Search This Blog

Friday, November 15, 2019

Permainan Basikal Lajak, Isu Moral atau Isu Sosial?

Image result for basikal lajak

Antara faktor-faktor dan punca-punca yang mempengaruhi penglibatan remaja di dalam gejala basikal lajak ini boleh di klasifikasikan kepada 7 bahagian.

  1. Faktor Sekolah
Sekolah merupakan tempat di mana pelajar akan memperoleh pendidikan formal daripada guru yang bertauliah. Matlamat sekolah adalah untuk mendidik generasi muda kea rah pembangunan bangsa yang lebih maju dan berhemah tinggi dan menyedikan suasana persekitaran yang sihat. Guru merupakan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar. Jika guru mempunyai sikap yang tidak baik, maka pelajar akan mencontohi guru tersebut tanpa memikir impak kepada masa hadapan mereka. Di samping itu, sekolah yang tidak menekankan mutu pembelajaran yang berkualti akan menyebabkan remaja yang tamat persekolah mudah terjebak dengan tingkah laku yang tidak sihat. Tingkah laku yang tidak bermoral ini  berlaku apabila guru tidak menjalankan tugas mereka dengan baik dan tidak meneliti masalah yang berlaku di persekitaran mereka. Sesetengah guru juga tidak bersikap professional dalam menjalankan tugas mereka dengan berbincang secara telus dan terperinci tentang masalah pelajar di sekolah sesame sesi perjumpaan dengan ibu bapa. Hubungan antara ibu bapa dan guru sepatutnya di pupuk menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Dengan inisiatif ini setiap masalah moral yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah, guru dapat memaklumkan terus kepada ibu bapa pelajar untuk di ambil tindakan tegas di peringkat keluarga.

  1.  Faktor pengaruh rakan sebaya.
Peringkat remaja merupakan peringkat di mana pelajar lebih bersosial dan berkawan. Masa mereka lebih banyak di gunakan di luar seperti di sekolah. Hal ini menyebabkan mereka lebih menghabiskan masa dengan rakan-rakan di sekolah. Rakan merupakan seseorang yang paling rapat dengan seseorang. Seperti yang dapat kita lihat pada hari ini, masalah moral pelajar berlaku apabila terdapat rakan mereka juga melakukan perkara yang sama seperti permainan basikal lajak. Jika mereka tidak melakukan perkara yang di suruh rakan-rakan, mereka akan di pulaukan oleh rakan-rakan mereka. Di samping itu, pelajar juga menggunakan rakan untuk mengisi rasa kasih sayang yang kurang di berikan oleh ibu bapa kepada mereka. Pelajar juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kasih sayang kerana takut di diri mereka di tinggalkan. Terdapat ramai pelajar atau remaja yang mengatakan bahawa mereka tidak suka untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa terutama sekali masalah yang berkaitan dengan masalah peribadi. Hal ini kerana, mereka beranggapan bahawa komunikasi antara mereka dan ibu bapa lebih bersifat formal. Mereka lebih percayakan rakan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Rakan yang juga mempunyai masalah moral akan menyebaban mereka lebih mudah terpengaruh dengan pelbagai masalah.

3. Faktor kekurangan didikan agama.
Kekurangan didikan agama juga merupakan punca berlakunya masalah moral dalam kalangan pelajar tanpa mengira kaum. Hal ini kerana didikan agam hanya diberikan dengan kaedah pelajar menghafal bukan untuk memahami ilmu tersebut. Para pelajar mungkin akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, namun mereka langsung tidak memahami maksud ajaran tersebut dan tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, mereka akan mudah terlibat dengan masalah moral seperti permainan basikal lajak yang membahayakan keselamatan diri mereka juga membahayakn pengguna jalan raya yang lain. Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam memberikan ilmu agam kepada anak-anak. Menurut Allahyarham Ustaz Harun Din, ajaran agama yang kuat dapat menjadi benting pertahanan dalm diri anak-anak supaya mereka tidak mudah terjebak dengan masalah moral apabila mereka berada di sekolah atau di luar rumah.

4. Faktor Keluarga.
Keluarga merupakan satu institusi yang terbentuk erana adanya ikatan perkahwinan yang sah dan mempunyai pertalian darah. Apabila sesorang mempunyai masalah dengan keluarga maka tumpuan terhadap pembelajaran mereka akan terjejas. Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa menyebabkan remaja berasa diri mereka telah diabaikan. Ibu bapa pada masa kini sering mengabaikan tanggungjawab mereka dan melepaskan tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah sahaja. Mereka hanya sibuk dengan tugas kerja dan ingin mengejar kemewahan semata-mata. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat menyebabkan anak-anak terlibat dengan masalah moral. Kebebesan yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak juga disalah ertikan. Keluarga yang mempunyai masalah seperti penceraian ibu bapa juga mendorong kepada berlakunya masalah moral terhadap anak-anak. Ibu bapa yang sering bertengkar di hadapan anak-anak juga menyebabkan anak-anak tertekan dan mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah, kekecewaan terhadap keluarga atau persekitaran menyumbang kepada tingkah laku yang tidak baik bagi mencapai maksud luahan hati mereka. Pelajar juga mudah terlibat dengan masalah moral kerana disebabkan oleh faktor status ekonomi keluarga. Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, ibu bapa tidak mampu untuk memenuhi semua permintaan daripada anak-anak.

5. Faktor pengaruh media massa dan persekitaran.
Pengaruh media massa sentiasa menjadi pilihan para pelajar apabila mereka mempunyai masa lapang. Perilaku mereka juga  mudah terbentuk kerana mereka yang masih mentah mudah terikut-ikut dengan perilaku yang dilihat. Pada era globalisasi hari ini, kemudahan teknologi iaitu internet telah banyak mendatangkan masalah kepada para pelajar. Hal ini demikian kerana maklumat mudah diperoleh tanpa mengira masa dan tempat. Terdapat sesetengah pelajar yang menyalahgunakan kemudahan teknologi yang sedia ada. Mereka sering menggunakan platform Youtube, Facebook dan Instagram sebagai sumber rujukan harian mereka dengan mengikuti individu tertentu, mengikuti cara hidup mereka yang boleh mendatangkan impak yang positif dan dan tidak kurang juga impak negatif kepada kehidupan kanak-kanak yang belum cukup matang untuk menilai baik dan buruk sesuatu keputusan yang dibuat. Apabila hal ini berlaku maka akan timbul masaah moral seperti gengsterisme, vandalism dan merokok dalam kalangan pelajar. Menurut Abdul Rahman Md Arof, Professor Emeritus, Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Universiti Putra Malaysia, masalah moral dan tingkah laku juga terjadi akibat daripada persekitaran mereka.

6. Faktor Diri Sendiri.
Faktor diri sendiri merupakan salah satu faktor yang mendorong masalah moral berlaku. Para pelajar tidak mempunyai perkembangan yang baik dalam aspek kognitif, aektif dan psikomotor. Teknik pengajaran yang tidak menarik menyebabkan pelajar cepat berasa bosan, mereka akan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke kelas. Bagi merea tiada gunanya mereka meneruskan pelajaran sedangkan mereka tidak faham tetang apa yang di sampaikan oleh guru. Perasaan ingin mencuba yang ada dalam diri pelajar menyebabkan mereka terlibat dengan masalah moral. Apabila mereka Berjaya melakukan perkara tersebut, mereka akan berasa bangga. Mereka akan dilihat sebagai lebih matang dan dewasa daripada rakan yang lain. Masalah moral terjadi apabila terdapat pelajar yang mempunyai tekanan dalam hidupnya. Mereka yang mempunyai masalah dengan keluarga dan pihak sekolah akan mengambil keputusan untuk lari dari rumah untuk melepaskan tekanan secara tidak langsung menjadikan permainan basikal lajak antara salah satu aktiviti luar rumah untuk melepaskan tekanan yang mereka hadapi.

