Search This Blog

Tuesday, August 31, 2021

Definisi "ORANG KAYA"

👉 Tony Fernandez 
Sampai sekarang kita tidak pernah tahu pun dia naik kereta apa dan tak pernah tunjuk pun duit yang dia ada. Yang kita tahu syarikat dia mahu beli KLIA 2. 

👉 Mark Zuckerberg 
Sampai sekarang dengan baju t-shirt kelabu dan tak pernah tunjukpun kereta apa yang dia naik. Malah orang yang bagi tahu nilai saham facebook 1% bersamaan dengan 500juta usd. Kalau 99% berapa harga saham dia ? 

👉 Tan Sri Syed Mokhtar 
Sampai sekarang tak pernah jemput media datang rumah tunjuk kereta. Yang kita tahu hanya naik kereta proton sahaja. Tak pernah tunjuk ada rolls-royce pun. Tapi kita tahu banyak syarikat-syarikat koprat di malaysia milik dia. 

👉 Steve Jobs 
Daripada mula keluarkan APPLE, sampai mati pakai baju hitam dan seluar jeans biru. Tak pernah cerita pasal rumah duit yang dia ada. Yang penting orang tahu syarikat apple yang dia bina sudah membawa billion dollar dengan jual IPhone dan produk lain. 

👉 orang muda kita? 
Baru buat bisnes dua atau tiga tahun sudah mahu tunjuk kereta mewah dan duit berkepok-kepok. Itulah beza kita yang orang bisnes dengan betul-betul orang bisnes yang kita kenal. 

MEREKA NAMPAK MACAM MISKIN, NAMUN MEREKA KAYA-RAYA

Nota penting: Nasihat untuk diri sendiri, dan ingatan kita bersama. 

stay humble, work in silence and let your success make the noise!

Tip Melupakan Bekas Kekasih


Putus cinta peristiwa yang menyakitkan. Melupakan bekas kekasih yang pernah kita sayangi bukan perkara yang mudah. Untuk dilakukan. Anda harus menjadi seseorang yang kuat dan tabah untuk melupakan bekas kekasih anda. Artikel kali ini kami menyediakan beberapa tips untuk anda melupakan bekas kekasih anda, insyaAllah. 

ANGGAP SI DIA TIDAK PERNAH WUJUD 
Lebih mudah untuk melupakan bekas kekasih jika dia yang melukakan hati anda terlebih dahulu. Berhentilah berangan yang dia masih lagi milik anda dan janganlah anggap mereka sempurna dan jangan tertekan pujuk rayunya, maka hubungan anda akan terjalin kembali sedangkan hati sakit mengenang kan setiap perbuatannya. Anggap sahaja dia tidak pernah wujud dalam hidup anda dan kalau masih anda masih sanggup menerima perbuatannya yang menyakitkan hati maka anda kembalilah TAPI jangan berharap yang bekas kekasih anda telah berubah 100% 

TUTUP BUKU 
Tutup serapat-rapatnya semua perkara yang pernah anda lakukan bersamanya jika anda benar-benar mahu berpisah dengannya. Anda harus ingat bahawa anda mahu menamatkan semuanya, anda mungkin akan bertemu dengan orang lain jauh lebih tepat untuk anda, itu tidak mustahil. Jangan sesekali bertemu dengannya lagi jika sudah berpisah. 

JANGAN HUBUNGINYA LAGI 
Perkara yang mesti anda amati, apabila anda memutuskan untuk menanyakan sesuatu perhubungan ambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius. Jangan sesekali hubunginya lagi kecuali jika anda ingin rujuk kembali, tetapi biarlah anda fikirkan semasak-masaknya segala keputusan yang akan anda ambil nanti. Memang susah untuk untuk melepaskan seseorang yang sudah terlalu lama hidup bersama kita yang pernah kita cintai tetapi ianya bukan mustahil. Jangan ‘contact’ atau email atau telefon dan jangan bertanya dengan kawan-kawan yang mengenalinya. 

SIBUKKAN DIRI 
Anda akan punya banyak masa untuk diri sendiri, anda boleh sibukkan diri dengan pergi gym atau berjogging atau boleh juga mengikuti bengkel atau kelas yang anda minati. Jika anda rajin ke gym tubuh badan akan menjadi sihat dan cantik dan tidak mustahil anda akan dapat pengganti yang lebih baik dengan cepat. 

LUPAKAN SEMUANYA 
Memang kadang-kadang anda harus berhati kering untuk melupakkannya. Ini semua untuk kebaikan anda juga, membuang semua memori agak sukar jika anda adalah seorang yang melankolis. Tetapi sampai bila anda nak berkeadaan seperti itu? Mungkin dia sedang bahagia dengan orang lain. Apa gunanya anda bersedih dan menyimpan memori cinta luka lagi. Berlajarlah menjadi orang yang kuat. 

JAUHI KAWAN-KAWANNYA 
Anda perlukan pengorbanan jika serius mahu melupakkan semuanya. Hal ini mungkin agak sukar terutama jika kawan-kawan dan keluarganya memang rapat dengan anda. Tetapi ianya baik untuk diri sendiri, dan jauhi juga tempat-tempat yang biasa anda pergi bersama. Perkara ini memang memerlukan masa tapi anda perlu cuba untuk diri anda sendiri.

JANGAN SIMPAN BARANG-BARANGNYA 
Apabila anda sudah tiada apa-apa kaitan dengan si dia tidak ada sebab lagi untuk anda simpan semua barang-barang miliknya atau barang yang si dia pernah berikan pada anda. Jika anda masih simpan barang-barang tersebut anda akan rindu dengan si dia dan akan mula mengingati kembali kenangan bersamanya, sebaiknya buang sahaja barang-barang tersebut atau sedekah pada sesiapa yang inginkan barang tersebut

Tip Masuk Bilik Hotel During Outstation


Kepada mereka yang selalu ke outstation samada untuk urusan rasmi ataupun bercuti, ketika menginap di hotel, cuba amalkan perkara-perkara yang berikutnya : . 
1) Selepas check in, ketuk pintu dulu sebelum masuk bilik. Buka pintu dan bagi salam. Kita tak tahu dalam bilik tu ada 'benda' atau tidak. Sekurang-kurangnya kalau ada tu, 'dia' tahu kita ni jenis beradab. . 

2) Kasut/selipar tu kalau boleh jangan disusun rapat. Salah satu sengaja terbalikkan. Kerana 'benda' ni mereka suka 'mencuba' barangan kepunyaan kita. Bila tercuba dengan sesuatu yang 'ngam', dia akan terus berada di situ, tak berganjak sehingga 'dia' ikut kita balik rumah. . 

3) Sekiranya kain jendela bilik tertutup dan hari masih siang, bukakan kain dan jendela itu sekejap. Dengan membuka tingkap ni, 'haba' dari luar akan masuk memenuhi ruangan dalam dan apa-apa yang 'sejuk' di dalam akan keluar. Pendek kata, pastikan bilik tu ada peredaran udara. . 

4) Ketuk, dan buka pintu bilik mandi dan pasangkan lampu dan biarkan pintu tu terbuka (sekejap), juga untuk tujuan peredaran udara kerana bilik mandi adalah ruangan yang paling 'sejuk' di dalam sesebuah bilik hotel dan jangan lupa juga, flush kan tandas sekali (tujuan untuk membuang aura negatif yang mungkin telah lama bertakung) dan bukakan pili untuk biarkan air mengalir sebentar dan basuhkan tangan dan kaki. . 

5) Sekiranya anda seorang sahaja dan diberikan bilik berkatil kembar, penuhkan salah satu katil tu dengan barang-barang seperti beg, baju, seluar, dokumen-dokumen dan bantal yang tak digunakan tu kalau boleh, letakkan di katil yang anda akan tidur. . Sekiranya mendapat bilik dengan katil jenis Queen atau pun King, gunakan ke semua bantal yang ada dan tidur di tengah katil. Jangan tidur di sebelah sahaja dan biarkan sebelah lagi tu kosong. . 

6) Ketika nak masuk tidur, biarkan salah satu lampu dalam bilik terpasang ataupun sekurang-kurangnya pasangkan lampu dalam bilik mandi. . 

7) Membaca doa sebelum tidur agar kita dijauhi gangguan yang tidak diingini.

Jangan tinggal solat . 

Semoga bermanfaat

Credit to : Pen Merah Dot Com

Monday, March 15, 2021

3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat


1. Jodoh 
Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang. 

2. Rezeki 
Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur. 

3. Ajal maut. 
Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. 

Semoga bermanfaat Aamiin...

Saturday, February 13, 2021

“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.”‏


Kita memilih menjadi isteri, bermakna kita juga telah ketahui dan akan cuba untuk pelajari bagaimana menjadi isteri. Bersedia menjadi isteri, sepatutnya kita telah lebih dahulu mencari ilmu, bagaimana menjadi isteri. Selain daripada nikmat menjadi isteri, kita juga seharusnya bersedia, dengan pelbagai ujian yang akan ditempuhi apabila bergelar isteri. 

