti Bahasa, cara hidup, system kepercayaan, adat
resam, komunikasi dan sebagainya terbentuk hasil hubungan manusia dengan
persekitaran masing-masing dan keupayaan potensi diri yang mereka miliki.
Umumnya, manusia pelbagai ras, kaum atau etnik dengan
perbezaan latar belakang sosiobudaya ini bertemu dan hidup dalam wilayah yang
sama hingga membentuk masyarakat plural dengan kata yang lebih lain, mereka ini
disebut sebagai keperlbagaian budaya.
Istilah keperbagaian budaya ini merujuk kepada
masyarakat yang terdiri daripada keberagaman agama, ras, Bahasa dan budaya. Ia
merangkumi konsep pluraliti, keragaman dan heterogen yang menggambarkan manusia
yang hidup dalam komuniti dan kebudayaannya masing-masing yang unik.
Di luar negara, masyarakat barat mengamalkan system
demokrasi. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa menggubal
undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Dalam system
demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih
oleh rakyat. Di negara barat, mereka sangat mengutamakan suara rakyat dan
rakyat berkuasa penuh dalam penentuan pemimpin mereka sampaikan ada pemimpin
yang sanggup menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan kuasa memerintah.
Namun begitu, Malaysia merupakan sebuah negara Islam
yang mengamalkan sosial budaya masyarakat Muslim yang menjadi contoh kesepaduan
kaum yang baik kepada negara-negara lain, kita mengamalkan demokrasi
berparlimen. Demokrasi Berparlimen adalah satu system pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Demokrasi Berparlimen ini membahagikan kuasa pemerintahan kepada 3
bahagian iaitu, Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran)
Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen sejak
mendapat kemerdekaan daripada british pada tahun 1957. Demokrasi berparlimen
ini diamalkan di bawah pentadbiran raja berperlembagaan.
Seterusnya, daripada aspek social pula, masyarakat
barat lebih berfikiran terbuka dan menyuarakan pendapat mereka dengan cara yang
sungguh sopan. Mereka kurang mempercayai pantang larang, petua dan
perkara-perkara yang di anggap kolot seperti bomoh dan dukun.
Seperti mana masyarakat negara arab, masyarakat barat
juga menggunakan kaedah bersalaman atau berjabat tangan sebagai satu kaedah
untuk mengeratkan hubungan antara mereka. Budaya ini sangat elok dipraktikkan
di Malaysia sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kesepaduan rakyat Malaysia.
Perkara ini pernah disebut di dalam satu hadis Riwayat
Ahmad, daripada al-bara’ berkata, bahawa rasullullah SAW bersabda :
Maksudnya: “Tidaklah ada dua orang muslim itu
apabila bertemu, lalu bersalamanan, melainkan akan diampunkan dosa keduanya
sebelum mereka berpisah.”
[Riwayat Ahmad (18547)]
Tetapi perbuatan ini hanyalah sesuai dilakukan
antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita sahaja. Bagi hukum
bersalaman dengan berlainan jantina ajnabi, Daripada Muhammad Bin Munkadir RA
berkata, aku mendengar daripada Umaimah Binti Ruqaiqah menceritakan :
Maksudnya: Ketika aku datang bersama
perempuan untuk membai’h kepada Nabi SAW, lalu Baginda SAW bersabda “Aku baia’h
(perjanjian) kepada apa yang kalian mampu dan berupaya akan tetapi aku tidak
berjabat tangan dengan wanita”
Riwayat Ibnu Majah (2984)
Daripada sebuah Hadis Riwayat Imam Bukhari, Saidatina
A’ishah R. Anha berkata :
Maksudnya: Demi Allah, Tangan
Rasullullah SAW tidak pernah disentuh oleh wanita (bukan mahram) sekali pun
dalam baia’h (perjanjian, Mereka hanya membaia’h dengan
ucapan sahaja
Riwayat Imam Bukhari (4891)
Budaya seterusnya yang wajar masyarakat Malaysia ikuti
adalah Menepati waktu dan datang lebih awal dari waktu yang di janjikan.
