Search This Blog

Thursday, April 30, 2020

HOLOGRAM MEDITAG KKM


Hologram KKM merupakan salah satu ciri utama untuk kenalpasti ubat berdaftar dengan KKM. Perkembangan terkini Hologram Meditag KKM ini telah ada "Versi Ke-IV" bagi menggantikan "Versi Ke-III".

Oleh itu, produk-produk ubat berdaftar dengan KKM yang ada dalam pasaran sekarang akan ada kedua-dua versi Hologram ini. Produk terkini dikeluarkan daripada kilang akan menggunakan Hologram baru dan produk-produk yang telah berada dalam pasaran masih ada Hologram "Versi Ke-III". Maka kedua-dua Hologram ini masih sah menunjukkan ciri-ciri ubat berdaftar.

Sebagai peringatan. Ciri-ciri ubat berdaftar adalah
1. No pendaftaran produk (No. MAL)
2. Pelekat Hologram Meditag KKM

Hologram KKM ini juga menunjukkan kesasihan sesuatu produk ubat berdaftar dengan KKM. Maksudnya produk yang ada pelekat Hologram ini, produk itu bukan produk palsu. Ini adalah kerana, hanya pemegang kelulusan produk berdaftar sahaja yang boleh membeli pelekat Hologram ini.

Oleh itu produk tiruan memang tiada pelekat Hologram ini. Kalau ada, pembuat produk tiruan ini akan cuba membuat pelekat Hologram yang tiruan. Sebab itu ada applikasi telefon pintar disediakan untuk semakan kesasihan pelekat Hologram yang ada pada produk.

Moga informasi ini bermanfaat buat semua.

Cara menyemak ketulenan produk melalui laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (BPFK / NPRA), anda boleh klik pautan di bawah :
https://quest3plus.bpfk.gov.my/pmo2/index.php





No comments:

Post a Comment

Definisi "ORANG KAYA"

👉 Tony Fernandez  Sampai sekarang kita tidak pernah tahu pun dia naik kereta apa dan tak pernah tunjuk pun duit yang dia ada. Yang kita tah...