Sebagai isteri, setiap zarah pada diri suami, adalah pahala untuk isteri. Daripada menyisir rambut, mencukur kumis dan janggut, memotong kuku dan memastikan semua yang ada pada dirinya terjaga, adalah syurga para isteri. Apatah lagi butir nasihat, juga setiap kata-kata dan setiap perilaku yang disukai juga dibenci. Itu semua termasuk dalam lubuk pahala buat isteri. 

Sekarang, banyak penulisan ditulis, bagaimana menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah. Dan kita akan cenderung untuk tag pasangan masing-masing. Tak salah. Malah bagus. Kita saling ingat mengingatkan untuk kebaikan rumahtangga. Namun, menjadi isteri lebih baik kita banyakkan membaca macam mana nak menjadi isteri solehah dan taat. 

Apabila kita membaca penulisan tentang menjadi suami soleh, kita pantulkan ciri-ciri suami soleh itu pada diri kita sebagai isteri. Daripada kita asyik dok mencari ciri-ciri suami soleh, suami penyayang, suami romantik, lepas tu tag suami masing-masing dengan harapan suami jadi macam tu. Tapi, bilamana suami kita tak macam apa yang kita baca, kita akan cenderung untuk tak bersyukur sebab kononnya suami kita tak capai tahap macam yang kita baca tu. Maka menangislah kita. Lalu kecewalah kita dan rasa tak bahagia bermaharaja dalam jiwa. 

Kita sakit perasaan dan emosi selamanya. Ingat selalu dalam fikiran, nak suami jadi soleh, solehahkanlah diri sendiri dulu. Namun, yang menjadikan suami itu soleh, hanya Allah. Maka, marilah bersama kita menjadi isteri seperti mana yang Allah dan Rasul kehendaki, maka Allah akan kurniakan suami seperti mana yang kita ingini. 

Credit to Nur Farhana Fizal 

Kehilangan


Peringatan kepada yang ada mahupun tiada pasangan, pesan kepada semua.. Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya samada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan.

1. Mesti tahu & faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka. 

2. Sentiasa berdoa supaya kita & pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik. 

3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kpd pasangan psswrd hp, email, myeg & pin no kad2 ATM dll. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit2 yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.) Sebaik shj kita daftar utk dptkan sijil kematian, semua acc akan dibekukan. 

4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak2. Dokumen2 ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila mbuat semua urusan bkaitan. 

5. Maklumkan kpd pasangan semua tanggungan (bil2 bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang2 etc) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan byk urusan utk uruskan hutang2 & harta2 yg ditinggalkan. 

6. “Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yg meninggal akan lebih susah jika hutang2 & harta2 tidak diurus dengan segera” 

7. Jika kita betul2 sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin. 

8. Hubungi bank2 yang berkaitan supaya outstanding bil tdk dikira faedahnya. Kita juga blh claim khairat kematian drpd bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dlm tempoh 6bln tp Bnk Rakyat dlm masa 3 bln shj. Klu lewat, hangussss) 

9. Pastikan jg semua acc diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir. 

10. SOCSO ada pencen bulanan utk waris 

11. Kepada isteri2, belajar mengenai IDDAH. 

12. Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bkn 44 hari ye? 

13. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yg berhak ke atas harta yang ditinggalkan & brp byk yg perlu diagih2kan. PENAMA bknlah bmakna harta ditinggalkan seratus peratus kpd mereka. Penama WAJIB menguruskan pbahagian harta mengikut syariat yg tlh ditetapkan. Jgn sampai termakan harta ANAK YATIM! 

14. Jika berkemampuan, mcarumlah dgn mana2 takaful utk semua pinjaman bank, diri sendiri & keluarga. Wang tuntutan takaful blh mbantu mlangsaikan hutang2, meneruskan kelangsungan hidup serta blh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasangan. 

15. Money is not everything, but everything needs money

16. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya. 

17. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu2 lagi sbb malaikat maut blh dtg mjemput kita pada bila2 masa sahaja. Panggil pasangan & bincangkan perkara ini. Dengan sdkt pkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri2) tidak akan hilang punca. Allahualam. 

Credit to Solah Hiyah Mohd Idris

Friday, February 12, 2021

Pemimpin Till Jannah


Laki-laki bukanlah pemimpin yg menjadikan perempuannya sebagai bawahan. Karena perempuan diciptakan bukan sebagai bawahan laki-laki, dan laki-laki diciptakan juga bukan sebagai atasan, begitu sebaliknya. Karena keduanya itu diciptakan untuk berbagi tugas sesuai fitrah yg Allah berikan. Namun laki-laki adalah pemimpin yang membimbing. Yang harus bersabar dalam membimbing, harus bersabar dalam menasehati, tetap lembut walau di kasari, tetap menuntun walau di bantah. 

Semua itu sebab cinta, hingga harus rela menanggung segala kesulitan dari orang yang dicintainya. Kerana yang di cari dalam kebersamaan bukan hanya senang-senang, tapi mencari barokah dalam kehidupan, bertambahnya kebaikan dalam segala hal, hingga tercipta ketenangan dan kebahagiaan fii dunya till jannah . 

Credit to Motivasi Cinta Positif 

Erti sebenar sebuah perkahwinan


"Saya suka awk, awk suka saya, kita kenal pun dah lama, jom kita kahwin..." 
Sebelum nak berkahwin tu, tahu x apa erti sebenar sebuah perkahwinan? Apa yg kita bakal dapat dlm alam ini? Bagaimana kita akan menjalani hidup sebagai suami isteri setelah selesai akad nikah? Bersedia tak kalau lepas kawin dapat suami yg tak solat? Bersedia x klu lepas kawin dapat isteri yg xtahu masak? Bersedia x klu lepas kawin bru tahu pasangan tu jenis panas baran? Bersedia x klu lepas kawin bru tahu pasangan tu pemalas? Mcm mna cara nk hadapi semua tu? Nak berpisah setelah tahu n hadapi smua tu? 

Erti sebenar sebuah perkahwinan ialah melengkapi kekurangan pasangan dgn kelebihan yg ada pd diri kita. Jgn hanya nmpk atau highlight kekurangan dan kelemahan pasangan, tapi kita tutup atau perbaiki kekurangan dan kelemahan itu dgn kelebihan yg ada pd diri kita, ni yg pertama.

Keduanya, perkahwinan adalah ttg menyeimbangkan antara memberi dan menerima. Kita xbleh terus memberi sahaja dan tidak menerima apa2. Kita jugak xbleh trus menerima sahaja dan tidak memberi apa2. Klu kita teruskan jugak, maka kita akan terkorban.

Ketiga, masing2 kena tahu tugas, tanggungjawab dan kewajipan yg perlu masing2 buat. Hukum utk tunai smua ini adalah wajib dan pengabaian terhadap apa yg wajib ni hukumnya berdosa. Benda asas dlm rumahtangga ialah nafkah.

Apa bentuk nafkah yg wajib suami bagi. Tak de excuse bab menafkahi sbb bila kita pilih utk mendirikan rumahtangga, menghalalkan hubungan kita, maka kita kena tahu bagaimana cara utk menyara dan menanggung pasangan kita. 

Byk lagi jika nak dihuraikan, cukuplah sekadar apa yg asas dan penting sahaja. Sentiasa ingat akan pesanan ini, apa yg kita tak suka isteri buat, isteri juga tak suka kita buat. Benda yg kecik bagi kita sebagai suami, ianya mgkin besar bg mereka sebagai isteri.

Bab aib ni bukan hanya isteri sahaja kena jaga, suami juga kena jaga aib isteri sendiri. Kewajipan bukan satu bebanan, kewajipan itu adalah satu tuntutan yg diwajibkan utk kita buat. Nak jadi suami, nk jadi isteri, maka kena ada ilmu. Cinta dan suka sahaja tak cukup utk membahagiakan rumahtangga.

Credit To En Firdaus Shakirin.

Mempamerkan Kemesraan Suami/Isteri


1. Ada yang bertanya mengenai hukum mempamerkan kemesraan suami isteri di media sosial sehingga memuatnaik video bercium dan berpelukan. Pada hakikatnya kemesraan suami isteri sebahagian daripada elemen kebahagiaan, namun mempamerkannya bukanlah satu keperluan. 

2. Rasulullah SAW adalah suami yang romantis. Namun perkara ini tidak diketahui sehinggalah para isteri Baginda yang menceritakannya, atau sahabat lain yang ternampak akan kemesraan tersebut. Ia bukanlah ditunjuk di khalayak umum. 

3. Bahkan Rasulullah pernah memerintahkan isteri Baginda supaya memakai hijab sekalipun di hadapan seorang yang buta. Saranan ini diucapkan kepada Saidatina Ummu Salamah dan Saidatina Maimunah apabila datang seorang buta ke rumah Baginda. 

