Search This Blog

Thursday, December 31, 2020

Putus Tunang


"Aku rasa nak putus tunang." 

satu mesej keluar di paparan skrin telefon aku beberapa bulan lepas. Berulang kali aku baca. Tapi aku tak reply terus. Sebab aku tak nak terburu-buru balas. Ikutkan hati, aku macam tak boleh terima kenapa perlu terfikir macam ni, sedangkan pada awalnya, kalian yang mahu keadaan berjalan sebegitu. 

Keesokkan harinya, selepas aku dapat berfikir dengan tenang, aku balas. “Kenapa mahu putus?" Selang beberapa minit, dia balas; “Sebab asyik kena maki setiap hari. Sikit-sikit keluar perkataan kesat. Sikit-sikit tinggikan suara. Sikit-sikit mencarut." 

Terkejut juga aku baca. Mana mungkin seseorang yang mahu jadikan kau sebagai pasangan seumur hidup, bersifat sedemikian rupa. Tapi aku masih mengambil pendekatan bertenang. "Sabar dulu," balas aku. “Jangan tergesa-gesa. Dah berbincang? Kena ingat perasaan mak ayah. Kasihan mereka dah usaha sama-sama nak menyatukan kalian." 

"Masih lagi perlu ke fikir pasal mak ayah. Masih perlu ke fikir pasal maruah. Sedangkan aku setiap hari rasa tersiksa. Rasa kecewa. Rasa tak tenteram." Aku terdiam. Berulang kali juga aku baca satu-persatu ayat yang ditulis. Entah macam mana, aku rasa down juga. Sebab kenapa bila kita masuk dalam hal-hal yang sepatutnya mengundang kebahagiaan, tapi belum masuk lagi, ia sudah disajikan dengan perkara yang bercanggah. 

"Aku rasa, kau lebih faham. Kalau itu yang kau rasa. Sebab soal hati, kebahagiaan, ketenteraman, keamanan hati ini, kau yang tentukan. Jadi kau berhak untuk meneruskan atau tidak," balas aku. Seen. Jujurnya. Dalam tempoh pertunangan itu akan diuji dengan pelbagai ujian. Duit tak cukup. Ujian orang ketiga. Perselisihan pendapat dan macam-macam lagi. 

Tapi dalam pelbagai ujian-ujian yang datang ini, mana mungkin ia melibatkan perkara-perkara yang menyimpang terlalu jauh. Dipukul. Dilempang. Dimaki. Diugut dan diapa-apakan dalam bentuk yang negatif. Tak mungkin seseorang itu mampu meneruskan. Sebab sedikit demi sedikit, ia hanya menghilangkan rasa bahagia tu. Menghilangkan rasa cinta. Menghilangkan rasa selamat. 

Kau berhak memilih orang yang akan menjalani seluruh kehidupan kau selama-lamanya. Kalau dari awal lagi, sudah dimaki, sudah dihina, sudah diugut, bagaimana agaknya selepas perkahwinan? Kita berpijak pada dunia realiti. Bukan seperti drama tv, manusia berubah 360 selepas berkahwin. Ada saja, tapi peratusan tu terlalu kecil untuk dijadikan teladan dan rujukan. 

Percayalah kawan. Hati ini kau berhak serahkan kepada orang yang betul-betul pandai dan mahu menghargai. Orang yang benar-benar mahu mengenggam dengan erat, dan tidak akan melepaskannya walau apa jua rintangan mendatang. Sekali kau gagal, selamanya kau akan menyesal. 

Peluang kedua tetap akan ada. Tapi selagi mana kau berhak menentukan pilihan pertama, buatlah yang terbaik. Love isn’t enough to conquer incompatibility and emotional baggage. You have a choice when it comes to who you want to be with, and that choice gives you power. Use it wisely. 

Doa aku selalu untuk kau. 

Penulis asal: Syafiq Ridhwan (https://www.facebook.com/thesolusi/)

No comments:

Post a Comment

Definisi "ORANG KAYA"

👉 Tony Fernandez  Sampai sekarang kita tidak pernah tahu pun dia naik kereta apa dan tak pernah tunjuk pun duit yang dia ada. Yang kita tah...