Allah berfirman dalam Surah Al-Zariyat Ayat 56 :
Maksudnya: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.
(Surah al-Zariyat: 56)
Ayat ini dengan jelas menunjukkan matlamat penciptaan manusia semata-mata untuk menghambakan diri kepada Allah dengan Ma’rifah, Mentauhid dan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya.
Maqasid Syari’ah daripada islah syara’ di definisikan sebagai tujuan, makna dan hikmah yang telah ditetapkan oleh syari’at islam dalam hukum-hakam yang disyariatkan serta rahsia disebaliknya dengan tujuan untuk merealisasikan kemaslahatan manusia.
Maqasid Syariah Terbahagi kepada 3 iaitu :
1. Memelihara perkara Dharuriyyat.
2. Memelihara perkara Hajiyyat.
3. Memelihara perkara Tahsiniyyat.
Pengertian Dharuriyyat :
Perkara yang diperlukan oleh manusa untuk memenuhi tuntutan agama dan kehidupan dunia.
1. Memelihara akal
2. Memelihara agama.
3. Memelihara nyawa.
4. Memelihara harta.
5. Memelihara keturunan.
Pelaksanaan Dharuriyyat berdasarkan kepada 2 Aspek :
1. Mengekalkan.
2. Mewujudkan.
Memelihara Agama
- Mewujudkan Agama : Melaksanakan semua Rukun Islam.
- Mengekalkan Agama : DIwajibkan berjihad.
Memelihara Nyawa
- Mewujudkan Nyawa : Disyariatkan Perkahwinan.
- Mengekalkan Nyawa : Diwajibkan makan dan minum.
Memelihara Akal
- Mewujudkan Akal : Kewajipan menuntut ilmu
- Mengekalkan Akal : Diharamkan Perkara yang boleh melemahkan dan merosakkan akal.
Memelihara Harta
- Mewujudkan Harta : Kewajipan mencari rezeki yang halal.
- Mengekalkan Harta : Diharamkan mendapatkan harta secara tidak baik.
Memelihara Keturunan
- Mewujudkan keturunan : Melalui Perkahwinan.
- Mengekalkan Keturunan : DIharamkan perzinaan dan perbuatan yang mendorong kepada perkara tersebut.
Memelihara Maruah.
- Mewujudkan Maruah : Diwajibkan memelihara maruah dan kehormatan diri.
- Mengekalkan Maruah : Diharamkan segala bentuk yang boleh meghalang maruah dan kehormatan.
Perkara hajiyat di definisikan sebagai :
- Perkara yang diperukan manusia untuk memberi keselesaan dan menolak kesulian dalam melakukan ibadah
- Sebagai contoh, diharuskan Rukhsah dalam melakukan ibadah seperti Rukhsah solat, puasa dan haji bagi mereka yang sakit atau musafir.
Perkara Tahsiniyat di definisikan sebagai:
- Perkara yang diperlukan manusia bagi menambah keselesaan hidup kehormatan dan kelengkapan.
- Sebagai contoh, memakai pakaian yang menutup aurat ketika menuntu ilmu dan mengamalkan Sunnah yang lain seperti puasa sunat.
Kepentingan ilmu Maqasid Syariah ini adalah :
1. Ilmu Maqasid Syariah adalah suatu cabang ilmu yang penting dalam islam.
2. Mareka yang memahami konsep Maqasid Syariah akan berasa kagum dengan keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam sebagai al-Din.
3. Mengetahuinya juga merupakan suatu syarat penting untuk berijtihad dan berkemampuan mengetepikan amalan taqlid buta.
Hikmah pensyariatan hukum :
1. Kesemua hukum syariat yang ditentukan oleh Allah SWT adalah demi kebaikkan para hamba-Nya sama ada disegerakan (kebaikan segera di dunia) atau ditangguhkan (balasan kebaikkan di akhirat kelak)
2. Hukum syarak adalah hanya suatu medium untuk mencapai tujuan beragama.
3. Tiada satu hukum pun yang sia-sia atau tidak mendatangkan faedah langsung.
4. Segala perara yang disyarakkan pasti ada kebaikan untuk dicapai atau kemudaratan yang ingin dijauhi.
5. Tujuan utama hukum syarak diturunkan ialah mencapai segala bentuk kebaikan dan menolak segala bentuk keburukan atau kemudaratan.
6. Setiap hujah ataupun dakwaan perlulah disokong dengan dalil al-quran atau Sunnah bagi membuktikan kebenaran atau kepalsuannya.
Kepentingan memahami dan mengaplikasi imu Maqasid Syariah adalah :
1. Kita perlu mengetahui dan memahami rasionaliti di sebaik sesuatu hukum itu.
2. Hukum-hukum yang tidak diketahui tujuan dan rahsia di sebaliknya akan bertukar menjadi undang-undang Jumud dan cenderung kearah kehendak individu yang menggubalnya.
3. Perasaan bosan, malas, terpaksa dan lain-lain amat mudah dirasai jika tidak mengetahui kepentingan, kelebihan dan ganjaran sesuatu amalan yang di amalkan.
4. Menurut Imam al-Shatibi, tanpa memahami Maqasid seolah-olah fiqh itu tanpa roh, bagaikan tubuh manusia tanpa roh, kaku bahkan mati.
Secara kesimpulannya, Maqasid al-Syariah merupakan matlamat –matlamat yang ingin dicapai oleh syarak dalam pensyariatan hukum. Maqasid Syariah merupakan penaung kepada dalil-dalil syarak secara langsung atau pun tidak langsung. Ilmu Maqasid Syariah merupakan suatu cabang ilmu yang penting dalam Islam, dengan memahami konsepnya akan memberikan kebaikan kepada manusia dan menjauhkan mereka daripada segala keburukan.
No comments:
Post a Comment