Berkata Rasulullah SAW: ا
“Hendaklah kamu berdua memakai hijab.” Lalu isteri Baginda berkata: “Bukankah dia seorang yang buta wahai Rasulullah? Dan dia tidak boleh melihat kami.” Lalu Rasulullah menjelaskan: Bukankah kamu berdua boleh melihat dia? (HR al-Tirmizi) 

4. Perhatikan bagaimana di hadapan seorang lelaki buta pun Rasulullah meminta isteri Baginda agar memakai hijab dan menjaga penampilan mereka. Maka apatah lagi andai dipamerkan aksi yang berlebihan buat tatapan jutaan mata yang melihat? Sudah tentu Baginda melarang. 

5. Apa yang lebih membimbangkan sekiranya video aksi kemesraan tersebut menjadi perhatian kepada anak-anak muda yang masih bersekolah sehingga mereka terkeliru dalam merasakan perbuatan tersebut boleh dipraktikkan secara umum. 

 6. Atau perbuatan tersebut diikuti pula oleh pasangan suami isteri lain yang turut mendedahkan aksi mesra mereka. Bukankah kita tidak mahu menjadi pencetus kepada kemungkaran lain. 

Sabda Rasulullah SAW: 
“Dan barangsiapa yang melakukan perlakuan jahat (dilarang) dalam Islam, sehingga diikuti oleh orang lain, maka dia beroleh dosa dan menanggung dosa mereka yang melakukan perbuatan tersebut.” (HR Muslim). 

7. Nasihat ini hanyalah berpandukan kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah demi kebaikan sesama muslim. Jangan dilihat dari sudut negatif pula. Semoga Allah membimbing kita. 

Kredit kepada: Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Saturday, January 23, 2021

Iman dan Islam...

Dalam islam ada 4 perkara dalam memilih jodoh, namun nabi menyuruh utk kita pilih seseorang kerana agamanya.

Ada agama bukan setakat dia ISLAM, tp bermaksud seseorang yg menjaga agama, takut pada Allah. Tp ada juga yg berubah selepas berkahwin. Rupa-rupanya sblm kahwin semuanya hanya sandiwara sahaja.

Begitulah apa yg kita lihat dan dengar sblm kahwin tak sama selepas berkahwin. Kita hanya akan betul2 kenal pasangan kita slepas berkahwin. Ingat kita nak hidup dgn pasangan lama, jadi cinta sahaja tak cukup utk bawa kita kesyurga, jika tidak beserta dgn iman dan taqwa.

Jadi, pilihlah seseorang tu betul2, niat kerana Allah. Memang org yg solat bukan jaminan seseorang tu baik, tp klu solat pun tidak bagaimana kita yakin dia mampu pimpin rumah tangga yg diredhai Allah? 

Hidup ni satu proses, takda manusia yg sempurna, tp make sure niat sungguh2 utk kearah lebih baik, bukan lebih buruk.

In Sha Allah, Semoga Allah permudahkan pencarian kita....

Kasih Sayang dan Penghormatan...

Perempuan perlukan kasih sayang. Lelaki perlukan hormat. Nampak mudah, tapi sebenarnya agak rumit. 

Lelaki ada keperluan untuk dihormati yang sangat kuat hingga bila mereka dihormati, hati mereka akan jadi seakan-akan pokok yang sudah cukup disiram. Sebaliknya bila mereka rasa tak dihormati, mereka akan rasa sedih dan seperti dibenci. 

Ramai perempuan hari ini yang menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk memastikan rumah mereka bersih, anak-anak mereka sihat dan penuhi pelbagai lagi tugas lain. Tapi bila mereka lupa untuk menunjukkan rasa hormat pada suami, si suami akan nampak seperti tak menghargai segala pengorbanan si isteri. Pernah rasa? 

Walaupun lelaki selalu nampak tidak emosional atau ekspresif, tetapi sebagai pasangan hidup mereka, perempuan tetap perlu peka terhadap perasaan mereka. Hati mereka tetap boleh terluka dan lebih susah untuk dipujuk.

Hemmm....

Syurga Isteri Terletak Pada Suaminya dan Syurga Suami Terletak Pada Ibunya...

Bila dah kahwin, 
* Jangan halang atau larang isteri daripada balik ke rumah org tuanya.
* Jangan halang atau larang isteri daripada menjaga org tuanya ketika mereka sakit.
* Jangan halang atau larang org tua isteri datang ke rumah kita.
* Jangan halang atau larang isteri bagi duit kpd org tuanya.
* Jangan halang atau larang isteri berbakti kpd org tuanya.
* Jangan sesekali menghina atau merendahkan keluarga isteri.
* Jangan sesekali pisahkan isteri dgn keluarganya.

* Tak de isteri yg suka jika tugasnya sebagai seorang anak kpd org tuanya dihalang suami.
* Tak de isteri yg mahu jika suaminya memisahkan dia dgn keluarganya tanpa sebarang sebab musabab yg dibenarkan syarak.

Ingat, kegembiraan isteri penentu kebahagiaan dlm rumahtangga. Sekiranya kita melakukan perkara2 diatas atas sebab pentingkan diri sendiri atau menggunakan kuasa veto sebagai suami, maka ianya tidak akan menggembirakan isteri.

Isteri takkan teragak2 utk memilih keluarganya sendiri berbanding diri suami. Bertoleransilah sebagai seorang suami. Sebagai peringatan untuk diri saya juga, Isteri bukan hamba, yang setelah kahwin perlu mengabdikan diri sepenuhnya kepada suami, dia masih milik tuhan sama macam suami, dia hanya Amanah yg Allah titipkan kepada suami utk disayangi dididik kejalan yg diredhai, dan suami sbgai pemimpin yg Allah perintah dihormati, dipatuhi oleh isteri selagi mana perintahnya tidak melanggar syarak, maka wajib isteri patuh.

Fahami. Suami yg baik takkan biarkan isteri abaikan keluarganya, tapi bukan bermakna isteri perlu mengutamakan keluarga dan abaikan suami. Begitu juga isteri yg baik akan faham tanggung jawab suami bukan hanya pada isteri tapi juga pada mak ayahnya. Tapi bukan bermaksud sampai mengabaikan tanggung jawab pada isterinya. 

Syurga isteri terletak pada suaminya dan syurga suami terletak pada ibunya. Isteri perlu disayangi, manakala suami perlu dihormati.

Sekian...

ARWAH TOK GURU NIK AZIZ ADA 2 BATANG PEN DALAM POKET BAJUNYA

Sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba Allah Suatu masa dahulu, Hamba Allah itu pernah berurusan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Semasa hendak menandatangani kertas yang dihulurkan, beliau mencapai sebatang pen dari poketnya. 

Didapati, ada 2 pen dalam poketnya, beliau memilih satu sahaja. Agak pelik melihat orang kenamaan ada 2 batang pen dalam poket. Lalu Hamba Allah itu bertanya "Maaf tanya Tok Guru. Kenapa ada 2 batang pen dalam poket?" tanya Hamba Allah itu 

Jawab Tuan Guru Nik Aziz, "Satu pen ni, pen duit kerajaan. Ambo guna untuk urusan rasmi kerajaan. Satu pen lagi ni duit ambo sendiri, ambo guna untuk urusan peribadi".  

Akhlak seorang yang warak. Inilah contoh akhlak orang yang beriman dengan Hari Akhirat. Beliau tahu, setiap dakwat pen yang beliau gunakan pun akan disoal di sana nanti. 

Pen kerajaan adalah untuk kerja kerajaan. Jika diguna untuk kerja peribadi, itu sudah mengkhianati amanah. Itu baru pen. Alangkah mulianya seorang manusia bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu. Semoga semangat dan inspirasinya dapat meresap ke dalam jiwa para Pemimpin & Kita Semua. Semoga rohnya berada dalam rahmat Allah. 

Amin

Perkahwinan Satu Ibadah...

Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis. 

Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan. 

Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut. 

Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir. 

Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya. 

Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi. 

Namun, Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. 

Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Ego Di Dalam Rumah Tangga...

Kalau ikutkan setiap dari kita ada ketakukan atau kerisauan masing-masing, tak kisah sebagai seorang isteri atau suami. Ada perkara yang kita boleh halang ada perkara yang tidak boleh kita halang atas sebab fitrah yang Allah ciptakan. Tapi bukan untuk kita menjadikan fitrah sebagai alasan utk melindungi sikap atau perkara yg buruk.

Suami.. 
Selagi mana seorang isteri itu bercakap atau tidak melakukan perkara yg ditegah oleh agama, maka lapangkan hati untuk terima apatah lagi jika ada kebaikan darinya, bukan bermakna mereka jadi seorang isteri, mereka tiada hak untuk berkata-kata.

