Antara faktor-faktor dan punca-punca yang mempengaruhi penglibatan remaja di dalam gejala basikal lajak ini boleh di klasifikasikan kepada 7 bahagian.
- Faktor Sekolah
Sekolah merupakan tempat di mana pelajar akan
memperoleh pendidikan formal daripada guru yang bertauliah. Matlamat sekolah
adalah untuk mendidik generasi muda kea rah pembangunan bangsa yang lebih maju
dan berhemah tinggi dan menyedikan suasana persekitaran yang sihat. Guru
merupakan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar. Jika guru mempunyai sikap
yang tidak baik, maka pelajar akan mencontohi guru tersebut tanpa memikir impak
kepada masa hadapan mereka. Di samping itu, sekolah yang tidak menekankan mutu
pembelajaran yang berkualti akan menyebabkan remaja yang tamat persekolah mudah
terjebak dengan tingkah laku yang tidak sihat. Tingkah laku yang tidak bermoral
ini berlaku apabila guru tidak menjalankan tugas mereka dengan baik dan
tidak meneliti masalah yang berlaku di persekitaran mereka. Sesetengah guru
juga tidak bersikap professional dalam menjalankan tugas mereka dengan
berbincang secara telus dan terperinci tentang masalah pelajar di sekolah
sesame sesi perjumpaan dengan ibu bapa. Hubungan antara ibu bapa dan guru
sepatutnya di pupuk menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Dengan
inisiatif ini setiap masalah moral yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar
sekolah, guru dapat memaklumkan terus kepada ibu bapa pelajar untuk di ambil
tindakan tegas di peringkat keluarga.
- Faktor pengaruh rakan
sebaya.
Peringkat remaja merupakan peringkat di mana
pelajar lebih bersosial dan berkawan. Masa mereka lebih banyak di gunakan di
luar seperti di sekolah. Hal ini menyebabkan mereka lebih menghabiskan masa
dengan rakan-rakan di sekolah. Rakan merupakan seseorang yang paling rapat
dengan seseorang. Seperti yang dapat kita lihat pada hari ini, masalah moral
pelajar berlaku apabila terdapat rakan mereka juga melakukan perkara yang sama
seperti permainan basikal lajak. Jika mereka tidak melakukan perkara yang di
suruh rakan-rakan, mereka akan di pulaukan oleh rakan-rakan mereka. Di samping
itu, pelajar juga menggunakan rakan untuk mengisi rasa kasih sayang yang kurang
di berikan oleh ibu bapa kepada mereka. Pelajar juga sanggup melakukan apa
sahaja untuk mendapatkan kasih sayang kerana takut di diri mereka di
tinggalkan. Terdapat ramai pelajar atau remaja yang mengatakan bahawa mereka
tidak suka untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa terutama sekali masalah yang
berkaitan dengan masalah peribadi. Hal ini kerana, mereka beranggapan bahawa
komunikasi antara mereka dan ibu bapa lebih bersifat formal. Mereka lebih
percayakan rakan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Rakan yang
juga mempunyai masalah moral akan menyebaban mereka lebih mudah terpengaruh
dengan pelbagai masalah.
3. Faktor kekurangan didikan agama.
Kekurangan didikan agama juga merupakan punca
berlakunya masalah moral dalam kalangan pelajar tanpa mengira kaum. Hal ini
kerana didikan agam hanya diberikan dengan kaedah pelajar menghafal bukan untuk
memahami ilmu tersebut. Para pelajar mungkin akan mendapat markah yang tinggi
dalam peperiksaan, namun mereka langsung tidak memahami maksud ajaran tersebut
dan tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, mereka akan mudah
terlibat dengan masalah moral seperti permainan basikal lajak yang membahayakan
keselamatan diri mereka juga membahayakn pengguna jalan raya yang lain. Ibu
bapa mempunyai peranan penting dalam memberikan ilmu agam kepada anak-anak.