Masyarakat barat sangat menekankan konsep menepati masa. Bagi mereka, orang
yang datang lewat di sesuatu acara adalah mereka yang kurang sopan dan tidak
menghormati orang lain dan majlis secara amnya.
Seterusnya, masyarakat barat tidak suka untuk berbual
dalam jarak yang sangat dekat. Perbuatan ini akan menyebabkan mereka rasa tidak
selesa dan cuba untuk membelakangkan sedikit posisi badan mereka supaya
perbualan atau perbincangan itu dalam dijalankan di dalam keadaan yang selesa
dan lebih berkeyakinan. Ini kerana, setiap orang mempunyai Jarak Selesa
berbeza-beza antara setiap individu, sekiranya kita berbual terlalu dekat,
perbualan atau perbincangan itu menjadi perbincangan yang tidak selesa kerana
jaraknya terlampau dekat dan mengundang perasaan tidak selesa kepada rakan
perbualan kita.
Seterusnya, walaupun masyarakat barat negara mereka
sangat maju, pertumbuhan ekonomi mereka sangat pesat membangun, tetapi tidak
pernah mengabaikan bab kekeluargaan. Masyarakat barat boleh di katakan hampir
tiada konsep pembantu rumah. Pembantu rumah hanya di miliki oleh
golongan-golongan bangsawan dan mereka-mereka yang sangat kaya sahaja. Bagi
masyarakat-masyarakat biasa ini, mereka akan uruskan urusan rumah tangga mereka
dengan kudrat mereka sendiri dan membahagikan masa sebaiknya antara urusan
kerja dan urusan rumah tangga.
Seterusnya, bab berbaris dan memotong barisan.
Masyarakat Barat menganggap memotong barisan ini adalah suatu tingkah-laku tidak
sopan dan boleh merosakkan keharmonian sesebuah kawasan persekitaran. Budaya
beratur ini akan di pupuk sedari anak kecil lagi bagi memastikan adab dan
perasaan menghormati masyarakat sekeliling di pupuk sedari kecil supaya budaya
dan bangsa mereka tidak tercemar dengan perkara-perkara yang di anggap remeh
tetapi boleh membawa impak negatif kepada bangsa mereka.
Daripada teladan ini, dapat kita simpulkan bahawa,
masyarakat barat mempunyai sifat sabar yang tinggi walaupun terpaksa beratur
lama kerana mereka lebih mementingkan menjaga adab dan menghormati keharmonian
kaum daripada bersifat pentingkan diri sendiri.
Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin
Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu
zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan
agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”.
[Riwayat al-Tirmizi (2260)] [Hadith ini sahih
dengan banyaknya syawahid (jalur lain) padanya]
Dan di dalam surah al-Zumar ayat 10, Allah berfirman :
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang
bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak
terkira”.
[al-Zumar:10]
Semoga Allah SWT memelihara iman dan amal kita serta
mengurniakan kita kesabaran yang teguh agar kita dapat memelihara dua nikmat
yang besar dan agung ini.
Seterusnya, masyarakat barat tidak lokek untuk
mengungkapkan perkara ‘Maaf’ dan ‘Terima Kasih’. Dalam sebuah Hadis Riwayat
Tirmizi, Nabi Muhammad SAW bersabda :
Maksud: Barangsiapa yang menanggung kezaliman yang
dilakukan ke atas orang lain, sama ada mengenai maruah dan kehormatan atau
sebarang perkara lain (mengambil harta orang lain) maka bersegeralah untuk
meminta keampunan sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit
atau emas perak untuk membayarnya, bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal
soleh, akan diambil daripada amalnya itu dan diberikan kepada orang itu, kalau
ia pula tidak mempunyai amal soleh, maka akan diambil dari kesalahan orang itu
serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.
Riwayat Tirmizi( 2419)
Adalah harus di ketahui dosa diantara manusia terhapus
hanyalah dengan meminta kemaafan daripada manusia yang dizalimi itu sendiri.