Dan isteri.. 
Letakkanlah sikap seorang isteri yg dituntut oleh agama, iaitu menghormati suami, bercakap atau menegur biar kena pada cara dan gayanya. Tak pandai wajib belajar, jika kita mahu disayangi dan dihargai begitu juga suami yg ingin dihormati, dan dijaga perasaannya. 

Dalam rumah tangga, sikap sabar dan toleransi amatlah penting. Tiada siapa yang boleh meletakkan ego dihadapan, kerana ego yg sedikit akan memupuk ego yang besar sehingga mengakibatkan runtuhnya rumah tangga. 

Suami, sebelum mencari kesalahan pastikan telah mencontohkan perkara yg benar, dan isteri pula, tak semuanya kaum wanita itu benar dan mustahil utk tiada kesalahan, maka berfikirlah terlebih dahulu sbelum mula berkata-kata. 

Akhir sekali, Jika sudah tiada daya utk mengubah, maka serahknlah segalanya pada Allah, moga diberikan kemudahan dan jalan terbaik.

Thursday, December 31, 2020

Putus Tunang


"Aku rasa nak putus tunang." 

satu mesej keluar di paparan skrin telefon aku beberapa bulan lepas. Berulang kali aku baca. Tapi aku tak reply terus. Sebab aku tak nak terburu-buru balas. Ikutkan hati, aku macam tak boleh terima kenapa perlu terfikir macam ni, sedangkan pada awalnya, kalian yang mahu keadaan berjalan sebegitu. 

Keesokkan harinya, selepas aku dapat berfikir dengan tenang, aku balas. “Kenapa mahu putus?" Selang beberapa minit, dia balas; “Sebab asyik kena maki setiap hari. Sikit-sikit keluar perkataan kesat. Sikit-sikit tinggikan suara. Sikit-sikit mencarut." 

Terkejut juga aku baca. Mana mungkin seseorang yang mahu jadikan kau sebagai pasangan seumur hidup, bersifat sedemikian rupa. Tapi aku masih mengambil pendekatan bertenang. "Sabar dulu," balas aku. “Jangan tergesa-gesa. Dah berbincang? Kena ingat perasaan mak ayah. Kasihan mereka dah usaha sama-sama nak menyatukan kalian." 

"Masih lagi perlu ke fikir pasal mak ayah. Masih perlu ke fikir pasal maruah. Sedangkan aku setiap hari rasa tersiksa. Rasa kecewa. Rasa tak tenteram." Aku terdiam. Berulang kali juga aku baca satu-persatu ayat yang ditulis. Entah macam mana, aku rasa down juga. Sebab kenapa bila kita masuk dalam hal-hal yang sepatutnya mengundang kebahagiaan, tapi belum masuk lagi, ia sudah disajikan dengan perkara yang bercanggah. 

"Aku rasa, kau lebih faham. Kalau itu yang kau rasa. Sebab soal hati, kebahagiaan, ketenteraman, keamanan hati ini, kau yang tentukan. Jadi kau berhak untuk meneruskan atau tidak," balas aku. Seen. Jujurnya. Dalam tempoh pertunangan itu akan diuji dengan pelbagai ujian. Duit tak cukup. Ujian orang ketiga. Perselisihan pendapat dan macam-macam lagi. 

Tapi dalam pelbagai ujian-ujian yang datang ini, mana mungkin ia melibatkan perkara-perkara yang menyimpang terlalu jauh. Dipukul. Dilempang. Dimaki. Diugut dan diapa-apakan dalam bentuk yang negatif. Tak mungkin seseorang itu mampu meneruskan. Sebab sedikit demi sedikit, ia hanya menghilangkan rasa bahagia tu. Menghilangkan rasa cinta. Menghilangkan rasa selamat. 

Kau berhak memilih orang yang akan menjalani seluruh kehidupan kau selama-lamanya. Kalau dari awal lagi, sudah dimaki, sudah dihina, sudah diugut, bagaimana agaknya selepas perkahwinan? Kita berpijak pada dunia realiti. Bukan seperti drama tv, manusia berubah 360 selepas berkahwin. Ada saja, tapi peratusan tu terlalu kecil untuk dijadikan teladan dan rujukan. 

Percayalah kawan. Hati ini kau berhak serahkan kepada orang yang betul-betul pandai dan mahu menghargai. Orang yang benar-benar mahu mengenggam dengan erat, dan tidak akan melepaskannya walau apa jua rintangan mendatang. Sekali kau gagal, selamanya kau akan menyesal. 

Peluang kedua tetap akan ada. Tapi selagi mana kau berhak menentukan pilihan pertama, buatlah yang terbaik. Love isn’t enough to conquer incompatibility and emotional baggage. You have a choice when it comes to who you want to be with, and that choice gives you power. Use it wisely. 

Doa aku selalu untuk kau. 

Penulis asal: Syafiq Ridhwan (https://www.facebook.com/thesolusi/)

Salah Faham Tentang Perkahwinan.


Ada beberapa perkara yang kadang orang 'single' salah faham tentang perkahwinan. Mereka rasa 'single' sudah cukup sunyi, padahal ramai juga orang berkahwin yang rasa lebih sunyi. Nama sahaja ada pasangan depan mata, namun tiada kata-kata manis, tiada pelukan, tiada 'encouragement'. 

Kesunyian orang berkahwin bahkan lebih 'sakit' berbanding orang 'single' sebenarnya. Mereka rasa 'single' tak ada orang sayang, tak ada orang tunjuk kasih, tak ada orang pujuk bila merajuk. Padahal ramai juga orang berkahwin merajuk pun pujuk diri sendiri, menangis pun kesat air mata sendiri, sendiri yang kena sayang diri sendiri. No body care. 

Bukanlah semua orang berkahwin melalui hal ini, tetapi ianya berlaku dalam sesetengah perkahwinan yang di dalamnya tiada insan yang mahu saling membahagiakan. Kadang berlaku di belakang tabir, jadi orang tak nampak 'kanser' yang sedang membarah dalam perhubungan suami isteri itu. Orang cuma nampak bahagia walhal yang samada benar-benar bahagia atau tidak, hanya mereka suami isteri yang rasai sendiri. 

Saya suka pesanan Prof Muhaya, "jangan kahwin kalau kamu tak bahagia. Sebabnya kamu takkan jumpa kebahagiaan dalam perkahwinan kalau itu yang kamu cari. Diri sendiri kena bahagia dulu baru mampu rasa bahagia dan membahagiakan." Perkahwinan adalah medan memberi, beri bahagia baru dapat bahagia. 

Suami kena bahagia dan membahagiakan. Isteri kena bahagia dan membahagiakan. Barulah rumahtangga tersebut bahagia dan membahagiakan. InsyaAllah. Suami beri kasih sayang, perlindungan, didikan kepada isteri. Isteri membalas dengan rasa cinta dan penghormatan kepada suami. Anak-anak melihat ibubapanya saling bergandingan menjayakan perhubungan, barulah mereka juga menikmati rasa bahagia. 

Dari ibubapalah anak-anak belajar semua itu. Oleh itu wahai orang 'single', jangan tergesa-gesa mahu berkahwin walhal belum bertemu calon yang sekufu dan serasi. Perkahwinan bukanlah magik. Perkahwinan bukanlah syurga selagi tiada kerjasama antara suami isteri yang berazam mahu menjadikan rumahtangga mereka syurga. 

Gunakanlah waktu bertunang dan merisik untuk 'taaruf', bukannya sibuk dengan berdating dan bermaksiat kerana rumahtangga bukanlah semata hal yang romantik melainkan amanah berat yang perlu digalas bersama-sama. Ingatan untuk diri saya. 

Sunday, December 20, 2020

Bilik Tidur Suami Isteri ada Privasi Rumah Tangga


Tahu x? Bilik tidur suami isteri adalah tempat privacy yg sapa2 pon x boleh masuk 

Dalam Islam, ada masa2 yg kita d larang sama sekali masuk ke dlm bilik Ibu Bapa @ bilik yg ada pasangan Suami Isteri 
1) Sebelum Waktu Subuh 
2) Tengah hari 
3) Selepas Isyak 

Anak2 di larang masuk ke dlm bilik IBU BAPA, Ibu bapa di larang masuk ke dlm bilik ANAK2 yg dh berkahwin, Saudara di larang masuk ke dlm bilik saudara lain yg dh berkahwin, Apatah lg tetamu, di larang masuk ke dlm bilik utama tuan rumah kecuali dgn izin, 

Dalam blk tidur ada privacy yg x blh org tgk, hatta 'katil' itu sndiri privacy utama pasangan suami isteri. Kalau ada adk beradik kita yg suka terjah bilik kita dgn pasangan, tegurlah adik beradik kita, bkn tegur pasangan kita supaya terima keadaan tersebut Kalau Ibu bapa kita suka masuk bilik kita dan pasangan, tegurlah ibu bapa kita dgn berhemah, bkn tegur pasangan supaya terima keadaan tersebut 

Ingat, sikap acuh x acuh kita pada pasangan, besar kesan dia pd emosi dan kelakuan pasangan pd kita kelak Pasangan yg hormat pada pasangan, pasti akn d balas dgn hormat. 