7. Faktor Masyarakat.
Masyarakat pada hari ini tidak mengambil peduli terhadap masalah moral yang berlaku di sekeliling mereka. Tambahan pula apabila masalah ini berlaku dalam kalangan kaum yang berlainan. Sebagai contoh, apabila mereka melihat masalah gejala social yang berleluasa yang melibatkan kaum melayu, kaum cina dan india akan membiarkan sahaja. Mereka tidak mehu digelar sebagai masyarakat yang sibuk mengambil tahu hal orang lain. Disamping itu, masyarakat yang tidak mahu menerima pelajara atau remaja yang pernah terlibat dengan masalah moral in menyebabkan mereka berasa tidak dihargai. Justeru, mereka akan mengulangi masalah tersebut kerana tidak mendapat sokongan daripada semua pihak untuk mereka berubah. Mereka juga sering dihina dan dipulaukan oleh masyarakat kerana terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah terutamanya permainan basikal lajak.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini adalah,

1. Peranan Keluarga.
Ibu bapa perlu sedar tentang peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak harus di didik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Ibu bapa perlu memantau serta memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap rakan-rakan yang menjadi sahabat anak-anak. Latar belakang rakan kepada anak-anak juga perlu diselidik dengan teliti. Jalinan hubungan yang baik ini akan melahirkan rasa tanggungjawab yang ikhlas untuk saling memantau gerak-geri anak-anak masing-masing. Seterusnya, dapat menyelamatkan anak-anak daripada fenomena negatif ini menular dalam kehidupan keluarga. Keperihatinan ibu bapa tentang hal ehwal disiplin dan pencapaian akademik anak-anak di sekolah dapat menyekat mereka daripada terlibat dengan melakukan kegiatan yang tidak bermoral yang mana sering berlaku dalam kalangan anak-anak remaja sekarang dan mereka leka dalam menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran. Oleh itu, kerjasama yang erat daripada ibubapa juga amat penting dijalinkan dengan pihak sekolah di tempat anak-anak belajar. Disamping itu, ibubapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak-anak menjadi seorang yang bemoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Berkata Imam Al-Ghazali, mendidik anak-anak umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai, disirami dan di manja dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil.

2. Peranan Sekolah.
Menurut Professor Dr Chang Lee Hoon, pensyarah di Universiti Malaya, pelajar-pelajar boleh di didik untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam mementingkan akademik mereka dan menolak kegiatan yang tidak bermoral berlaku di sekolah seperti vandalism amnya supaya mereka bersyukur serta menghargai kemudahan-kemudahan awam yang disediakan. Selain itu melalui ibu bapa juga adalah satu inisiatif terbaik dalam membending masalah disiplin pelajar. Ini kerana dengan mengadakan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa da Guru (PIBG) boleh digunakan sebagai medium untuk menggalakkan para ibu bapa membantu pihak sekolah dalam mengukuhkan lagi nilai-nilai yang diajar kepada anak-anak mereka di sekolah. Selain mengadakan ceramah, guru dan pihak sekolah juga boleh menganjurkan perhemahan seperti Kem Jati Diri yang mana ia  boleh membawa manfaat serta kebaikan kepada pelajar-pelajar untuk mereka rasa lebih berdisiplin dan seterusnya boleh membendung mereka dalam melakukan kegiatan yang tidak bermoral.

3. Pendidikan Iman sebagai asas akhlak.
Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorakkan manusia menjadi seseorang yang beriman. Menurut Allahyarham Ustaz Harun Din, iman adalah asas kepada akhlak Islam. Selain itu, dengan menyuburkan amalan keagamaan dalam kalangan pelajar, mereka dapat membentuk tingkah laku serta memelihara peribadi yang mulia. Dalam akhlak islam khususnya iaitu yang bertunjangkan akidah merupakan asas kukuh dalam melahirkan para pelajar yang benar-benar beriman, berilmu dan beramal mengikut apa yang digariskan oleh syariat. Ini kerana akhlak islam mengaitkan teori dengan amalan. Ruang lingup akhlak dalam islam yang meliputi setiap aspek kehidupan menusia bertujuan memelihara keselamatan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Justeru akhlak islam mampu menangani setiap permasalahan dan membimbing pelajar ke arah jalan benar dan membawa kebagahian serta keselamatan hidup jika dipraktikkan dengan betul. Di samping itu, dalam ajaran agama lain seperti Hindu, Buddha dan Kristian, mereka juga menitikberatkan tentang nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat mereka. Sebagai contoh, menurut kepercayaan agama Hindu, setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia di dalam kehidupannya di atas muka bumi ini akan menerima pembalasan sama ada yang baik ataupun jahat.

4. Penapisan Media Massa.
Pada era globalisasi heri ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khususnya internet yang dikenali sebagai lebuhraya maklumat dan dunia tanpa sempadan merupakan penyumbang kepada salah laku pelajar. Sehubungan dengan itu, piak media perlulah cakna dan prihatin dalam menayangkan rancangan-rangan seperti rancangan yang dapat memberikan input-input yang berguna kepada masyarakat serta memberi impak yang berkesan kepada anak-anak remaja pada hari ini daripada mengutamakan keuntungan dan kepentingan syarikat masing-masing dengan menayangkan cerita yang berunsur ganas, lucah dan percintaan semata. Pusat Penapisan Filem Negara haruslah lebih memberi penekanan kepada penapisan cerita-cerita yang mengandungi unsur keganasan seperti KL Drift, Rempit, Bohsia dan lain-lain lagi. Hal ini demikian setiap tingkah laku yang di tunjukkandi dalam media massa seperti media elektronik ini menyebabkan mereka anak-anak pelajar akan berfikir bahawa setiap apa yang di lihat itu adalah satu perbuatan yang seharusnya dilakukan dan menganggap ianya sebagai lumrah bagi kehidupan. Para pelajar akan meniru tingkahlaku tersebut dan mereka merasakan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Sekiranaya kawalan dan tapisan ini tidak dilaksankan dengan baik maka segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan ibu bapa untuk menangi masalah ini menjadi sia-sia.

5. Peranan Masyarakat.
Masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan mengambil berat antara satu sama lain dan bertegur sapa agar gejala ini boleh berkurangan sedikit demi sedikit. Selain itu, masyarakat juga perlu memberi nasihat dan menegur sikap seseorang yang tidak bermoral khususnya dalam kalangan pelajar mengikut kaum-kaum di Malaysia. Selain itu, masyarakat melalui saluran persatuan penduduk boleh mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkankan para pelajar sekolah dan para belia agar masa terluang mereka dapat di isi dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat. Hal ini membolehkan mereka menjauhi gejala yang tidak sihat dan boleh memberikan kesan buruk kepada diri mereka sendiri.

Image result for basikal lajak










Thursday, October 31, 2019

Kerana Prasangka...

Seorang lelaki telah meninggalkan anjingnya di sisi anaknya yang masih menyusu agar dilindunginya lalu dia keluar daripada rumahnya untuk pergi berburu...

Setelah pulang daripada berburu dia mendapati anjingnya menyalak dan berlumuran dgn darah dihadapan rumahnya...

Lalu dia menyangka sama seperti sangkaan kita bahawa anjingnya telah memakan anaknya lalu dia mengajukan senapang kearah anjingnya dan menembak sehingga mati...

Lalu dia bergegas masuk kedalam rumahnya untuk melihat keadaan anaknya itu tiba² dia melihat seekor serigala yg mati berlumuran darah sedangkan anaknya itu tidak disentuh dan selamat...

Cuba kita bayangkan perasaan rase bersalah yg dialaminya serta diliputi dgn penyesalan sepanjang hidupnya!

Betapa banyaknya nyawa yg hilang akibat kezaliman dan betapa banyaknya prasangka² terbinasa dengan sifat sangka buruk...

Betapa banyaknya sesebuah hubungan itu terputus akibat salah paham yg berlaku...

Maka!! jangan kamu hanya melihat dengan mata kepala sahaja tetapi lihatlah dgn akal sihatmu ... 

