"Abang nak kerja apa lepas ni?" Tanya isteri, selepas kami berdua di hentikan kerja tempat lama. Berkuatkuasa 24 jam notis yang di berikan dalam bentuk sms sahaja
"Tak tahu. Buntu."
Berbulan kami berdua menumpang rumah abang ipar. Rasa segan asyik tidur makan, kami pindah ke rumah kakak ipar pula.
Masa tu, saya memang tak tahu nak buat apa. Demi Allah tak tahu.
Akhirnya, sebab malu asyik duduk sahaja di rumah, saya keluar ke bandar. Naik bas dari Rawang, terus ke Kuala Lumpur. Dengan niat cari kerja.
Setiap hari begitulah. Namun, tiada kerja yang saya dapat. Isteri lah yang selalu beri duit tambang. Kalau saya lapar, saya tahan sahaja. Pulang nanti saya makan.
Tiba-tiba saya dapat panggilan.
"Salam encik. Ada jual bateri laptop tak? Saya perlu segera ni."
Ah! Sudah. Saya bukan penjual bateri laptop. Nak cari mana pun tak tahu ni.
"Oh. Silap nombor kot puan."
"Eh? Taklah. Kawan saya bagi. Katanya encik ada jual bateri laptop!"
"Oh ya. Model apa ya?"
Dan, kami pun berurusan, sampai lah saya hantar bateri laptop itu ke pejabatnya. Masa tu, dalam kepala dah tahu nak cari barang laptop ni di Low Yat Plaza saja.
Alhamdulilah. Dapat untung RM20.
Saya terus dapat idea. Ya! Saya buat khidmat macam ni. Buat iklan, membantu mereka yang ada masalah nak cari alat ganti laptop.
Tapi, ada masalah satu lagi. Untungnya sikit sangat. Kalau tolak kos semua, memang habis begitu saja.
Ah! Down!
Dan, bila tiada jualan lagi pening. Kos dah keluar nak ke bandar ni lagi.
Satu hari, saya migrain teruk. Sakit sangat. Saya terus cari surau dan lepak di situ.
Sambil tu, saya buka zikir. Untuk tenangkan jiwa dan kepala.
Saya menangis habis. Penat rasanya berjuang dalam mencari rezeki ni. Airmata jatuh satu-satu. Sebelah saya ada seorang warga asing. Saya menangis sungguh. Tak malu dah. Zikir saya terus pasang. Menemani jiwa dan hati yang makin berat.
Tiba-tiba, orang sebelah ni tegur.
"Assalamualaikum bang."
Eh! Boleh cakap melayu.
"Waalaikumsalam."
Kami bersalaman. Dia kenalkan dirinya Nassim. Dari Pakistan. Dia kerja di sebuah kedai jual alat ganti laptop. Dia pun tengah ada masalah. Kena tipu hampir RM50,000.
Real!
"Tadi abang pasang apa? Itu muzik."
"Oh. Ini zikir. Saya pun sakit kepala. Pasang ini kasi relaks."
"Saya pun relaks la dengar. Thanks abang. Kerja sini ka?"
"Oh tak. Saya jual itu alat ganti macam bateri laptop."
"Wah! Ambil dari mana?"
"Kedai atas. Tapi itulah mahal lah. Saya pun untung sikit saja."
Dia hulur kad.
"Mari kedai saya. Saya bagi abang best price. Dealer punya. Ada syarikat tak?"
"Oh takde."
"Takpe. Nanti dah buat kasi sama saya. Jomlah. Saya belanja makan. Datang kedai saya bagi pricelist."
Rupanya, dia pengurus kedai alat ganti tu. Allahu. Harga yang dia bagi memang murah. Alhamdulilah. Cukup untung saya. Satu barang boleh untung sehingga RM30.
"Abang sudah bagi saya tenang. Saya hilang masalah. Takpa. Kena tipu tu takpalah. Saya mau cari rezeki lagi. Allah sayang sama saya lah ni. Thanks abang."
Dan,
Hingga hari ini setiap kali ke kedai dia, saya cukup bersyukur dengan jalan rezeki. Kedainya pun makin maju. Sekarang dah jadi bos besar. Jualan cecah ratus ribu sebulan.
Ujian dan nikmat, adalah demi untuk mengajar kita erti sabar. Melatih rasa yang betul untuk Allah.
Bagaimana cara kita menerima ujian, begitulah nanti cara Tuhan berikan semula nikmatnya.
Sebab itu, saya dah niat. Sebagai penjual laptop dan komputer, saya nak berkhidmat. Saya nak memberi. Walau kadang lebih banyak rugi dari untung hari-hari.
Namun, yang benar-benar membuatkan semuanya ini bererti bila saya kekal mendapat Allah setiap hari. Lidah takkan pernah kering memuji Allah. Hati setiap masa meminta dengan Allah.
Untung sekali, rugi dua kali.
Rugi dua kali, untung Tuhan bagi seribu kali lagi.
Terima kasih Allah, yang menjalankan hidup kita semua ini.
Teruskanlah perjuangan kalian.
Bahagia dan nikmat, Allah sedang simpan kat depan. Dan, percayalah.
Masa itu akan tiba.
Percaya, itulah yang membina iman.
Yakin, itulah yang membuah kekuatan.
Penulis asal: Abu Hurairah (https://www.facebook.com/thesolusi)
No comments:
Post a Comment