Buang perkataan 'sporting' utk perkara yg mmg bkn utk 'sporting' 

Thursday, November 5, 2020

Rezeki Kepunyaan Allah SWT...


"Abang nak kerja apa lepas ni?" Tanya isteri, selepas kami berdua di hentikan kerja tempat lama. Berkuatkuasa 24 jam notis yang di berikan dalam bentuk sms sahaja 

"Tak tahu. Buntu." Berbulan kami berdua menumpang rumah abang ipar. Rasa segan asyik tidur makan, kami pindah ke rumah kakak ipar pula. Masa tu, saya memang tak tahu nak buat apa. Demi Allah tak tahu. 

Akhirnya, sebab malu asyik duduk sahaja di rumah, saya keluar ke bandar. Naik bas dari Rawang, terus ke Kuala Lumpur. Dengan niat cari kerja. Setiap hari begitulah. Namun, tiada kerja yang saya dapat. Isteri lah yang selalu beri duit tambang. Kalau saya lapar, saya tahan sahaja. Pulang nanti saya makan. 

Tiba-tiba saya dapat panggilan. "Salam encik. Ada jual bateri laptop tak? Saya perlu segera ni." Ah! Sudah. Saya bukan penjual bateri laptop. Nak cari mana pun tak tahu ni. "Oh. Silap nombor kot puan." "Eh? Taklah. Kawan saya bagi. Katanya encik ada jual bateri laptop!" 

"Oh ya. Model apa ya?" Dan, kami pun berurusan, sampai lah saya hantar bateri laptop itu ke pejabatnya. Masa tu, dalam kepala dah tahu nak cari barang laptop ni di Low Yat Plaza saja. 

Alhamdulilah. Dapat untung RM20. Saya terus dapat idea. Ya! Saya buat khidmat macam ni. Buat iklan, membantu mereka yang ada masalah nak cari alat ganti laptop. Tapi, ada masalah satu lagi. Untungnya sikit sangat. Kalau tolak kos semua, memang habis begitu saja. 

Ah! Down! Dan, bila tiada jualan lagi pening. Kos dah keluar nak ke bandar ni lagi. Satu hari, saya migrain teruk. Sakit sangat. Saya terus cari surau dan lepak di situ. 

Sambil tu, saya buka zikir. Untuk tenangkan jiwa dan kepala. Saya menangis habis. Penat rasanya berjuang dalam mencari rezeki ni. Airmata jatuh satu-satu. Sebelah saya ada seorang warga asing. Saya menangis sungguh. Tak malu dah. Zikir saya terus pasang. Menemani jiwa dan hati yang makin berat. 

Tiba-tiba, orang sebelah ni tegur. "Assalamualaikum bang." Eh! Boleh cakap melayu. "Waalaikumsalam." Kami bersalaman. Dia kenalkan dirinya Nassim. Dari Pakistan. Dia kerja di sebuah kedai jual alat ganti laptop. Dia pun tengah ada masalah. Kena tipu hampir RM50,000. 

 Real! "Tadi abang pasang apa? Itu muzik." "Oh. Ini zikir. Saya pun sakit kepala. Pasang ini kasi relaks." "Saya pun relaks la dengar. Thanks abang. Kerja sini ka?" "Oh tak. Saya jual itu alat ganti macam bateri laptop." "Wah! Ambil dari mana?" "Kedai atas. Tapi itulah mahal lah. Saya pun untung sikit saja." 

Dia hulur kad. "Mari kedai saya. Saya bagi abang best price. Dealer punya. Ada syarikat tak?" "Oh takde." "Takpe. Nanti dah buat kasi sama saya. Jomlah. Saya belanja makan. Datang kedai saya bagi pricelist." 

Rupanya, dia pengurus kedai alat ganti tu. Allahu. Harga yang dia bagi memang murah. Alhamdulilah. Cukup untung saya. Satu barang boleh untung sehingga RM30. "Abang sudah bagi saya tenang. Saya hilang masalah. Takpa. Kena tipu tu takpalah. Saya mau cari rezeki lagi. Allah sayang sama saya lah ni. Thanks abang." 

Dan, Hingga hari ini setiap kali ke kedai dia, saya cukup bersyukur dengan jalan rezeki. Kedainya pun makin maju. Sekarang dah jadi bos besar. Jualan cecah ratus ribu sebulan. Ujian dan nikmat, adalah demi untuk mengajar kita erti sabar. Melatih rasa yang betul untuk Allah. Bagaimana cara kita menerima ujian, begitulah nanti cara Tuhan berikan semula nikmatnya. 

Sebab itu, saya dah niat. Sebagai penjual laptop dan komputer, saya nak berkhidmat. Saya nak memberi. Walau kadang lebih banyak rugi dari untung hari-hari. Namun, yang benar-benar membuatkan semuanya ini bererti bila saya kekal mendapat Allah setiap hari. Lidah takkan pernah kering memuji Allah. Hati setiap masa meminta dengan Allah. Untung sekali, rugi dua kali. Rugi dua kali, untung Tuhan bagi seribu kali lagi. 

Terima kasih Allah, yang menjalankan hidup kita semua ini. Teruskanlah perjuangan kalian. Bahagia dan nikmat, Allah sedang simpan kat depan. Dan, percayalah. Masa itu akan tiba. Percaya, itulah yang membina iman. Yakin, itulah yang membuah kekuatan. 

Penulis asal: Abu Hurairah (https://www.facebook.com/thesolusi)

Psikologi Dalam Rumahtangga


“Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.” 

Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari. Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim. Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. 

Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi. Mereka masih belum dikurniakan anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar. Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar. Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri. 

Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh. Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya. 

Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama. Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. 

Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara. Ia berkata, “Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. “ 

Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung. 

Tak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah. Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia. Kebahagian itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu. 

Sebenarnya, di bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki. Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya. 

Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi. Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi. Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat. Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi “isteri seseorang” mempunyai potensi menjadi malaikat. 

Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna. Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki. Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki. Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki. 

Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu. 

Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.” 

Kerana Allah Telah Tentukan...


Aku tidak pernah memilihmu untukku.. 
Tapi Allah yang telah memilihmu untukku.. 
Aku tidak pernah berharap mencintaimu.. 
Tapi Allah yang telah menundukkan hatiku untuk memberikan cinta ini padamu.. 
Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu.. 
Tapi Allah yang telah menentukan jalan hidupku untuk mendampingimu.. 
Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu.. 
Tapi Allah yang telah memberikan rasa ini dan harusku tanggung atasmu.. 
Itulah aku adanya.. 
Tidak pernah berkuasa untuk mengatur hatiku sendiri.. 
Kerana Allah yang telah menentukannya.. 
Allahurobbi....

Wednesday, October 14, 2020

Diclofenac Sodium Suppositories vs Paracetamol Suppositories


Doktor Kongsi Cara Dan Waktu Sesuai Guna Ubat Masuk Punggung, Mak Ayah Wajib Tahu !!! 

Ubat masuk punggung, biasanya ubat ni akan digunakan pada kanak-kanak. Biasa la, kanak-kanak tak suka makan ubat. Masukkan je ubat ni dekat punggung dia (tempat berak), habis cerita. 

Tapi apa yang kita tak tahu, ubat ni ada risiko sebenarnya. UBAT MASUK PUNGGUNG, ubat supp. Ini semua ubat yang sama kategori dipanggil suppositories. 

Suppositories berbentuk torpedo/peluru, punyai tekstur ala lilin, dimasukkan ke dalam rectum melalui anus (lubang dubur). Di dalam rectum, ubat ini akan mencair (suhu badan) dan diserap oleh saluran darah di rectum. 

Ada banyak kegunaan ubat suppositories ni, antaranya sebagai ubat demam, ubat tahan sakit, ubat tahan muntah, ubat sembelit, ubat sawan dan ubat buasir. Hari ni kita nak fokus pada ubat suppositories untuk DEMAM & PENAHAN SAKIT (pain killer), yang kita bagi pada pesakit kanak-kanak. 

Di Malaysia, ada 2 jenis ubat supp untuk Demam/Painkiller, iaitu: 
👉Paracetamol, PCM (acetaminophen) 
👉Diclofenac sodium (voren) 

Bila nak guna ubat Supp ini? 
💊Kalau anak anda payah sangat nak makan ubat cecair. 
💊Kalau sedang hadapi muntah muntah. 

Dos: 
✌Untuk PCM, ada 2 dos, 125mg & 250mg. 
✌Untuk Voltaren, ada 2 dos, 12.5mg & 50mg. 

Yang mana lebih bagus? 
Jawapan kami, dua-dua bagus. 