Hendaklah kamu mengetahui perkara yang sebenar terlebih dahulu dan jangan kamu tergesa-gesa dalam menghukum sesuatu perkara hanya dgn pandangan mata...

Hendaklah kamu mengetahui perkara yg sebenar dahulu sebelum kamu terjatuh kedalam kesalahan yg membuat kamu menyesal seapanjang hidup kamu...

Kredit: Danish Irsyad

Saturday, October 26, 2019

Rebranding iNeD UiTM


We’re Rebranding

We’re glad to announce that as of October 2019, Institute of Neo Education (iNED) is now known as Institute of Continuing Education and Professional Studies (iCEPS). This name change is part of our rebranding strategy to emphasize our growth and mission to be positioned in the local and international marketplace
.
ICEPS marks our expanding business horizon and our commitment towards providing top-notch services catering to educational and professional training needs of the industry. You’ll soon notice changes to the system, website, social media, and our new brand signature. However, iNED website (https://ined.uitm.edu.my/) will remain active for a while. For the latest information and updates concerning us, please view our iCEPS website (https://iceps.uitm.edu.my/).


Tuesday, October 8, 2019

Maqasid Syariah Teras Pembangunan Ummah

Allah berfirman dalam Surah Al-Zariyat Ayat 56 :

Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.
(Surah al-Zariyat: 56)

Ayat ini dengan jelas menunjukkan matlamat penciptaan manusia semata-mata untuk menghambakan diri kepada Allah dengan Ma’rifah, Mentauhid dan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya.

Maqasid Syari’ah daripada islah syara’ di definisikan sebagai tujuan, makna dan hikmah yang telah ditetapkan oleh syari’at islam dalam hukum-hakam yang disyariatkan serta rahsia disebaliknya dengan tujuan untuk merealisasikan kemaslahatan manusia.

Maqasid Syariah Terbahagi kepada 3 iaitu :
1. Memelihara perkara Dharuriyyat.
2. Memelihara perkara Hajiyyat.
3. Memelihara perkara Tahsiniyyat.

Pengertian Dharuriyyat :
Perkara yang diperlukan oleh manusa untuk memenuhi tuntutan agama dan kehidupan dunia.
1. Memelihara akal
2. Memelihara agama.
3. Memelihara nyawa.
4. Memelihara harta.
5. Memelihara keturunan.

Pelaksanaan Dharuriyyat berdasarkan kepada 2 Aspek :
1. Mengekalkan.
2. Mewujudkan.

Memelihara Agama
  • Mewujudkan Agama : Melaksanakan semua Rukun Islam.
  • Mengekalkan Agama : DIwajibkan berjihad.

Memelihara Nyawa
  • Mewujudkan Nyawa : Disyariatkan Perkahwinan.
  • Mengekalkan Nyawa : Diwajibkan makan dan minum.

Memelihara Akal
  • Mewujudkan Akal : Kewajipan menuntut ilmu
  • Mengekalkan Akal : Diharamkan Perkara yang boleh melemahkan dan merosakkan akal.

Memelihara Harta
  • Mewujudkan Harta : Kewajipan mencari rezeki yang halal.
  • Mengekalkan Harta : Diharamkan mendapatkan harta secara tidak baik.

Memelihara Keturunan
  • Mewujudkan keturunan : Melalui Perkahwinan.
  • Mengekalkan Keturunan : DIharamkan perzinaan dan perbuatan yang mendorong kepada perkara tersebut.

Memelihara Maruah.
  • Mewujudkan Maruah : Diwajibkan memelihara maruah dan kehormatan diri.
  • Mengekalkan Maruah : Diharamkan segala bentuk yang boleh meghalang maruah dan kehormatan.

Perkara hajiyat di definisikan sebagai :
  • Perkara yang diperukan manusia untuk memberi keselesaan dan menolak kesulian dalam melakukan ibadah
  • Sebagai contoh, diharuskan Rukhsah dalam melakukan ibadah seperti Rukhsah solat, puasa dan haji bagi mereka yang sakit atau musafir.

Perkara Tahsiniyat di definisikan sebagai:
  • Perkara yang diperlukan manusia bagi menambah keselesaan hidup kehormatan dan kelengkapan.
  • Sebagai contoh, memakai pakaian yang menutup aurat ketika menuntu ilmu dan mengamalkan Sunnah yang lain seperti puasa sunat.

Kepentingan ilmu Maqasid Syariah ini adalah :
1. Ilmu Maqasid Syariah adalah suatu cabang ilmu yang penting dalam islam.
2. Mareka yang memahami konsep Maqasid Syariah akan berasa kagum dengan keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam sebagai al-Din.
3. Mengetahuinya juga merupakan suatu syarat penting untuk berijtihad dan berkemampuan mengetepikan amalan taqlid buta.

Hikmah pensyariatan hukum :
1. Kesemua hukum syariat yang ditentukan oleh Allah SWT adalah demi kebaikkan para hamba-Nya sama ada disegerakan (kebaikan segera di dunia) atau ditangguhkan (balasan kebaikkan di akhirat kelak)
2. Hukum syarak adalah hanya suatu medium untuk mencapai tujuan beragama.
3. Tiada satu hukum pun yang sia-sia atau tidak mendatangkan faedah langsung.
4. Segala perara yang disyarakkan pasti ada kebaikan untuk dicapai atau kemudaratan yang ingin dijauhi.
5. Tujuan utama hukum syarak diturunkan ialah mencapai segala bentuk kebaikan dan menolak segala bentuk keburukan atau kemudaratan.
6. Setiap hujah ataupun dakwaan perlulah disokong dengan dalil al-quran atau Sunnah bagi membuktikan kebenaran atau kepalsuannya.

Kepentingan memahami dan mengaplikasi imu Maqasid Syariah adalah :
1. Kita perlu mengetahui dan memahami rasionaliti di sebaik sesuatu hukum itu.
2. Hukum-hukum yang tidak diketahui tujuan dan rahsia di sebaliknya akan bertukar menjadi undang-undang Jumud dan cenderung kearah kehendak individu yang menggubalnya.
3. Perasaan bosan, malas, terpaksa dan lain-lain amat mudah dirasai jika tidak mengetahui kepentingan, kelebihan dan ganjaran sesuatu amalan yang di amalkan.
4. Menurut Imam al-Shatibi, tanpa memahami Maqasid seolah-olah fiqh itu tanpa roh, bagaikan tubuh manusia tanpa roh, kaku bahkan mati.

Secara kesimpulannya, Maqasid al-Syariah merupakan matlamat –matlamat yang ingin dicapai oleh syarak dalam pensyariatan hukum. Maqasid Syariah merupakan penaung kepada dalil-dalil syarak secara langsung atau pun tidak langsung. Ilmu Maqasid Syariah merupakan suatu cabang ilmu yang penting dalam Islam, dengan memahami konsepnya akan memberikan kebaikan kepada manusia dan menjauhkan mereka daripada segala keburukan.



Thursday, October 3, 2019

Budaya Positif Masyarakat Barat yang Boleh di Amalkan di Kalangan Rakyat Malaysia



Kebudayaan yang antara lain terdiri daripada produk-produk budaya seperti Bahasa, cara hidup, system kepercayaan, adat resam, komunikasi dan sebagainya terbentuk hasil hubungan manusia dengan persekitaran masing-masing dan keupayaan potensi diri yang mereka miliki.

Umumnya, manusia pelbagai ras, kaum atau etnik dengan perbezaan latar belakang sosiobudaya ini bertemu dan hidup dalam wilayah yang sama hingga membentuk masyarakat plural dengan kata yang lebih lain, mereka ini disebut sebagai keperlbagaian budaya.

Istilah keperbagaian budaya ini merujuk kepada masyarakat yang terdiri daripada keberagaman agama, ras, Bahasa dan budaya. Ia merangkumi konsep pluraliti, keragaman dan heterogen yang menggambarkan manusia yang hidup dalam komuniti dan kebudayaannya masing-masing yang unik.