Menurut Allahyarham Ustaz Harun Din, ajaran agama yang kuat dapat menjadi benting
pertahanan dalm diri anak-anak supaya mereka tidak mudah terjebak dengan
masalah moral apabila mereka berada di sekolah atau di luar rumah.
4. Faktor Keluarga.
Keluarga merupakan satu institusi yang terbentuk
erana adanya ikatan perkahwinan yang sah dan mempunyai pertalian darah. Apabila
sesorang mempunyai masalah dengan keluarga maka tumpuan terhadap pembelajaran
mereka akan terjejas. Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa
menyebabkan remaja berasa diri mereka telah diabaikan. Ibu bapa pada masa kini
sering mengabaikan tanggungjawab mereka dan melepaskan tanggungjawab mendidik
kepada guru dan pihak sekolah sahaja. Mereka hanya sibuk dengan tugas kerja dan
ingin mengejar kemewahan semata-mata. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat
menyebabkan anak-anak terlibat dengan masalah moral. Kebebesan yang diberikan
oleh ibu bapa terhadap anak-anak juga disalah ertikan. Keluarga yang mempunyai
masalah seperti penceraian ibu bapa juga mendorong kepada berlakunya masalah
moral terhadap anak-anak. Ibu bapa yang sering bertengkar di hadapan anak-anak
juga menyebabkan anak-anak tertekan dan mengambil keputusan untuk meninggalkan
rumah, kekecewaan terhadap keluarga atau persekitaran menyumbang kepada tingkah
laku yang tidak baik bagi mencapai maksud luahan hati mereka. Pelajar juga
mudah terlibat dengan masalah moral kerana disebabkan oleh faktor status
ekonomi keluarga. Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, ibu bapa tidak mampu
untuk memenuhi semua permintaan daripada anak-anak.
5. Faktor pengaruh media massa dan persekitaran.
Pengaruh media massa sentiasa menjadi pilihan para
pelajar apabila mereka mempunyai masa lapang. Perilaku mereka juga mudah
terbentuk kerana mereka yang masih mentah mudah terikut-ikut dengan perilaku
yang dilihat. Pada era globalisasi hari ini, kemudahan teknologi iaitu internet
telah banyak mendatangkan masalah kepada para pelajar. Hal ini demikian kerana
maklumat mudah diperoleh tanpa mengira masa dan tempat. Terdapat sesetengah
pelajar yang menyalahgunakan kemudahan teknologi yang sedia ada. Mereka sering
menggunakan platform Youtube, Facebook dan Instagram sebagai sumber rujukan
harian mereka dengan mengikuti individu tertentu, mengikuti cara hidup mereka
yang boleh mendatangkan impak yang positif dan dan tidak kurang juga impak
negatif kepada kehidupan kanak-kanak yang belum cukup matang untuk menilai baik
dan buruk sesuatu keputusan yang dibuat. Apabila hal ini berlaku maka akan
timbul masaah moral seperti gengsterisme, vandalism dan merokok dalam kalangan
pelajar. Menurut Abdul Rahman Md Arof, Professor Emeritus, Jabatan Pendidikan
Bahasa dan Kemanusiaan, Universiti Putra Malaysia, masalah moral dan tingkah
laku juga terjadi akibat daripada persekitaran mereka.
6. Faktor Diri Sendiri.
Faktor diri sendiri merupakan salah satu faktor
yang mendorong masalah moral berlaku. Para pelajar tidak mempunyai perkembangan
yang baik dalam aspek kognitif, aektif dan psikomotor. Teknik pengajaran yang
tidak menarik menyebabkan pelajar cepat berasa bosan, mereka akan mengambil keputusan
untuk tidak masuk ke kelas. Bagi merea tiada gunanya mereka meneruskan
pelajaran sedangkan mereka tidak faham tetang apa yang di sampaikan oleh guru.
