Dengan menutup hati kau terus menerus tidak akan melindungi kau.
Apabila kau memilih untuk mengunci hati kau, kau juga memilih untuk menahan orang untuk datang memasukinya secara tidak langsung. Kau tak beri peluang untuk orang mengenalikau secara lebih mendalam, dan sebaliknya, kau juga menidakkan peluang diri kau untuk mengenali mereka.
Aku tahu, kau takut untuk bersama dengan seseorang. Kerana dengan memberi rasa kebersamaan ini, hanya akan meletakkan risiko untuk dipermainkan semula, dan kau tahu pada penghujung pengakhirannya tidaklah gembira seperti mana kau mahu.
Tapi akan tiba pada satu hari nanti, kau sedar yang betapa sunyinya kehidupan kau. Dan mungkin sebenarnya hari itu pun sudah kau jalani ketika ini. Dan kau berharap untuk ada seseorang datang kepada kau, membenarkan dia untuk masuk, tapi kau tiada kekuatan dan kau tiada idea.
Bertenang. Biarkan diri kau sendiri merasakan apa yang ada di dalam hati kau. Biarkan diri kau secara perlahan-lahan memberi rasa izin itu keluar sementelah lama ia ditahan. Walaupun kau rasa dengan mengasingkan diri itu seolah akan membantu kau, sebenarnya ia hanya menyekat kau untuk terus pulih. Ia menjadikan proses penyembuhan itu menjadi lebih sukar.
Tiada salahnya membuka hati kau kembali. Tiada salahnya mengakui yang perasaan itu telah datang kembali. Dan tiada salahnya untuk memberi keizinan kepada diri kau untuk bercinta dengan sepenuh rasa.
Dengan terus menerus mengunci hati kau, pada tempoh yang pendek, ia adalah perkara yang mudah untuk dilakukan. Tapi untuk tempoh yang panjang, ia akan memakan diri kau semula. Ia akan menutup ruang untuk kau terus berhubung dengan orang lain.
Orang-orang yang sebenarnya datang dan akan melayan kau dengan baik. Aku tahu, hati yang kau pegang erat ini, pernah dikhianati satu tika dulu. Namun hati tetap hati. Dan lumrahnya untuk dicintai tak kira bagaimana cara sekalipun.
Dan itu ok. Benar, ada baiknya untuk memilih. Ada baiknya untuk kau meletakkan syarat kepada sesiapa yang mahu datang ke dalam hati kau. Kau berhak memasang setinggi mana tembok yang kau mahu. Kau berhak untuk memastikan orang yang datang ini benar-benar orang yang mahu memberi komitment. Sebab apa? Sebab ini adalah hati kau.
Tapi dengan terus menutup bukanlah salah satu daripada caranya.
No comments:
Post a Comment