Sebuah kisah yang diceritakan oleh seorang Hamba Allah
Suatu masa dahulu, Hamba Allah itu pernah berurusan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Semasa hendak menandatangani kertas yang dihulurkan, beliau mencapai sebatang pen dari poketnya.
Didapati, ada 2 pen dalam poketnya, beliau memilih satu sahaja.
Agak pelik melihat orang kenamaan ada 2 batang pen dalam poket.
Lalu Hamba Allah itu bertanya
"Maaf tanya Tok Guru. Kenapa ada 2 batang pen dalam poket?" tanya Hamba Allah itu
Jawab Tuan Guru Nik Aziz, "Satu pen ni, pen duit kerajaan. Ambo guna untuk urusan rasmi kerajaan. Satu pen lagi ni duit ambo sendiri, ambo guna untuk urusan peribadi".
Akhlak seorang yang warak.
Inilah contoh akhlak orang yang beriman dengan Hari Akhirat. Beliau tahu, setiap dakwat pen yang beliau gunakan pun akan disoal di sana nanti.
Pen kerajaan adalah untuk kerja kerajaan. Jika diguna untuk kerja peribadi, itu sudah mengkhianati amanah.
Itu baru pen.
Alangkah mulianya seorang manusia bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz itu. Semoga semangat dan inspirasinya dapat meresap ke dalam jiwa para Pemimpin & Kita Semua.
Semoga rohnya berada dalam rahmat Allah.
Amin
No comments:
Post a Comment