Di luar negara, masyarakat barat mengamalkan system demokrasi. Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan ditentukan oleh rakyat. Dalam system demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil yang dipilih oleh rakyat. Di negara barat, mereka sangat mengutamakan suara rakyat dan rakyat berkuasa penuh dalam penentuan pemimpin mereka sampaikan ada pemimpin yang sanggup menggunakan taktik kotor untuk mendapatkan kuasa memerintah.

Namun begitu, Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang mengamalkan sosial budaya masyarakat Muslim yang menjadi contoh kesepaduan kaum yang baik kepada negara-negara lain, kita mengamalkan demokrasi berparlimen. Demokrasi Berparlimen adalah satu system pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Demokrasi Berparlimen ini membahagikan kuasa pemerintahan kepada 3 bahagian iaitu, Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (Pentadbiran)

Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen sejak mendapat kemerdekaan daripada british pada tahun 1957. Demokrasi berparlimen ini diamalkan di bawah pentadbiran raja berperlembagaan.

Seterusnya, daripada aspek social pula, masyarakat barat lebih berfikiran terbuka dan menyuarakan pendapat mereka dengan cara yang sungguh sopan. Mereka kurang mempercayai pantang larang, petua dan perkara-perkara yang di anggap kolot seperti bomoh dan dukun.

Seperti mana masyarakat negara arab, masyarakat barat juga menggunakan kaedah bersalaman atau berjabat tangan sebagai satu kaedah untuk mengeratkan hubungan antara mereka. Budaya ini sangat elok dipraktikkan di Malaysia sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kesepaduan rakyat Malaysia.

Perkara ini pernah disebut di dalam satu hadis Riwayat Ahmad, daripada al-bara’ berkata, bahawa rasullullah SAW bersabda :

Maksudnya: “Tidaklah ada dua orang muslim itu apabila bertemu, lalu bersalamanan, melainkan akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah.” 
[Riwayat Ahmad (18547)]

Tetapi perbuatan ini hanyalah sesuai dilakukan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita sahaja. Bagi hukum bersalaman dengan berlainan jantina ajnabi, Daripada Muhammad Bin Munkadir RA berkata, aku mendengar daripada Umaimah Binti Ruqaiqah menceritakan :

Maksudnya: Ketika aku datang bersama perempuan untuk membai’h kepada Nabi SAW, lalu Baginda SAW bersabda “Aku baia’h (perjanjian) kepada apa yang kalian mampu dan berupaya akan tetapi aku tidak berjabat tangan dengan wanita”
Riwayat Ibnu Majah (2984)

Daripada sebuah Hadis Riwayat Imam Bukhari, Saidatina A’ishah R. Anha berkata :

Maksudnya: Demi Allah, Tangan Rasullullah SAW tidak pernah disentuh oleh wanita (bukan mahram) sekali pun dalam baia’h (perjanjian, Mereka hanya membaia’h dengan ucapan sahaja
Riwayat Imam Bukhari (4891)

Budaya seterusnya yang wajar masyarakat Malaysia ikuti adalah Menepati waktu dan datang lebih awal dari waktu yang di janjikan. Masyarakat barat sangat menekankan konsep menepati masa. Bagi mereka, orang yang datang lewat di sesuatu acara adalah mereka yang kurang sopan dan tidak menghormati orang lain dan majlis secara amnya.

Seterusnya, masyarakat barat tidak suka untuk berbual dalam jarak yang sangat dekat. Perbuatan ini akan menyebabkan mereka rasa tidak selesa dan cuba untuk membelakangkan sedikit posisi badan mereka supaya perbualan atau perbincangan itu dalam dijalankan di dalam keadaan yang selesa dan lebih berkeyakinan. Ini kerana, setiap orang mempunyai Jarak Selesa berbeza-beza antara setiap individu, sekiranya kita berbual terlalu dekat, perbualan atau perbincangan itu menjadi perbincangan yang tidak selesa kerana jaraknya terlampau dekat dan mengundang perasaan tidak selesa kepada rakan perbualan kita.

Seterusnya, walaupun masyarakat barat negara mereka sangat maju, pertumbuhan ekonomi mereka sangat pesat membangun, tetapi tidak pernah mengabaikan bab kekeluargaan. Masyarakat barat boleh di katakan hampir tiada konsep pembantu rumah. Pembantu rumah hanya di miliki oleh golongan-golongan bangsawan dan mereka-mereka yang sangat kaya sahaja. Bagi masyarakat-masyarakat biasa ini, mereka akan uruskan urusan rumah tangga mereka dengan kudrat mereka sendiri dan membahagikan masa sebaiknya antara urusan kerja dan urusan rumah tangga.

Seterusnya, bab berbaris dan memotong barisan. Masyarakat Barat menganggap memotong barisan ini adalah suatu tingkah-laku tidak sopan dan boleh merosakkan keharmonian sesebuah kawasan persekitaran. Budaya beratur ini akan di pupuk sedari anak kecil lagi bagi memastikan adab dan perasaan menghormati masyarakat sekeliling di pupuk sedari kecil supaya budaya dan bangsa mereka tidak tercemar dengan perkara-perkara yang di anggap remeh tetapi boleh membawa impak negatif kepada bangsa mereka.

Daripada teladan ini, dapat kita simpulkan bahawa, masyarakat barat mempunyai sifat sabar yang tinggi walaupun terpaksa beratur lama kerana mereka lebih mementingkan menjaga adab dan menghormati keharmonian kaum daripada bersifat pentingkan diri sendiri.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Akan datang kepada manusia satu zaman di mana orang yang sabar daripada kalangan manusia yang berpegang dengan agamanya seperti seorang yang menggenggam bara api”. 
[Riwayat al-Tirmizi (2260)] [Hadith ini sahih dengan banyaknya syawahid (jalur lain) padanya]

Dan di dalam surah al-Zumar ayat 10, Allah berfirman :

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira”. 
[al-Zumar:10]

Semoga Allah SWT memelihara iman dan amal kita serta mengurniakan kita kesabaran yang teguh agar kita dapat memelihara dua nikmat yang besar dan agung ini.

Seterusnya, masyarakat barat tidak lokek untuk mengungkapkan perkara ‘Maaf’ dan ‘Terima Kasih’. Dalam sebuah Hadis Riwayat Tirmizi, Nabi Muhammad SAW bersabda :

Maksud: Barangsiapa yang menanggung kezaliman yang dilakukan ke atas orang lain, sama ada mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara lain (mengambil harta orang lain) maka bersegeralah untuk meminta keampunan sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya, bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal soleh, akan diambil daripada amalnya itu dan diberikan kepada orang itu, kalau ia pula tidak mempunyai amal soleh, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.
 Riwayat Tirmizi( 2419)

Adalah harus di ketahui dosa diantara manusia terhapus hanyalah dengan meminta kemaafan daripada manusia yang dizalimi itu sendiri. Firman Allah di dalam surah Az-Zumar ayat 53 :

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”
(Surah Az-Zumar: 53)

Seterusnya, masyarakat barat gemar untuk bertanya khabar apabila berjumpa dengan masyarakat di kejiranan mereka. Budaya ini biasa di amalkan di Malaysia tetapi kini kian pupus disebabkan perkembangan teknologi gajet dan telekomunikasi. Masyarakat Malaysia lebih gemar bersosial menggunakan platform Media Sosial seperti WhatApps, Facebook, Tweeter dan lain-lain sehingga siapa yang tidak di sebelah rumah mereka pun mereka sudah tidak ambil peduli. Antara pertanyaan-pertanyaan yang asas mereka tanyakan adalah ‘are you okey?’, ‘How your weeks’ dan macam-macam lagi yang dulu masyarakat Malaysia kerap amalkan tetapi kini pupus ditelan arus teknologi maklumat.

Selain itu, masyarakat barat juga suka menggunakan perkataan-perkataan positif seperti ‘Lovely’, ‘Amazing’, ‘Cool’ dan ‘Great’. Perkataan-perkataan ini Nampak seperti perkataan-perkataan mudah dan biasa di dengar tetapi sebenarnya ia membawa impak yang sangat positif kepada sesiapa yang mendengarnya.