Satu kajian membandingkan Supp Voltaren VS Supp PCM dalam mengurangkan suhu demam. Di dapati Supp Voltaren effektif dalam 1 jam pertama menurunkan suhu (lebih cepat berbanding Supp PCM). Namun kesan keseluruhan rawatan, kedua-duanya sama effektif dalam menurunkan suhu demam. 

Mana satu nak pilih? 
👍Supp PCM ialah drug of choice. Dah lama di pasaran dan terbukti selamat. Maka kalau diberi pilihan, gunalah Supp PCM untuk anak kita. Cuma kena faham, risiko kerosakan hati kalau overdose. So kenalpasti betul-betul dos PCM anak. 
👍Supp Voltaren pula dalam kategori painkiller NSAIDs, yang mana ada risiko pada kidney kalau overdose, dan beri kesan pedih perut/ulcer dalam perut. 

Bila nak guna Supp Voltaren? 
👤Dalam kes allergic PCM. 
👤Kalau lepas 1-2 jam bagi Supp PCM, suhu badan masih tinggi > 39°C, maka next dose boleh cuba bagi Supp Voltaren. 
👤Jika pasti demam bukan disebabkan dengue..Sbb tu kne jmpa dktr bukan ambil sndiri..Jika tidak blh sebabkan pendarahan. 

Apa beza Supp PCM vs Supp Voltaren? 
Kedua-duanya antipyretic, iaitu ubat yang boleh menurunkan suhu demam, kedua-duanya boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit (contoh anak sakit gigi, sakit kaki lepas jatuh,sakit tekak dan lain2). 

Supp Voltaren ada extra fungsi sebagai anti inflammatory agent, iaitu ubat anti radang yang selalunya kita gunakan dalam sakit yang ada keradangan, contohnya arthritis kanak-kanak. 

Apa yang wajib tahu? 
❤Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak bawah setahun dan kanak-kanak yang diketahui alah pada Diclofenac, kanak kanak yang ada masalah perdarahan. 
❤Supp Voltaren tak boleh digunakan untuk kanak-kanak yang disyaki ada dengue. Boleh akibatkan pendarahan. Jadi pastikan ambil ubat hanya bila doktor suruh. 
❤Supp PCM tak boleh digunakan untuk bayi bawah 6 bulan. Bergantung pd keadaan. Bawah 6 bulan sila jmpa doktor. 
❤Jangan guna Supp PCM & Supp Voltaren serentak. 
❤Supp PCM lebih selamat berbanding supp Voltaren kerana tiada risiko pendarahan. 

Dos Penggunaan : 
Sebenarnya kena kira berat badan kanak-kanak. Cuma secara kasarnya, ini dos yang disarankan ahli farmasi. 
💊Supp PCM 125mg: 
👧👧6 bulan – 3 tahun (8kg – 14kg) : Sebiji supp 
👧👧4 tahun – 5 tahun (16kg – 18kg): Dua biji supp 

💊Supp PCM 250mg: 
👨👨5 tahun – 8 tahun (18kg – 25kg) : Sebiji supp 
👨👨9 tahun – 12 tahun (28kg – 40kg) : Dua biji supp 

Nota: 
👮Kedua-dua Supp PCM 125mg & 250mg ini tak boleh digunakan lebih dari 4 kali dalam tempoh 24jam. Dose utk Supp PCM formulanya 20-30mg/kg berat badan.
👮Contohnya berat 10kg..10kg x 30mg= 300mg..jadi blh bg anak dose sebiji Supp PCM 250mg.. 

Dos untuk Supp Voltaren, 
👯bagi kegunaan demam formulanya 0.5 –1mg/kg berat badan. So selalunya, untuk kanak-kanak usia setahun ke atas hingga 3 tahun, sebiji Supp Voltaren 12.5mg tu mencukupi, boleh ulang 2-3 kali sehari. 
👯Contoh berat anak 10kg, supp Voltaren 12.5mg blh digunakan.. Kanak-kanak yang lebih besar/tua boleh guna dos Supp Voltaren 25mg. 
👯Untuk dose ubat dalam kes paediatrik yg tepat, rujuk doktor anda. Dos yang kita tulis ni hanya sebagai general guidelines sahaja. 

Cara Masukkan Ubat Dengan Betul 
👶Baring mengiring, silangkan kaki (satu kaki naik ke arah dada). 
👶Lembabkan ubat supp dengan vaselin atau minyak, dan tolak perlahan, tak perlu tekanan. 
👶Lepas masuk ubat, biar anak baring dalam 10 min untuk bagi ubat menyerap. 
👶Kalau perlu masukkan 2 biji supp, boleh masukkan supp kedua sebaik sahaja supp pertama dimasukkan ,ruang dalam rectum cukup besar untuk tampung 2 suppositories.

Semoga Bermanfaat...❤❤❤

Credit to : Klinik Avicenna (https://www.facebook.com/klinikavicennajitra/)



Tuesday, September 29, 2020

Be a man...


Don't marry a boy to lead you. 
Don't marry a girl to complete you. 

Be a man to a woman. 
And be a woman to a man. 

Because marriage is not for a boy, nor to a girl. 
Marriage requires maturity and patience. 

It is different how a boy handles a woman and how a man handles a woman. 
It is different how a girl reacts to a man and how a woman reacts to a man. 

Boy and girl are run from the problem. 
While man and woman face and solve the problem. 

Don't get too excited about early marriage stories in Instagram. 
Because most of them show only the beginning and beautiful side of marriage. 

Not the hell side. 
Read the facts from Mahkamah Syariah instead of Instagram. 

Divorces rate boost up from year to year. 
"Kerap bertengkar" 
"Masalah kewangan" 
"Pasangan tak matang" 

You don't marry someone to get divorced. 
You marry someone to commit. 

Thus, you needed preparation. 
Change yourself from a boy to a man. 
A girl to a woman. 

Don't rush guys. Marriage might be a sweet dream. 
But it could also be a nightmare. 
You'll determine it. 

There's so much more to learn. 
There's so much more to observe. 
There's so much more to commit. 

Commit to your study. 
Commit to your parents. 

If you can't commit to what you have, what makes you think you can commit to another? 
Be a man. Be a woman

Kalau ketua rumah tu sendiri tak solat, maka apa yg akan terjadi pada isinya...


Solat ni tiang agama, solat juga ada dlm rukun islam...mendirikan solat, 5 waktu sehari semalam...klu kita ni org islam, kenapa kita tak nak solat? Kenapa kita susah dan liat nk solat? 

Ada kajian mengatakan, 80% daripada org islam di Malaysia ni tak solat. Bukannya sikit angka tu. Saya juga menerima byk pertanyaan, mcm mna nk buat pasangan utk solat, dah mcm2 dah dibuatnya, dah tegur, dah nasihat, tak jalan jugak. Bila kluar jalan2, pasangan suruh berenti di surau atau masjid utk solat, end up, pasangan ja yg masuk solat, dia tunggu dlm kereta mcm xde apa2. Dah berada dlm perkarangan masjid pun xnak masuk masjid? Keras btol hati tu... 

Ini bukan rekaan, ini hakikat. Ramai ketua rumah yg tak solat, ramai juga isi rumah yg tak solat. Kalau kita yg membaca ni salah satu drpd yg dinyatakan, maka mula lah utk solat. Start hari ni, solat tanpa pernah culas. Kita nak mati dlm islam, tapi kita tak "hidup" pun sebagai org islam... 

RUMAHTANGGA KITA ♥️


1. Jika isteri dah siapkan minuman, makanan, dah dihidangkan atas meja, lepastu isteri panggil kita makan, kita pula sibuk dengan telefon, sibuk hal lain lagi, lalu biarkan makanan sejuk, maka lambatlah rezeki masuk. 

2. Jika pulang ke rumah, sampai-samapi anak terus menerpa dekat dekat kita, sambil bising-bising.. nak itu nak ini. Penat macamana sekali pun, duduklah sekejap dan bercakap dengan mereka. Peluk cium anak, itu cara kita menghargai mereka 'pembawa rezeki'. Jangan marah-marah, jangan cepat naik angin. 

3. Bila bangun pagi, kejutkan juga pasangan untuk bangun sekali. Jangan dibiarkan saja pasangan tidur dan terus hanyut meninggalkan solat subuh. Ini juga salah satu rezeki susah nak dekat dengan kita. Bila rezeki sempit, hubungan rumahtangga pun makin dingin. Itu yang nak bergaduh je laki bini berantakan. 

4. Usahakan untuk beri wang belanja kepada isteri walau gaji kita kecil. Kalau tak mampu bagi RM100, berilah RM50 @ RM10. Rajin-rajin tengok dompet isteri, jangan terkejut kalau nampak duit syiling je yang ada. Zaman ini memang era orang perempuan gajinya lebih besar, namun usaha memberi nafkah itu adalah pintu kepada banyaknya lorong rezeki. 

