Sebelum nak berkahwin tu, tahu x apa erti sebenar sebuah perkahwinan? Apa yg kita bakal dapat dlm alam ini? Bagaimana kita akan menjalani hidup sebagai suami isteri setelah selesai akad nikah?
Bersedia tak kalau lepas kawin dapat suami yg tak solat? Bersedia x klu lepas kawin dapat isteri yg xtahu masak? Bersedia x klu lepas kawin bru tahu pasangan tu jenis panas baran? Bersedia x klu lepas kawin bru tahu pasangan tu pemalas? Mcm mna cara nk hadapi semua tu? Nak berpisah setelah tahu n hadapi smua tu?
Erti sebenar sebuah perkahwinan ialah melengkapi kekurangan pasangan dgn kelebihan yg ada pd diri kita. Jgn hanya nmpk atau highlight kekurangan dan kelemahan pasangan, tapi kita tutup atau perbaiki kekurangan dan kelemahan itu dgn kelebihan yg ada pd diri kita, ni yg pertama.
Keduanya, perkahwinan adalah ttg menyeimbangkan antara memberi dan menerima. Kita xbleh terus memberi sahaja dan tidak menerima apa2. Kita jugak xbleh trus menerima sahaja dan tidak memberi apa2. Klu kita teruskan jugak, maka kita akan terkorban.
Ketiga, masing2 kena tahu tugas, tanggungjawab dan kewajipan yg perlu masing2 buat. Hukum utk tunai smua ini adalah wajib dan pengabaian terhadap apa yg wajib ni hukumnya berdosa. Benda asas dlm rumahtangga ialah nafkah.
Apa bentuk nafkah yg wajib suami bagi. Tak de excuse bab menafkahi sbb bila kita pilih utk mendirikan rumahtangga, menghalalkan hubungan kita, maka kita kena tahu bagaimana cara utk menyara dan menanggung pasangan kita.
Byk lagi jika nak dihuraikan, cukuplah sekadar apa yg asas dan penting sahaja. Sentiasa ingat akan pesanan ini, apa yg kita tak suka isteri buat, isteri juga tak suka kita buat. Benda yg kecik bagi kita sebagai suami, ianya mgkin besar bg mereka sebagai isteri.
Bab aib ni bukan hanya isteri sahaja kena jaga, suami juga kena jaga aib isteri sendiri. Kewajipan bukan satu bebanan, kewajipan itu adalah satu tuntutan yg diwajibkan utk kita buat. Nak jadi suami, nk jadi isteri, maka kena ada ilmu. Cinta dan suka sahaja tak cukup utk membahagiakan rumahtangga.
Credit To En Firdaus Shakirin.
No comments:
Post a Comment