Sebuah Hadis dari Abu Hurairah RA, Nabi Muhammad SAW bersabda :

Maksudnya: Sesiapa yang melepaskan saudara mukmin daripada kesusahan di dunia maka Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat
(Rujuk: 40 Hadis Imam Nawawi: 36)

Sememangnya kita tidak membantu apa-apa daripada segi bentuk fizikal, tetapi perkataan kita yang positif itu, ianya memberi kata-kata semangat untuk seseorang itu bangkit semula dari rasa rendah diri mereka di sebabkan masalah hidup dan kesempitan yang mereka laluinya sebelumnya.

Di dalam hadis lain mengatakan, Rasulullah SAW bersabda :

Maksudnya: “Orang yang beriman itu bukanlah sifatnya memaki hamun, melaknat, berkata kotor dan juga bahasa yang keji.”
Riwayat al-Tirmizi (1977)

Seterusnya, masyarakat barat mengamalkan sikap jujur dalam urusan harian mereka. Mereka tidak akan ambil perkara atau barangan yang bukan hak milik mereka. Sebagai contoh kes dompet tercicit, dalam kebanyakkan kejadian berlaku di negara barat, dompet yang tercicir biasanya dapat di jumpai kembali dalam keadaan yang selamat dan tidak kurang sesen pun nilai duit di dalam tu. Kenyataan saya ini bukan mengatakan tiada kes jenayah atau rompakan berlaku langsung di negara barat tetapi pada kebiasaannya kes dompet tercicir ini menjadi isu yang biasa kepada rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara barat dan rata-rata dompet yang tercicir itu dapat di temui kembali dalam keadaan yang selamat, cukup sifat dan cukup nilai.

Di dalam sebuah hadis RIwayat al-Tirmizi, Rasullullah SAW Bersabda :

Maksudnya: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.”
Riwayat al-Tirmizi (1162)

Seterusnya, masyarakat barat suka memanggil orang yang mereka rapat ataw orang yang baru mereka temui dengan panggilan manja, contohnya, ‘sweetie’, ‘dear’ dan ‘honey’. Budaya ini mungkin tidak relevan untuk di amalkan di kalangan masyarakt Malaysia, tetapi ianya boleh di jadikan amalan dan penanda aras di dalam institusi kekeluargaan islam iaitu pasangan memanggil pasangan mereka dengan panggilan manja walaupun anak-anak mereka dah ramai tetapi langkah ini sebenarnya akan mengeratkan lagi sesuatu institusi perkahwinan itu sendiri.

Secara keseluruhannya, kepelbagaian budaya dan keberagaman etnik di Malaysia merupakan satu wadah yang unik ke arah mewujudkan bangsa Malaysia yang berasaskan kesepaduan kaum.

Tuesday, October 1, 2019

Kempen Beli Produk Muslim

Sebelum saya membincangkan topik ini, ingin saya ketengahkan beberapa dalil yang boleh di rujuk berkenaan isu ini, yang pertamanya, daripada sebuah hadis yang masyur, daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata : Rasullullah SAW bersabda :

Maksudnya “Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Baik dan hanya menerima yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk (melakukan) perintah yang disampaikan kepada para nabi. Kemudian beliau membaca firman Allah, ‘Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh.’ Dan firman-Nya, ‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik baik yang telah Kami anugerahkan kepadamu. ’Kemudian beliau menceritakan seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, dia menadah tangannya ke langit dan berdoa, ‘Ya Rabbku, ya Rabbku’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan?”

Riwayat Muslim (1015)


Di dalam surah al-Mukminun ayat 51, Allah Berfirman:

Maksudnya: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh.

Surah al-Mukminun (51)


Di sini perintah memakan makanan yang baik di dahulukan berbanding dengan perintah mengerjakan amalan soleh, bagi menunjukkan bahawa amalan soleh tidak akan di terima jika tidak didahului dengan memakan makanan yang halal.


Seterusnya, dalil yang ketiga, berkenaan dengan hijrah, Firman Allah di dalam surah al-Nisa ayat 100 :

Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur;

Surah al-Nisa’ (100)


Ini merupakan galakan dan saranan supaya berhijrah di samping menjarakkan diri dari musuh Allah iaitu dari kalangan musyrikin, jadi dengan kata lain berhijrah membeli produk Muslim, produk dari premis-premis perniagaan Muslim dan perkhidmatan Muslim tidak kiralah mereka adalah masyarakat muslim Thailand atau masyarakat muslim dari negara-negara lain. Ini sudah pastinya mengandungi barakah dan keyakinan dalam urusan muamalat kita.


Kempen Beli Produk Muslim atau lebih di kenali dengan Kempen ‘Buy Muslim First (BMF)’ telah di lancarkan pada akhir tahun lepas dengan tujuan menggalakkan pembelian produk keluaran Muslim.


Alangkah memeranjatkan, menjelang Ogos 2019, semakin ramai kumpulan yang menyertai dan menyokong kempen tersebut. Kempen Beli Produk Muslim ini bukanlah satu jenis kempen boikot barangan bukan muslim tetapi ini adalah satu kempen utamakan barangan orang islam, kerana mencari yang halal itu adalah fardu. 


Di pasar raya-pasar raya besar seperti Giant, Tesco dan Econsave, Sama ada produk bukan Muslim atau Muslim di susun sama rata di atas rak di bahagian basah atau kering, dan tiada diskriminasi produk terhadap produk-produk keluaran bukan muslim dilakukan oleh pihak pengurusan, tetapi atas initiatif pengguna itu sendiri untuk memilih produk keluaran muslim atau keluaran bukan muslim kerana ini ada termaktub kepada hak pengguna untuk memilih barangan keperluan yang mereka suka dan selesa untuk mereka gunakan. 


Antara kebaikkan yang boleh kita lihat ke atas kempen yang berjalan ini adalah : 

1. Meningkatkan taraf ekonomi umat islam. 

2. Memperkenalkan produk muslim ke peringkat antarabangsa dan ke peringkat yang membanggakan. 

3. Menggalakan masyarakat Muslim mengutamakan produk halal khususnya dan produk bumiputera secara amnya. 

4. Meningkatkan pendapatan peniaga muslim 100% ke 200%. 

5. Dengqn peningkatan jualan yang tidak di sangka2, kualiti produk juga perlu di ambil kira untuk memastikan produk muslim juga berkualiti dan setanding dengan produk-produk di dalam pasaran sedia ada. 

6. Meningkatkan kesedaran masyarakat islam khususnya dan bumiputera amnya betapa pentingnya mengutamakan produk keluaran muslim, kerana terdapat dalam sebuah hadis yang di Riwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Nu’man bin Basyir RA, Nabi SAW bersabda : 

Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh sebahagian manusia. Maka sesiapa yang menjauhi perkara syubhat bermakna dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka dibimbangi akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana pengembala yang membawa haiwan gembalaannya disekitar padang larangan, maka lambat laun dia mungkin akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika ia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahawa ia adalah hati.” 

Riwayat al-Bukhari (45) dan Muslim (133) 


Melalui hadis ini, dapat lah disimpulkan bahawa masyarakat muslim perlu menghindarkan perkara-perkara yang syubhah supaya hati dan keturunan mereka terjaga dan terpelihara daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan hati dan iman mereka. 


7. Meningkatkan persaingan secara positif antara produk muslim dan bukan muslim. Ini dapat meningkatkan keyakinan pembeli berkaitan kualiti produk yang di keluarkan selain mewujudkan usahawan bumiputera yang berfikiran terbuka dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. 

8. Mengekalkan Malaysia sebagai Halal Hub yang telah di iktiraf di peringkat dunia sejak tahun 2010 lagi. 

9. Kempen ini di sokong oleh bebarapa Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pembela Ummah (Ummah) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menggalakkan ekonomi Muslim selain mengetengahkan produk dan perkhidmatan muslim di Malaysia. 