Perasaan ingin mencuba yang ada dalam diri pelajar menyebabkan mereka terlibat
dengan masalah moral. Apabila mereka Berjaya melakukan perkara tersebut, mereka
akan berasa bangga. Mereka akan dilihat sebagai lebih matang dan dewasa
daripada rakan yang lain. Masalah moral terjadi apabila terdapat pelajar yang
mempunyai tekanan dalam hidupnya. Mereka yang mempunyai masalah dengan keluarga
dan pihak sekolah akan mengambil keputusan untuk lari dari rumah untuk
melepaskan tekanan secara tidak langsung menjadikan permainan basikal lajak
antara salah satu aktiviti luar rumah untuk melepaskan tekanan yang mereka hadapi.
7. Faktor Masyarakat.
Masyarakat pada hari ini tidak mengambil peduli
terhadap masalah moral yang berlaku di sekeliling mereka. Tambahan pula apabila
masalah ini berlaku dalam kalangan kaum yang berlainan. Sebagai contoh, apabila
mereka melihat masalah gejala social yang berleluasa yang melibatkan kaum
melayu, kaum cina dan india akan membiarkan sahaja. Mereka tidak mehu digelar
sebagai masyarakat yang sibuk mengambil tahu hal orang lain. Disamping itu,
masyarakat yang tidak mahu menerima pelajara atau remaja yang pernah terlibat
dengan masalah moral in menyebabkan mereka berasa tidak dihargai. Justeru,
mereka akan mengulangi masalah tersebut kerana tidak mendapat sokongan daripada
semua pihak untuk mereka berubah. Mereka juga sering dihina dan dipulaukan oleh
masyarakat kerana terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah
terutamanya permainan basikal lajak.
Antara
langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini adalah,
1.
Peranan Keluarga.
Ibu bapa
perlu sedar tentang peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak.
Anak-anak harus di didik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan
dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Ibu bapa perlu memantau serta
memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap rakan-rakan yang menjadi sahabat
anak-anak. Latar belakang rakan kepada anak-anak juga perlu diselidik dengan
teliti. Jalinan hubungan yang baik ini akan melahirkan rasa tanggungjawab yang
ikhlas untuk saling memantau gerak-geri anak-anak masing-masing. Seterusnya,
dapat menyelamatkan anak-anak daripada fenomena negatif ini menular dalam
kehidupan keluarga. Keperihatinan ibu bapa tentang hal ehwal disiplin dan
pencapaian akademik anak-anak di sekolah dapat menyekat mereka daripada terlibat
dengan melakukan kegiatan yang tidak bermoral yang mana sering berlaku dalam
kalangan anak-anak remaja sekarang dan mereka leka dalam menumpukan perhatian
mereka kepada pelajaran. Oleh itu, kerjasama yang erat daripada ibubapa juga
amat penting dijalinkan dengan pihak sekolah di tempat anak-anak belajar.
Disamping itu, ibubapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak-anak
menjadi seorang yang bemoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih,
ibu bapalah yang mencorakkannya. Berkata Imam Al-Ghazali, mendidik anak-anak
umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai, disirami dan di manja dengan
penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil.
2.
Peranan Sekolah.
Menurut
Professor Dr Chang Lee Hoon, pensyarah di Universiti Malaya, pelajar-pelajar
boleh di didik untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam mementingkan akademik
mereka dan menolak kegiatan yang tidak bermoral berlaku di sekolah seperti
vandalism amnya supaya mereka bersyukur serta menghargai kemudahan-kemudahan
awam yang disediakan. Selain itu melalui ibu bapa juga adalah satu inisiatif
terbaik dalam membending masalah disiplin pelajar. Ini kerana dengan mengadakan
mesyuarat Persatuan Ibu Bapa da Guru (PIBG) boleh digunakan sebagai medium
untuk menggalakkan para ibu bapa membantu pihak sekolah dalam mengukuhkan lagi
nilai-nilai yang diajar kepada anak-anak mereka di sekolah. Selain mengadakan
ceramah, guru dan pihak sekolah juga boleh menganjurkan perhemahan seperti Kem
Jati Diri yang mana ia boleh membawa manfaat serta kebaikan kepada
pelajar-pelajar untuk mereka rasa lebih berdisiplin dan seterusnya boleh
membendung mereka dalam melakukan kegiatan yang tidak bermoral.
