Search This Blog

Tuesday, March 31, 2020

Tersakiti Kerana Dikhianati


Apabila dikhianati, cuma ada satu cara sahaja untuk memulihkan. Ia adalah dengan memaafkan.

Ada dua jenis kemaafan yang selalu orang perkatakan. Satu, memaafkan orang yang memperlakukan kau sebegitu rupa. Dan kedua adalah dengan memaafkan diri kau sendiri. Kalau kau tanya aku, aku akan memilih nombor dua.

Memaafkan diri sendiri ini tidak akan sama sekali membuatkan hati yang hancur itu kembali semula. Membuatkan hati yang rosak itu kembali sembuh seperti dulukala. Namun, ia membuka ruang untuk kau beransur-ansur secara perlahan menerima hakikat yang cinta itu bukan kepunyaan kau. Dan secara kau sedar dan tidak sedar, segala kesakitan, segala rasa kekecewaan, segala rasa tidak mempercayai itu, sampai satu masa, ia akan hilang dan pergi dengan sendirinya.

Kalau kau hendak memaafkan orang yang membuat kau menjadi begini, itu adalah lebih baik. Tetapi memaafkan bukan bermakna menerima kembali. Bergantung pada alasan dan jawapan apa yang kau terima ketika mana kau dikhianati.

Ada orang dia tidak kisah memaafkan dan memberikan peluang kedua kepada orang yang mengkhianatinya. Ada orang, peluang pertama yang disia-siakan hanya akan tinggal dalam lipatan sejarah sahaja. Tiada peluang kedua.

Tepuk dada, tanya diri kau. Kerana yang mengetahui tentang hati ini adalah kau seorang, tiada orang lain. Pada akhirnya, kau berhak untuk membuat keputusan, dan kau bertanggungjawab di atas setiap keputusan yang kau lakukan.

No comments:

Post a Comment

Definisi "ORANG KAYA"

👉 Tony Fernandez  Sampai sekarang kita tidak pernah tahu pun dia naik kereta apa dan tak pernah tunjuk pun duit yang dia ada. Yang kita tah...