Di sebalik berpuluh hikmah dan kebaikkan yang terkandung di dalam kempen ini, masih ada lagi segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati, memfitnah, salah paham tentang konsep kempen ini serta enggan menyokong kempen Beli Produk Muslim ini. 


Antaranya ialah, kenyataan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin yang saya petik daripada utusan online 5hb September 2019, beliau menyifatkan usaha menyokong Kempen Beli Produk Muslim ini tidak baik kepada pembangunan negara secara keseluruhanya. Beliau berkata, boikot tidak akan memberi manfaat khususnya dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia kerana melibatkan rantaian sumber yang amat besar. 


Bagi pendapatkan saya, menteri ini tidak paham atau tidak memperhalusi konsep kempen ini di jalankan. Kempen ini di lancarkan bukanlah untuk bertujuan memboikot mana-mana pihak atau produk, cuma masyarakat perlu mengutamakan produk-produk keluaran usahawan muslim dahulu berbanding produk-produk yang lain, sekiranya masyarakat tidak mempunyai pilihan lain, masyarakat masih lagi boleh membeli produk bukan muslim tetapi adalah menjadi keutamaan produk itu di beli di premis yang beragama islam. 


Langkah ini bertujuan membantu golongan muslim meningkatkan pendapatan mereka sekaligus memperkasakan produk keluaran bumiputera dan islam. 


Selain itu, dalam Menyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada 4hb Spetember 2019 bersetuju bahawa usaha memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar. Dr Mohd Radzi berkata, sekiranya boikot berlaku, syarikat akan mengurangkan pengeluarannya dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pekerja. 


Tambahannya lagi, boikot sekali pun tidak memberikan manfaat khususnya berlaku dalam negara kita sendiri negara berbilang kaum di mana sebuah pengeluaran itu dari segi sumbernya terdapat pekerja pelbagai kaum. 


Berkenaan dengan kenyataan di atas, saya lebih suka merujuk kepada dalil yang telah Allah sediakan di dalam Al-quran, di dalam surah Saba’ ayat 36, Allah Berfirman : 

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). 

(Surah Saba’: 36) 


Seterusya di dalam Surah al-Nahl ayat 71, Allah berfirman : 

Maksudnya: Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik? 

(Surah al-Nahl: 71) 


Di dalam Hadis muttafaqun alaih, Imam Ibn Kathir telah menyebut dalam tafsirnya bahawa Rasulullah SAW bersabda : 

Maksudnya: Demi Dia yang jiwaku di Tangan-Nya, tiada seorang mukmin yang ditimpa keletihan, kesakitan, kerisauan, dan kesedihan, melainkan Allah akan menjadikan musibah itu penebus kesilapan-kesilapannya, termasuklah duri yang mengenainya. 

Hadis muttafaqun alaih 


Daripada dalil-dalil yang di nyatakan di atas, maka terbuktilah rezki itu adalah milik Allah dan Allah berhak untuk memberi kapada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Maka masyarakat tidak perlu bimbang tentang urusan rezki kerana muka bumi Allah ini terbentang luas untuk hamba-hambanya mencari sumber rezeki yang halal dan yakinlah pemberi rezeki itu hanyalah Allah tuhan pemilik sekalian alam. 


Rasullullah SAW pernah bersabda : 

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah tinggalkan buat kamu (dua perkara) selagimana kamu berpegang dengannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan sunnah Nabi-Nya.” 

Riwayat al-Baihaqi (20123) 


Sekian Terima Kasih.





Sunday, September 15, 2019

Alhamdulillah, Kejuaraan Milik Kami


Alhamdulillah..Pertama,Rasa Terharu & Bangga Diberikan Amanah Sebagai Sebahagian Daripada Pasukan Ini.. Kedua, Bangga Kerana Masih Mengekalkan Rekod Sebagai Johan Perbarisan Terbaik Kategori NGO/Badan Bukan Kerajaan/Swasta.. Tahniah Buat Semua Anggota Perbarisan Pekerja Anak Syarikat Dalam Kumpulan Johor Corporation Yg Terlibat Dalam Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor Bagi Tahun 2019 Mewakili Pasukan Briged Waqaf.. Syabas!! Jumpa Lagi Di Tahun Hadapan.. Insyallah..






Wednesday, August 28, 2019

SALASILAH GELARAN NAMA TENGKU/ENGKU/KU/RAJA/TUAN

Umumnya ramai di antara kita semua yang mungkin tidak mengetahui kenapakah wujudnya pelbagai nama-nama gelaran ini sedangkan ianya berasal dari satu zuriat yang sama. Adakah kita semua mempercayai atau tidak bahawa salasilah raja-raja di nusantara adalah berasal dari satu zuriat yang sama bersenambungan dari salasilah Nabi Muhammad S.A.W? Apa yang kita tahu hanyalah gelaran tersebut adalah berasal dari golongan istana. Apa bezanya nama-nama gelaran ini?

Di zaman kesultanan Melayu keluarga diraja akan meletakkan prediket “Raja” pada pangkal nama anak dan cucu mereka sebagai mengenal diri dari zuriat dan baka keturunan. Contohnya penamaan “Raja Bahar” dan sebagainya. Apabila diangkat menjadi raja, barulah gelaran raja tersebut ditukar kepada gelaran “Sultan”. Dalam konteks sistem pemerintahan raja-raja Melayu di zaman dahulu kala, perlu diingatkan bahawa tidak seperti jawatan Perdana Menteri yang terdapat dalam corak sistem pemerintahan negara kita pada hari ini. Jawatan raja dan juga bendahara merupakan jawatan turun temurun keluarga sebagaimana kedudukan sultan yang menerajui pemerintahan negeri di mana layak diwarisi oleh anak dan cucunya sahaja. Dengan wujudnya jawatan bendahara yang dari zuriat raja contohnya, Bendahara Paduka Raja, Bendahara Paduka Tuan dan sebagainya maka lahirlah penamaan prediket “Tuan” pada pangkal nama sebagai mengenal diri dari jurai sesebuah keluarga yang mempunyai tradisi pensejarahan yang lama.

Selain dari itu mengikut adat istiadat kesultanan Melayu Kelantan/Pattani lama, seorang sultan dibahasakan “Tuanku”. Tuanku pula membahasakan diri “Beta” dan perkataan “Patik” digunakan bagi menggantikan diri hamba @ saya bila bercakap dengan raja-raja serta keturunan baginda menggunakan prediket “Raja” dipangkal nama dan dibahasakan sebagai Tengku @Te’ku @ Ku, sedangkan keluarga bendahara meletakkan prediket “Tuan” di pangkal nama dan dibahasakan sebagai “Engku” yang ditarifkan sebagai ‘darah separuh raja’. Cuma sejak akhir-akhir ini apabila berlaku perubahan zaman telah membuat penamaan gelaran tengku lebih teratas apabila berlakunya kewujupan jawatan sebagai contoh, Tengku Bendahara, Tengku Laksamana, Tengku Temenggung, Tengku Mahkota dan lain-lain serta yang akhir Tengku Sri Akar Raja. Hatta, Sultan Muhammad ke ke IV pun bernama Tuan Senik dengan memakai gelaran Tengku Tuan Senik. Kesimpulannya gelaran ini adalah hak milik raja bagi mengenalkan diri mereka dari zuriat bangsawan yang tidak boleh di pertikaikan lagi. Begitu juga dengan salasilah gelaran Saidina yang mana berasal dari keturunan Nabi Muhammad S.A.W. Manakala juga dengan gelaran Syeikh/Syed/Said iaitu sebutan kepada orang yang berketurunan sahabat-sahabat nabi.