5. Banyak-banyak bergurau mesra dari marah-marah. Tengok balik dalam rumah tangga semua kita. Macamana bonding kita dengan isteri. Selama ni kalau cara kita banyak sakitkan hati dia, berubahlah. Isteri tak pernah lupa untuk berdoa buat suaminya. Itulah antara salah satu asbab rezeki kita berpanjangan. Doa isteri mustajab buat suami. Namun jika orang di dalam rumah itu sering marah, sering tak suka itu ini, sering hatinya tak bahagia, mana ada makhluk mahu bertandang, termasuklah rezeki. 

Jangan lupa untuk bahagiakan orang yang kita sayang 

RAHSIA KEKUATAN CIUM TANGAN & CIUM KENING.


Tahukah Anda... 

Kenapa lelaki mesti mencium kening isteri & isteri mesti mencium tangan suaminya? Bahawa semangat & ketenangan lelaki itu terletak pada kening isterinya. Lalu sumber ketenangan & kekuatan perempuan itu ada pada tangan suaminya. 

Mengucup kening isteri atau mencium tangan suami, hakikatnya sebuah simbol dr satu hal paling mahal dlm hubungan suami isteri. “Apa itu?” “Saling percaya”. Jangan menilai bahwa yang mendorong suami mengucup kening isterinya itu kerana berahi. 

Seorang suami mengucup kening isteri adalah cara dirinya mendapat ketenangan. Dan perempuan mencium tangan lelaki bukan semata tentang siapa yang lebih tinggi darjatnya, tapi itu adalah tanda bahwa keikhlasan yang menuntunnya. Kerana perempuan juga tahu, di tangan suaminya ada redha Allah. 

Kenapa mesti kening atau tangan? Kening perempuan adalah sumber ketenangan & semangat bagi suami, karena kening adalah saksi dari ketaatan pada Allah.Keninglah, perantaraan tunduk makhluk pada Penciptanya. Keninglah bahagian tubuh pertama yang mengaku, bahwa Allah adalah Maha Tinggi, sementara diri adalah rendah. Keninglah yang bersujud. Kening berada paling bawah, sebagai simbol bahwa tiada yang lebih tinggi daripada Allah. Padahal kening adalah bagian tubuh kita yang paling tinggi. Maka pada kening perempuanlah Tuhan hembuskan sumber ketenangan. 

Maka tak hairanlah jika suami akan merasakan ketenangan setelah mengucup kening isterinya. Lalu, apakah sama kondisinya dengan tangan suami yang dicium isteri? Ada doa yang dia panjatkan di tangan suami, semata meletakkan doa disana, kerana dengan tangan itulah suaminya bekerja untuk orang-orang yang dicintai & disayanginya. Melalui ciuman yang diletakkan di tangan suami, seorang isteri menitipkan doa agar Allah menjaga tangan suami untuk menjaga kasih sayangnya & tak mengambil yang bukan haknya. Tangan suami adalah kekuatan untuk berlindung, ya Allah jaga lah suami dari rezeki yang Haram. Dan untuk selalu sayang pada ku atas Robb nya. 

Thursday, August 20, 2020

Dugaan Bertunang.

Bertunang dan berkahwin ni nampak indah tapi realitinya hanya yang melalui je tahu. Siapa yang rancang nak bertunang tu, korang tengok ujian dan cabaran yang selalu orang bertunang hadap. Ikut dan hayati baik baik , yang mana buruk jadikan tauladan dan yang mana baik ambil sebagai pedoman 🌸 

Situasi 1: DIUJI DENGAN MASALAH KEWANGAN 
Godaan: gunalah duit sikit untuk melabur. lepas dua tiga bulan dapat duit lebih, boleh guna tampung majlis. kahwin banyak pakai duit. kurang siket jer sekarang. nanti dapatlah ganti lebih 
NOTA PENTING : pastikan duit kahwin sedia yang disimpan tidak diusik bagi perkara sampingan. jika ada duit lebih boleh guna. tapi kalau duit tu memang cukup cukup untuk keperluan kahwin. ada baiknya utamakan yang penting, bincang dengan pasangan untuk buat keputusan. ada satu kes, menyesal sendiri sebab guna duit hantaran untuk join business, at last, duit tak dapat. wedding kena tangguh 

Situasi 2. KEHADIRAN TETAMU TAK DIUNDANG(ex) 
Godaan: saya sayang awak lagi. kalau saya masuk meminang awak? saya tunggu awak. saya snggup tunggu awak sampai awak cerai and etc 
PERINGATAN PENTING : kenapa dia jadi ex? sebab dia adalah EXperienced! lepas dan mulakan! hargai yang lebih menghargai. kalau dulu bukan percinta yang baik. sudah masanya membuktikan kita boleh jadi percinta yang terbaik! Lepaskan..mulakan kisah baru yang boleh menjadi cerita paling indah untuk anak cucu. insyaallah. 

Situasi 3: DIUJI DENGAN SIKAP 
Godaan: tiba tiba tunang menjadi terlalu sensitif,baran,kurang sabar 
NOTA PENTING, bila niat nak kahwin. sememangnya meletakkan kita dalam satu tahap yang stress. sebab banyak benda nak kena fikir, settle. ditambah dengan rasa commitment (feeling feeling husband, wife), maka jadi care terlebih lebih. benda simple jadi complicated.syaitan duk tambah dos nak kasi batal benda baik. makin meletuplah! 
Sabar..masa ni masing masing kena main peranan. takkan settle benda dalam keadaan marah. ajak solat hajat, mengaji. amik wudhuk. bila dua dua dah tenang. bincang tanpa melibatkan emosi. yang penting. ingat niat asal! 
Nikah kerana Allah. tengok masalah. bincang penyelasaian. jangn fokus pada punca sahaja. rendahkan ego dan belajar menerima dan mendengar. insyaallah akan jd lebih baik dr sebelum gaduh. 

Situasi 4: DIUJI DENGAN RAGU RAGU 
Godaan: kau nak kahwin dengan dia? tapi kenapa?. tak rasa ke muda lagi? banyak lagi cita cita nak capai? bersedia ke nak jadi wife ni? dan etc yang ni semua orang alami. 
Nikah sebab nak redha Allah. kalau nak mengejar dunia, sampai bila kita akan berhenti mengejar? mungkin kita mati ketika berlari mengejarnya. stop fikir negatif! tak ada orang bersedia. yang penting cuba bersedia. cari ilmu (baca buku, ceramah dan sebgainya). soal boleh ke tak jadi wife or menantu. itulah pengalaman. baiki dr kesilapan. 
Contoh, masak tak sedap, lepas ni baiki masakan. kita takkan terus jd perfect. tapi kita boleh berusaha kan? ubah mindset! 
Godaan II: betul ke aku nak kahwin dengan dia ni. kalau nak kata (kaya or handsome or baik or….) si A tu macam lebih lagi baik dari tunang aku ni 
Istigfar. kembali dengan niat asal. nikah kerana apa? jodoh ni kan walaupun kita nampak jelas jelas kekurangan, kelemahan dia, kita tak boleh rasa benci. walaupun muka dia mungkin penuh jerawat dan sebagainya. kita rasa tenang tengok. bila gaduh, tetap rasa nak bersama. doa pada Allah supaya semakin kuat cinta pada dia, kuat lagi cinta pada Allah 

Situasi 5. TEKANAN KELUARGA & KELUARGA BAKAL SUAMI 
Godaan : Apabila sudah mengenali keluarga bakal pasangan, menetapkan wang hantaran, dan sebagainya, mungkin ada terdetik rasa tidak senang terhadap keputusan mereka. Walau apa pun, kita janganlah terlalu cepat menilai seseorang sedangkan kita belum mengenali mereka sepenuhnya. keluarga, terasa hati dalam keluarga , mula rasa betul ke mertua akan suka aku, betul ke ipar duai akan berkenan dekat aku, hal ni semuanya dari syaitan yang senantiasa menghantui kita untuk membatalkan niat yang baik .. 

Situasi 6.MULA TAWAR HATI 
Setelah bermacam-macam ujian datang menimpa, sesetengah daripada mereka mula tawar hati dan tidak berminat lagi untuk meneruskan tempoh pertunangan. 
Selidik dahulu punca tawar hati dan cubalah selesaikan selagi boleh. 

Situasi 7.EMOSI TIDAK STABIL 
Ada sesetengahnya yang tidak senang duduk apabila sudah mengikat tali pertunangan. Kadang-kadang sedih, marah, terlalu gembira, dan ada yang asyik teringatkan tunangnya sedangkan ada yang telah lama mengenali hati budi masing-masing. 
Semasa berkawan, mungkin anda tidak merasai betapa seriusnya hubungan ini, dan bagaimana komitednya anda terhadap perkahwinan yang bakal berlaku. Maka, mungkin sebab ini menjadikan anda resah dan gelisah. 

