Kita memilih menjadi isteri, bermakna kita juga telah ketahui dan akan cuba untuk pelajari bagaimana menjadi isteri. Bersedia menjadi isteri, sepatutnya kita telah lebih dahulu mencari ilmu, bagaimana menjadi isteri. Selain daripada nikmat menjadi isteri, kita juga seharusnya bersedia, dengan pelbagai ujian yang akan ditempuhi apabila bergelar isteri.
Sebagai isteri, setiap zarah pada diri suami, adalah pahala untuk isteri.
Daripada menyisir rambut, mencukur kumis dan janggut, memotong kuku dan memastikan semua yang ada pada dirinya terjaga, adalah syurga para isteri.
Apatah lagi butir nasihat, juga setiap kata-kata dan setiap perilaku yang disukai juga dibenci. Itu semua termasuk dalam lubuk pahala buat isteri.
Sekarang, banyak penulisan ditulis, bagaimana menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah. Dan kita akan cenderung untuk tag pasangan masing-masing.
Tak salah. Malah bagus. Kita saling ingat mengingatkan untuk kebaikan rumahtangga.
Namun, menjadi isteri lebih baik kita banyakkan membaca macam mana nak menjadi isteri solehah dan taat.
Apabila kita membaca penulisan tentang menjadi suami soleh, kita pantulkan ciri-ciri suami soleh itu pada diri kita sebagai isteri.
Daripada kita asyik dok mencari ciri-ciri suami soleh, suami penyayang, suami romantik, lepas tu tag suami masing-masing dengan harapan suami jadi macam tu.
Tapi, bilamana suami kita tak macam apa yang kita baca, kita akan cenderung untuk tak bersyukur sebab kononnya suami kita tak capai tahap macam yang kita baca tu.
Maka menangislah kita. Lalu kecewalah kita dan rasa tak bahagia bermaharaja dalam jiwa.
Kita sakit perasaan dan emosi selamanya.
Ingat selalu dalam fikiran, nak suami jadi soleh, solehahkanlah diri sendiri dulu. Namun, yang menjadikan suami itu soleh, hanya Allah.
Maka, marilah bersama kita menjadi isteri seperti mana yang Allah dan Rasul kehendaki, maka Allah akan kurniakan suami seperti mana yang kita ingini.
Credit to Nur Farhana Fizal
No comments:
Post a Comment