PENJELASAN SALASILAH GELARAN “NIK” / “WAN” / “CHE” DAN LONG

NIK dalam erti kata lain NOTED bermaksud Yang Masyur (Terkena/Ternama). Gelaran ini berlaku dalam 3 keadaan. Pertama, ianya telah wujud lebih awal daripada zaman kesultanan Kelantan/Pattani iaitu di zaman Kerajaan Champa dengan wujudnya nama Datu Nik Musthapa. Kerajaan Champa ialah Negara Melayu yang cukup luas (iaitu hampir meliputi keseluruhan pantai timur Indochina).hilang dari peta dunia sebagaimana kehilangan pulau Singapura. Kedua, gelaran NIK dari keturunan raja-raja di Negeri Kelantan. Di mana gelaran tersebut diberikan kepada anak sekiranya bonda beliau yang bergelaran TENGKU/ENGKU/KU/RAJA/TUAN berkahwin dengan orang yang bukan berketurunan raja. Ketiga NIK yang terdiri daripada pekerja istana yang bukannya dari aliran darah diraja.

WAN pada asalnya adalah berasal dari keturunan bangsawan. Penamaan gelaran ini berlaku dalam banyak keadaan malah ianya juga telah wujud di bawah Kerajaan Champa dengan wujudnya nama Wan Bo atau Raja Bo Tri anak kepada Ali Nurul Alam (Patih Majapahit Barat yang berpusat di Kelantan) serta cucu kepada Sayyid Hussein Jamadil Kubra, tokoh terulung penyebar syiar Islam di Nusantara . Dijelaskan juga nama “Wan” ialah gelaran bagi keturunan Nabi Muhammad s.a.w. (Ahlul Bait) di kalangan warga Arab-Indonesia dan juga Malaysia, lazimnya dari zuriat Sayyid Jamaluddin Al-Hussein di Tanah Jawa. Selain “Wan”, mereka yang merupakan keturunan Nabi Muhammad SAW mendapat berbagai panggilan (gelar) penghormatan lain, seperti Syed, Sayyid, Syarif dan Habib. Para Ahlul Bait sangat dihormati pada masyarakat muslim Indonesia kerana dianggap sebagai tali pengetahuan yang murni, namun penghormatan ini sangat membuat gusar para kelompok anti-sunnah yang mengkait-kaitkan hal ini dengan bid’ah. Bagi keturunan bangsawan Melayu yang menggunakan gelaran “Wan” adalah dari keturunan Ahlul Bait, Keturunan Raja Kelantan/Pattani di zaman Cik Siti Wan Kembang dan keturunan bangsawan Melayu Kedah. Ketiga, gelaran “Wan” yang dari keturunan raja-raja di Negeri Kelantan. Di mana gelaran tersebut diberikan kepada anak sekiranya bonda beliau yang bergelaran NIK berkahwin dengan orang yang bukan berketurunan raja. Ke empat gelaran “Wan”yang diberi kepada golongan mualaf yang memeluk islam sebagai satu penghormatan dan bukan dari kalangan dari bangsawan. Selain daripada itu Wan yang terdapat di negeri lain mempunyai makna @ maksud tersendiri. Oleh kerana banyaknya keturunan “Wan” yang mempunyai maksud @ makna yang berbeza-beza membuatkan Kerabat Raja-Raja Kelantan menggugurkan penamaan gelaran ini pada anak-anak mereka.

Che atau dalam ejaan lain Cie juga telah wujud di zaman kerajaan Chempa yang bermaksud Sri atau Raja .Malah gelaran Che telah pun wujud di sana seperti nama Che Bo Nga iaitu seorang pemerintahan raja yang teragong kerana berjaya membela nasib pemerintahannya secara sendiri pada ketika itu. Di Malaysia gelaran Che juga memberi maksud tersendiri. Suatu ketika dahulu gelaran ini pernah juga berlaku kepada kerabat Raja-Raja Kelantan/Pattani di mana gelaran tersebut diberikan kepada anak sekiranya bonda beliau yang bergelaran Wan berkahwin dengan orang yang bukan berketurunan raja. Malah pernah juga berlaku penamaan gelaran Che kepada mualaf yang memeluk islam sebagai sati penghormatan. Oleh kerana banyaknya keturunan Che yang mempunyai maksud @ makna yang berbeza-beza membuatkan Kerabat Raja-Raja Kelantan menggugurkan penamaan gelaran tersebut.

LONG berasal dari perkataan “sulong” iaitu anak sulong. Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu, anak sulong dipanggil “long”, ”kak long” atau “abang long”. Sudah menjadi adat di kalangan raja-raja Melayu, putera sulong mereka akan mewarisi takhta. Ada juga pendapat yang mengatakan perkataan “Long” itu berasal daripada perkataan bahasa Siam ”Luang” yang bererti “Putera”. Ini berasaskan hakikat bahawa semua anak-anak lelaki diberi pangkal nama “Long” tanpa mengira samada anak sulong atau tidak.. (Ini berbeza dengan Long Jaafar di Perak kerana adiknya ialah Ngah Ibrahim). Di Terengganu anak-anak perempuan diberi pangkal Nan @ Nang (dipercayai dari perkataan “Nae” bererti “Puteri” dalam bahasa Siam.

Friday, March 22, 2019

Umrah Vaccination Program

Pakej Suntikan Vaksin

Khas untuk bakal jemaah haji & umrah, Hospital Pakar KPJ Pasir Gudang menyediakan pakej suntikan vaksin wajib bagi mereka ingin menyambut panggilan Ilahi ke Tanah Suci.

Untuk temujanji atau pertanyaan lanjut boleh hubungi 07 257 3999 ext 3868 ( En Hairulizam Tasripan).



Thursday, March 14, 2019

#prayforpasirgudang

Dear all Pasir Gudang residents,

Some precautionary measures for you to take note during this critical period in Pasir Gudang area.

Do seek help when the mentioned symptoms occurred and please stay indoor area.

KPJ Pasir Gudang, We Care for You



Welcome Mr Hazarul....


Welcome to our family in KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital as our new Chief Executive Officer (CEO), En Hazarul Azly Hamzah.

Coming together is a beginning, staying together is progress and working together is success.

We would like to give you a warm welcome and congratulations as well.


Till we meet again En Azhar....


Dear respected boss…

Hate to say goodbye and sad for knowing you are leaving us.

Despite your leaving, your efforts and legacy will remain in KPJ Pasir Gudang forever.

Having the privilege of working with you has been the highlight of our time here.

We wish you boundless success wherever you go!

Take care, till we meet again boss En Mohd Azhar Abdullah.

Mahathir sworn in as Malaysia's 7th Prime Minister

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad was sworn in as Malaysia's seventh Prime Minister on Thursday night (May 10), hours after former premier Najib Razak said that he accepted the will of the people that handed Barisan Nasional (BN) a shock defeat which ended the Umno-led pact's six decades in power.

Following a series of press conferences in which he asserted that his Pakatan Harapan (PH) coalition clearly won Wednesday's vote and agreed to back him as Prime Minister, Dr Mahathir was granted an audience with the King, Sultan Muhammad V, at 5pm. But it would be five hours before he was officially declared Prime Minister, as he had to wait while leaders of the four parties in his coalition were interviewed by the King.

The latter then invited the 92-year-old to form the next government and add to his 22 years of experience leading the country. PH and its ally Parti Warisan Sabah won 121 seats in the 222-seat federal Parliament in the keenly contested May 9 general election, while BN secured 79 seats, in results that were ready by the wee hours of Thursday morning.

The palace received the official results from the Election Commission at 2.45pm on Thursday. However, the lag raised questions among the public, and on social media, prompting the Comptroller of the Royal Household Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz to say in a statement last night: "Istana Negara strongly refutes any allegation that His Majesty... delayed the appointment of Tun Dr Mahathir as Prime Minister."

"His Majesty looks forward to working with Tun Dr Mahathir and his administration for the betterment of our nation and all its people," the statement added.

Confusion had erupted after messages went viral about a 9.30am swearing-in, which the palace had to deny. Later, it was expected that Dr Mahathir, now the world's oldest head of government, would be sworn in during his 5pm audience, which instead ended up being a test of his control of Parliament.

Speaking to reporters at a press conference after the ceremony, Dr Mahathir said the delay was "unavoidable because of certain official processes which we have to go through".

"I would like to thank the people who supported us," he said.

He also gave the assurance that his administration would be business-friendly. "Malaysia has been a trading nation. You don't quarrel with your market," he said.