Situaso 8. TAKUT SALAH BUAT KEPUTUSAN 
Godaan: Antara fobia dan dugaan semasa bertunang, ada yang mula menampakkan ‘perangai’ sebenar. 
Jadi, anda mula berasa ragu-ragu terhadap pilihan anda. 
Menurut Suzana Ghazali, seorang Perunding Psikologi Keluarga dan Peguam Syarie, Undang-Undang Kekeluargaan Islam menetapkan bahawa seseorang individu boleh mendapatkan gantirugi sekiranya sesuatu pertunangan diputuskan oleh pihak yang satu lagi tanpa sebab yang kukuh.
Maka, anda berhak menerima semula sebarang bentuk pemberian anda kepada si dia, lebih-lebih lagi jika anda telah membelanjakan wang yang banyak untuk majlis perkahwinan yang bakal diadakan. 

Situasi 9. CEMBURU BUTA 
Oh ya, kadang-kadang ada juga yang tiba-tiba menjadi terlalu cemburu dan asyik mahu mengawal pergerakan tunang mereka. 
Ini adalah dugaan semasa bertunang yang biasa terjadi. Sedangkan, lelaki ini belum lagi berhak dipatuhi oleh wanita tersebut sebelum melafazkan akad nikah. Begitu juga seorang wanita yang tidak berhak meminta sebarang bentuk tanggungan daripada pihak lelaki. Namun, sebagai seorang Islam, kita wajib menjaga pergaulan kita walau di mana kita berada, sama ada sudah bertunang ataupun belum 

Situasi 10.KESIBUKAN PERSIAPAN PERKAHWINAN 
Sibuknya menjelang majlis pernikahan! Pada saat-saat akhir, tak mustahil ianya tidak berjalan seperti yang dirancang. Namun, semua ini adalah di luar kawalan kita. 
Dugaan semasa bertunang antaranya boleh berlaku kesilapan teknikal dalam sebutharga, perubahan tempat majlis, baju nikah tak muat atau tersilap jahit, dan banyak lagi 

p/s: just share niat baik, nak jadi halal. Bukan senang ,banyak dugaan yang terpaksa ditempuh sebelum ikatan halal yang sah. nak kahwin kan. apa apa pun, setiap kali ujian. cari Allah! 
Ujian tu tanda kita perlu lebih kuat dengan tuhan. 

Semoga perkongsian ni bermaafat. semoga Allah redha.Sebenarnya, sebagai orang Islam, kita perlu percaya bahawa semua dugaan semasa bertunang yang datang ini adalah daripada Allah, sebagai ujian kepada hambaNya. Oleh itu, walau apa pun dugaan semasa bertunang yang terjadi, kita harus sentiasa redha dan meminta pertolongan daripada Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya, Allah lebih mengetahui akan sesuatu yang tidak kita ketahui. 

Di samping itu, berusahalah mendekatkan diri dengan Allah sebelum kita menjejakkan kaki dalam alam rumah tangga, sebagai persediaan menjadi ketua dan pembimbing kepada institusi kekeluargaan yang bakal didirikan. 

Seperti dalam surah Al-Imran ayat 54: “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang” 

Wednesday, August 19, 2020

Sejarah Tifoid (Thyphoid).

Nak bercerita pula pasal sejarah Tifoid ini.. 
Ia kisah nan panjang, 
Tapi siapa nak ilmu, Jemputlah baca sehingga noktah terakhir . . 

Ia bermula dengan nama seorang wanita Mary Mallon. Beliau berasal dari Ireland kemudian berhijrah ke AS untuk mencari rezeki. Umurnya 14 tahun ketika itu. Kerja yang dilakukan adalah menjadi tukang masak untuk keluarga orang kaya. Air tangan Mary sebenarnya mampu menyediakan hidangan yang cukup menyelerakan. 

Malangnya, ia membawa sejenis kuman pembawa maut - bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Mary pada mulanya menjadi tukang masak di rumah orang kaya di Mamaroneck, New York pada tahun 1900 sebelum berpindah ke Manhattan. 

Kedua-dua keluarga majikannya itu mendapat demam dan cirit-birit, sebahagian gejala tifoid atau demam kepialu, manakala seorang tukang cuci meninggal dunia. . 

Mary kemudiannya bekerja pula dengan seorang peguam dan berhenti selepas tujuh hingga lapan orang ahli keluarga tuannya itu mengalami peristiwa sama. . 

Persinggahan seterusnya adalah di Long Island di mana dalam masa dua minggu, empat hingga 10 keluarga majikannya dimasukkan ke hospital. 

Mary terus bertukar-tukar majikan yang menyaksikan tiga buah keluarga lagi telah dijangkitinya. . Sehinggalah pada tahun 1906 apabila satu wabak ganjil di New York menarik perhatian Dr. George Soper. 

Tifoid lazimnya menyerang golongan miskin dan persekitaran kotor. Peliknya, wabak tersebut terjadi di kalangan individu berharta. Siri penyiasatan Dr. Soper akhirnya menuding kepada seorang tukang masak yang berusia 40-an dan belum berkahwin iaitu Mary. 

Dia berjaya dijejaki di sebuah penthouse di Park Avenue di mana penyakit itu sedang aktif. Dua pembantu rumah terlantar di wad selain turut mengorbankan anak perempuan pemilik kediaman itu. . Sambil bermati-matian menafikan pernah menghidap tifoid, Mary telah memaki Dr. Soper apabila diminta contoh najisnya. 

Dia turut mengugut doktor berkenaan menggunakan pisau pemotong daging, memaksa pihak polis dan pegawai kesihatan New York campur tangan membawa kepada penangkapan Mary. 

Kerana tidak memahami bagaimana orang sihat sepertinya boleh merebakkan penyakit, Mary cuba melawan balik dan meronta-ronta agar dilepaskan. Semasa disoal siasat, Mary mengakui dia jarang membasuh tangannya ketika memasak kerana tidak nampak apa keperluannya. 

Kultur air kencing dan najisnya yang diambil dengan bantuan matron penjara mengesahkan pundi hempedu Mary dipenuhi dengan S. thypi. 

Mary enggan menjalani pembedahan bagi membuang pundi hempedunya itu mahupun berhenti kerja sebagai tukang masak dan tetap berdegil. " Saya tidak membawa sebarang penyakit !" tegasnya. 

Pihak berwajib terpaksa mengisytiharkan Mary sebagai musuh kesihatan awam nombor satu lalu mengasingkannya di dalam sebuah kotej di Bronx, tanpa dibicarakan. Dia bersumpah menjadi mangsa konspirasi kerajaannya. 

Bagaimanapun, dia dibenarkan bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Riverside. Pada tahun 1910, Mary dibebaskan dengan jaminan untuk kekal dengan tugasan barunya itu. Kerana pendapatan yang tidak mencukupi, Mary yang menukar nama keluarganya kepada Brown akhirnya berpaling tadah dan untuk tempoh lima tahun berikutnya, dia terus menularkan penyakit dan menyebabkan kematian dari dapur-dapur tempat dia bekerja. 

Semasa suasana kecoh berikutan tercetusnya wabak tifoid serius di kalangan kakitangan Hospital Wanita Sloan yang meragut dua nyawa dengan 25 orang disahkan menghidapinya, Mary menghilangkan diri dari dapur tempat kerjanya. 

Tidak lama kemudian, dia berjaya diberkas di Long Island tetapi enggan bekerjasama dengan pegawai kesihatan untuk mengumpul sejarah perubatannya bagi tujuan penyelidikan. 

Kedegilannya itu telah menyebabkan Mary dikuarantin seumur hidup di sebuah pulau. Popularitinya ketika itu mengalahkan celebrity. 

Mary meninggal dunia pada tahun 1938 akibat radang paru-paru. Bedah siasat mendapati pundi hempedunya masih lagi aktif menghasilkan S. typhi sebelum disemadikan! 

Mary Mallon aka Typhoid Mary dikenal pasti sebagai pembawa tifoid pertama yang sihat, tanpa menunjukkan apa-apa tanda penyakit itu. 

Bagaimanapun, pakar-pakar percaya, Mallon mungkin pernah beberapa kali mendapat jangkitan yang tidak berbahaya tanpa disedarinya, tetapi setiap kali itu jugalah dia sembuh. Bakteria itu kekal berada di dalam tubuh badannya dan kerjanya sebagai tukang masak memudahkan perpindahannya kepada orang lain yang memakan masakannya. . 

Jadi, Jangan pandang remeh pada suntikan Tifoid untuk semua pengendali makanan ya. Demam Kepialu ini bukan benda kecik, Ia boleh membawa maut ! 

Tq kpd Aqilah Nor atas penjelasan tentang kepentingan suntikan typoid Perkongsian yg sgt bermanfaat kpd semua.




Definisi "ORANG KAYA"

👉 Tony Fernandez  Sampai sekarang kita tidak pernah tahu pun dia naik kereta apa dan tak pernah tunjuk pun duit yang dia ada. Yang kita tah...