Firman Allah di dalam surah Az-Zumar ayat 53 :
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai
hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua
Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(Surah Az-Zumar: 53)
Seterusnya, masyarakat barat gemar untuk bertanya
khabar apabila berjumpa dengan masyarakat di kejiranan mereka. Budaya ini biasa
di amalkan di Malaysia tetapi kini kian pupus disebabkan perkembangan teknologi
gajet dan telekomunikasi. Masyarakat Malaysia lebih gemar bersosial menggunakan
platform Media Sosial seperti WhatApps, Facebook, Tweeter dan lain-lain
sehingga siapa yang tidak di sebelah rumah mereka pun mereka sudah tidak ambil
peduli. Antara pertanyaan-pertanyaan yang asas mereka tanyakan adalah ‘are you
okey?’, ‘How your weeks’ dan macam-macam lagi yang dulu masyarakat Malaysia
kerap amalkan tetapi kini pupus ditelan arus teknologi maklumat.
Selain itu, masyarakat barat juga suka menggunakan
perkataan-perkataan positif seperti ‘Lovely’, ‘Amazing’, ‘Cool’ dan ‘Great’.
Perkataan-perkataan ini Nampak seperti perkataan-perkataan mudah dan biasa di
dengar tetapi sebenarnya ia membawa impak yang sangat positif kepada sesiapa
yang mendengarnya.
Sebuah Hadis dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW
bersabda :
Maksudnya: Sesiapa yang melepaskan
saudara mukmin daripada kesusahan di dunia maka Allah akan melepaskan
kesusahannya pada hari kiamat
(Rujuk: 40 Hadis Imam Nawawi: 36)
Sememangnya kita tidak membantu apa-apa daripada segi
bentuk fizikal, tetapi perkataan kita yang positif itu, ianya memberi kata-kata
semangat untuk seseorang itu bangkit semula dari rasa rendah diri mereka di
sebabkan masalah hidup dan kesempitan yang mereka laluinya sebelumnya.
Di dalam hadis lain mengatakan, Rasulullah SAW bersabda
:
Maksudnya: “Orang yang beriman itu
bukanlah sifatnya memaki hamun, melaknat, berkata kotor dan juga bahasa yang
keji.”
Riwayat al-Tirmizi (1977)
Seterusnya, masyarakat barat mengamalkan sikap jujur
dalam urusan harian mereka. Mereka tidak akan ambil perkara atau barangan yang
bukan hak milik mereka. Sebagai contoh kes dompet tercicit, dalam kebanyakkan
kejadian berlaku di negara barat, dompet yang tercicir biasanya dapat di jumpai
kembali dalam keadaan yang selamat dan tidak kurang sesen pun nilai duit di
dalam tu. Kenyataan saya ini bukan mengatakan tiada kes jenayah atau rompakan
berlaku langsung di negara barat tetapi pada kebiasaannya kes dompet tercicir
ini menjadi isu yang biasa kepada rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara
barat dan rata-rata dompet yang tercicir itu dapat di temui kembali dalam
keadaan yang selamat, cukup sifat dan cukup nilai.
Di dalam sebuah hadis RIwayat al-Tirmizi, Rasullullah
SAW Bersabda :
Maksudnya: “Mukmin yang paling
sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”
Riwayat al-Tirmizi (1162)
Seterusnya, masyarakat barat suka memanggil orang yang
mereka rapat ataw orang yang baru mereka temui dengan panggilan manja,
contohnya, ‘sweetie’, ‘dear’ dan ‘honey’. Budaya ini mungkin tidak relevan
untuk di amalkan di kalangan masyarakt Malaysia, tetapi ianya boleh di jadikan
amalan dan penanda aras di dalam institusi kekeluargaan islam iaitu pasangan
memanggil pasangan mereka dengan panggilan manja walaupun anak-anak mereka dah
ramai tetapi langkah ini sebenarnya akan mengeratkan lagi sesuatu institusi
perkahwinan itu sendiri.
Secara keseluruhannya, kepelbagaian budaya dan
keberagaman etnik di Malaysia merupakan satu wadah yang unik ke arah mewujudkan
bangsa Malaysia yang berasaskan kesepaduan kaum.
No comments:
Post a Comment