3.
Pendidikan Iman sebagai asas akhlak.
Pendidikan
merupakan salah satu cara untuk mencorakkan manusia menjadi seseorang yang
beriman. Menurut Allahyarham Ustaz Harun Din, iman adalah asas kepada akhlak
Islam. Selain itu, dengan menyuburkan amalan keagamaan dalam kalangan pelajar,
mereka dapat membentuk tingkah laku serta memelihara peribadi yang mulia. Dalam
akhlak islam khususnya iaitu yang bertunjangkan akidah merupakan asas kukuh
dalam melahirkan para pelajar yang benar-benar beriman, berilmu dan beramal
mengikut apa yang digariskan oleh syariat. Ini kerana akhlak islam mengaitkan
teori dengan amalan. Ruang lingup akhlak dalam islam yang meliputi setiap aspek
kehidupan menusia bertujuan memelihara keselamatan agama, jiwa, akal, keturunan
dan harta. Justeru akhlak islam mampu menangani setiap permasalahan dan
membimbing pelajar ke arah jalan benar dan membawa kebagahian serta keselamatan
hidup jika dipraktikkan dengan betul. Di samping itu, dalam ajaran agama lain
seperti Hindu, Buddha dan Kristian, mereka juga menitikberatkan tentang
nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat mereka. Sebagai contoh, menurut
kepercayaan agama Hindu, setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia di dalam
kehidupannya di atas muka bumi ini akan menerima pembalasan sama ada yang baik
ataupun jahat.
4. Penapisan Media Massa.
Pada era globalisasi heri ini, perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi khususnya internet yang dikenali sebagai lebuhraya
maklumat dan dunia tanpa sempadan merupakan penyumbang kepada salah laku
pelajar. Sehubungan dengan itu, piak media perlulah cakna dan prihatin dalam
menayangkan rancangan-rangan seperti rancangan yang dapat memberikan
input-input yang berguna kepada masyarakat serta memberi impak yang berkesan
kepada anak-anak remaja pada hari ini daripada mengutamakan keuntungan dan
kepentingan syarikat masing-masing dengan menayangkan cerita yang berunsur
ganas, lucah dan percintaan semata. Pusat Penapisan Filem Negara haruslah lebih
memberi penekanan kepada penapisan cerita-cerita yang mengandungi unsur
keganasan seperti KL Drift, Rempit, Bohsia dan lain-lain lagi. Hal ini demikian
setiap tingkah laku yang di tunjukkandi dalam media massa seperti media
elektronik ini menyebabkan mereka anak-anak pelajar akan berfikir bahawa setiap
apa yang di lihat itu adalah satu perbuatan yang seharusnya dilakukan dan
menganggap ianya sebagai lumrah bagi kehidupan. Para pelajar akan meniru
tingkahlaku tersebut dan mereka merasakan perasaan ingin mencuba sesuatu yang
baru. Sekiranaya kawalan dan tapisan ini tidak dilaksankan dengan baik maka
segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan ibu bapa untuk menangi
masalah ini menjadi sia-sia.
5. Peranan Masyarakat.
Masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan mengambil
berat antara satu sama lain dan bertegur sapa agar gejala ini boleh berkurangan
sedikit demi sedikit. Selain itu, masyarakat juga perlu memberi nasihat dan
menegur sikap seseorang yang tidak bermoral khususnya dalam kalangan pelajar
mengikut kaum-kaum di Malaysia. Selain itu, masyarakat melalui saluran
persatuan penduduk boleh mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang
melibatkankan para pelajar sekolah dan para belia agar masa terluang mereka
dapat di isi dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat. Hal ini membolehkan
mereka menjauhi gejala yang tidak sihat dan boleh memberikan kesan buruk kepada
diri mereka sendiri.
No comments:
Post a Comment