Having defeated the long-ruling BN, which he headed until 2003, and then left in 2016 after calling for Datuk Seri Najib's ouster over the scandal at state-owned fund 1MDB, Dr Mahathir had earlier asked to be sworn in "as soon as possible" after his PH crossed the threshold of a simple majority of 112 seats by early Thursday morning.

Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong posted a congratulatory message on Facebook shortly after Dr Mahathir took his oath of office, saying he wished him and his team every success, and hoped "to catch up with him in person soon".

"Malaysia is a vital partner of Singapore, and our peoples share strong and deep bonds. I look forward to working with Tun Mahathir and the new government to enhance our cooperation. We can do much more together," he said.

Singapore's Foreign Ministry noted that the people of Malaysia have given the new government a clear mandate to lead the country.

"We have had close relations and extensive cooperation with successive Malaysian governments, including the government of Tun Mahathir when he was previously prime minister," it said.

Mr Najib told reporters at the Umno headquarters on Thursday: "I accept the verdict of the people, and BN is committed to respecting the principles of parliamentary democracy."

But he stopped short of conceding defeat. After Dr Mahathir was sworn in, Mr Najib said on Twitter that he had sent his congratulations to his successor. "I am prepared to help in a smooth transition of power," he added.

Friday, February 15, 2019

A New Specialist Hospital built in Iskandar Malaysia development region

JOHOR BARU: A new specialist hospital on a 500,000 sq ft of land will be built in Bandar Dato' Onn in the Iskandar Malaysia development region in Johor Baru.

Specialist hospital operator KPJ Healthcare Bhd will collaborate with Johor Land Bhd to build the modern hospital.

The project will be undertaken in two phases, KPJ chairman Kamaruzzaman Abu Kassim said yesterday.

The hospital will have a capacity of 400 beds, encompassing 280,000 sq ft. The first phase of the construction with 150 beds, is expected to start by the end of 2012. Its total investment has yet to be determined, but an average of RM1,000 is budgeted for a bed.

"Approval for zoning has been obtained from the Health Ministry and the details are being finalised,"

Kamaruzzaman said. Kamaruzzaman, who is also Johor Corp chief executive and president, said the new hospital will house a "Centres of Excellence" featuring a heart centre, a geriatric centre, cancer centre and a cosmetic and reconstructive centre, among others.

"It will serve as a one-stop centre for all medical services of the highest standards to cater to both local and foreign patients to promote health tourism," he told a press conference yesterday.

At the same time, the group is currently developing new specialist hospitals in Bandar Baru Klang, Muar, Pasir Gudang and Kuantan.

KPJ is investing between RM50 million and RM80 million for each hospital. It recently completed a deal to buy Sibu Specialist Medical Centre and Sibu Geriatric Health and Nursing Centre in Sarawak at RM28 million on April 6.

Kamaruzzaman expected the new project in Bandar Dato' Onn to further sustain its consistent financial growth in the coming years.

For the year ended December 31 last year, KPJ posted total revenue of RM1.65 billion, up 13 per cent, compared with RM1.46 billion previously.

Group pre-tax profit improved16 per cent from RM143.89 million to RM166.69 million.

On another note, KPJ is venturing into the retirement and aged care market following its agreement to buy 51 per cent interest in Australian operator Jeta Gardens Waterford Trust for RM19 million.

The deal is expected to be completed by September this year.

"There is a huge market for retirement and aged care. We are in the midst of studying the business and is planning to build several retirement villas around the country," Kamaruzzaman said.

By Business Times


KPJ's new logo

KPJ Healthcare Berhad (KPJ) held its Pedoman (KPJ Town Hall Assembly) 2019 on 23 January 2019, at the Dewan Perdana FELDA in Kuala Lumpur. The ceremony was attended by KPJ's Board, top leadership, as well as employees from all divisions of the organization.

During the event, KPJ's leaders updated the staff on the organization's impressive performance for the year 2018. This improvement in performance demonstrates the strength of the organization's strategy and service standards.

The Pedoman 2019 also recorded another milestone when KPJ YBhg Dato 'Amiruddin Abdul Satar, President & Managing Director, unveiled KPJ's new logo.

In addition, Dato 'Amiruddin also launched an innovative community program, i.e. "Ban on Single-Use Plastic Bags", as a proactive measure to better protect the global environment.

The highlight of the day was the announcement of the year's KPJ's Best Managed Hospital, an accolade awarded to KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital in Johor.


Saturday, February 2, 2019

Best Managed Hospital Award

Congratulations!

KPJ Pasir Gudang Specialist Hospital is proud to be accorded the Best Managed Hospital Award for 2 consecutive years! We hope to be the healthcare provider of your choice by providing the most comprehensive healthcare services and a high standard of care that is safe, effective, patient-centered, timely, efficient and equitable.

We are also honored to receive The Best Service Quality Management Award and shall continue to place customer service as our core to create a seamless and holistic experience for you. Even the smallest interaction matters to us and we wish to be the one who can cast a positive light even during a painful situation.

We would like to thank all our customers and business partners in giving us the opportunity to grow and to achieve this remarkable feat. Our accomplishments are made possible with your continuous and unwavering support. We look forward to building and strengthening our relationship in 2019, as we have in the past 5 years with the same verve and vigor!

Our Chief Executive Officer, Encik Mohd Azhar Bin Abdullah was also promoted to Senior Corporate Manager and for his excellent performance was awarded a merit increment. It's one thing to be a boss, it's another to be a leader.

All KPJ PGSH staff thank you for being both and inspiring us all to achieve more. We are proud to be led by you. Congrats on your promotion Boss! May all the wisdom and strength to be outstanding be granted to you from above.


Wednesday, January 2, 2019

Johor Sultan launch new JCorp logo

JOHOR BARU: State Ruler Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has praised Johor Corporation (JCorp) for its continuous effort to develop the state through its big projects.

Sultan Ibrahim said JCorp should also be appreciated for carrying out various corporate social responsibility programmes that had touched people from all walks of life.

“Today, we are able to see JCorp’s flowering achievements such as the Johor Baru city centre, Pasir Gudang township, Dato Onn housing project, industrial park, Kulim plantation, KPJ hospitals and many others.

“After 50 years of endless efforts, we are proud to see JCorp’s position now. It has not only expanded its services locally but also internationally.

“JCorp has given the public a great health service through its Wakaf An-Nur clinics at affordable prices, apart from other events such as the much-anticipated annual international kite festival held every year,” he said in his address at JCorp’s 50th anniversary celebration here.

Sultan Ibrahim said he had the power to appoint the CEO, board members and other officials under the Johor Corporation Enactment 4, 1968.

“However, it does not mean that I am interfering with the administration and my presence is to ensure check and balance,” he said.

Sultan Ibrahim said while the Johor Mentri Besar was appointed as the chairman of JCorp, the appointment of the CEO should be free from any political power.
\
“This is to ensure the CEO does not blindly follow orders from the chairman,” he said.

Sultan Ibrahim said some of the Federal goverment-linked companies had appointed their CEOs from political backers, adding that they ended up neglecting their duties.

He urged JCorp to conduct a thorough feasibility study on a business it wants to venture into to identify risks and long-term effects.

This, he said was to prevent the state-owned company from getting involved in a business that “we know nothing about or a venture that is not well suited for the country’s environment”.

He said it should focus on the purpose behind its setting up, which was to help the state economy and Bangsa Johor.

The ruler also hoped that JCorp would assist the state government in providing affordable homes under its Rumah Impian Bangsa Johor housing scheme.

“This scheme should be extended to other districts in the state to allow eligible first-time buyers the opportunity to own homes,” he said.

At the event, Sultan Ibrahim also launched JCorp’s new logo.

Also present were Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim and Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Reference : https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/12/01/praise-for-jcorps-efforts-to-develop-johor/




Definisi "ORANG KAYA"

👉 Tony Fernandez  Sampai sekarang kita tidak pernah tahu pun dia naik kereta apa dan tak pernah tunjuk pun duit yang dia ada. Yang kita tah...