Sebelum saya membincangkan topik ini, ingin saya ketengahkan beberapa dalil yang boleh di rujuk berkenaan isu ini, yang pertamanya, daripada sebuah hadis yang masyur, daripada Abi Hurairah RA, beliau berkata : Rasullullah SAW bersabda :
Maksudnya “Sesungguhnya Allah Ta'ala Maha Baik dan hanya menerima yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintahkan orang-orang yang beriman untuk (melakukan) perintah yang disampaikan kepada para nabi. Kemudian beliau membaca firman Allah, ‘Wahai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang soleh.’ Dan firman-Nya, ‘Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik baik yang telah Kami anugerahkan kepadamu. ’Kemudian beliau menceritakan seorang lelaki yang melakukan perjalanan jauh (lama), tubuhnya diliputi debu lagi kusut, dia menadah tangannya ke langit dan berdoa, ‘Ya Rabbku, ya Rabbku’. Akan tetapi makanannya haram, minumannya haram, dan ia diberi makan dengan yang haram. Maka bagaimana mungkin doanya dikabulkan?”
Riwayat Muslim (1015)
Di dalam surah al-Mukminun ayat 51, Allah Berfirman:
Maksudnya: Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh.
Surah al-Mukminun (51)
Di sini perintah memakan makanan yang baik di dahulukan berbanding dengan perintah mengerjakan amalan soleh, bagi menunjukkan bahawa amalan soleh tidak akan di terima jika tidak didahului dengan memakan makanan yang halal.
Seterusnya, dalil yang ketiga, berkenaan dengan hijrah, Firman Allah di dalam surah al-Nisa ayat 100 :
Maksudnya: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur;
Surah al-Nisa’ (100)
Ini merupakan galakan dan saranan supaya berhijrah di samping menjarakkan diri dari musuh Allah iaitu dari kalangan musyrikin, jadi dengan kata lain berhijrah membeli produk Muslim, produk dari premis-premis perniagaan Muslim dan perkhidmatan Muslim tidak kiralah mereka adalah masyarakat muslim Thailand atau masyarakat muslim dari negara-negara lain. Ini sudah pastinya mengandungi barakah dan keyakinan dalam urusan muamalat kita.
Kempen Beli Produk Muslim atau lebih di kenali dengan Kempen ‘Buy Muslim First (BMF)’ telah di lancarkan pada akhir tahun lepas dengan tujuan menggalakkan pembelian produk keluaran Muslim.
Alangkah memeranjatkan, menjelang Ogos 2019, semakin ramai kumpulan yang menyertai dan menyokong kempen tersebut.
Kempen Beli Produk Muslim ini bukanlah satu jenis kempen boikot barangan bukan muslim tetapi ini adalah satu kempen utamakan barangan orang islam, kerana mencari yang halal itu adalah fardu.
Di pasar raya-pasar raya besar seperti Giant, Tesco dan Econsave, Sama ada produk bukan Muslim atau Muslim di susun sama rata di atas rak di bahagian basah atau kering, dan tiada diskriminasi produk terhadap produk-produk keluaran bukan muslim dilakukan oleh pihak pengurusan, tetapi atas initiatif pengguna itu sendiri untuk memilih produk keluaran muslim atau keluaran bukan muslim kerana ini ada termaktub kepada hak pengguna untuk memilih barangan keperluan yang mereka suka dan selesa untuk mereka gunakan.
Antara kebaikkan yang boleh kita lihat ke atas kempen yang berjalan ini adalah :
1. Meningkatkan taraf ekonomi umat islam.
2. Memperkenalkan produk muslim ke peringkat antarabangsa dan ke peringkat yang membanggakan.
3. Menggalakan masyarakat Muslim mengutamakan produk halal khususnya dan produk bumiputera secara amnya.
4. Meningkatkan pendapatan peniaga muslim 100% ke 200%.
5. Dengqn peningkatan jualan yang tidak di sangka2, kualiti produk juga perlu di ambil kira untuk memastikan produk muslim juga berkualiti dan setanding dengan produk-produk di dalam pasaran sedia ada.
6. Meningkatkan kesedaran masyarakat islam khususnya dan bumiputera amnya betapa pentingnya mengutamakan produk keluaran muslim, kerana terdapat dalam sebuah hadis yang di Riwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada Nu’man bin Basyir RA, Nabi SAW bersabda :
Maksudnya: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh sebahagian manusia. Maka sesiapa yang menjauhi perkara syubhat bermakna dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka dibimbangi akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana pengembala yang membawa haiwan gembalaannya disekitar padang larangan, maka lambat laun dia mungkin akan memasukinya. Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika ia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahawa ia adalah hati.”
Riwayat al-Bukhari (45) dan Muslim (133)
Melalui hadis ini, dapat lah disimpulkan bahawa masyarakat muslim perlu menghindarkan perkara-perkara yang syubhah supaya hati dan keturunan mereka terjaga dan terpelihara daripada perkara-perkara yang boleh merosakkan hati dan iman mereka.
7. Meningkatkan persaingan secara positif antara produk muslim dan bukan muslim. Ini dapat meningkatkan keyakinan pembeli berkaitan kualiti produk yang di keluarkan selain mewujudkan usahawan bumiputera yang berfikiran terbuka dan berdaya saing di peringkat antarabangsa.
8. Mengekalkan Malaysia sebagai Halal Hub yang telah di iktiraf di peringkat dunia sejak tahun 2010 lagi.
9. Kempen ini di sokong oleh bebarapa Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pembela Ummah (Ummah) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menggalakkan ekonomi Muslim selain mengetengahkan produk dan perkhidmatan muslim di Malaysia.
Di sebalik berpuluh hikmah dan kebaikkan yang terkandung di dalam kempen ini, masih ada lagi segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati, memfitnah, salah paham tentang konsep kempen ini serta enggan menyokong kempen Beli Produk Muslim ini.
Antaranya ialah, kenyataan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Mohd Radzi Md Jidin yang saya petik daripada utusan online 5hb September 2019, beliau menyifatkan usaha menyokong Kempen Beli Produk Muslim ini tidak baik kepada pembangunan negara secara keseluruhanya. Beliau berkata, boikot tidak akan memberi manfaat khususnya dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia kerana melibatkan rantaian sumber yang amat besar.
Bagi pendapatkan saya, menteri ini tidak paham atau tidak memperhalusi konsep kempen ini di jalankan. Kempen ini di lancarkan bukanlah untuk bertujuan memboikot mana-mana pihak atau produk, cuma masyarakat perlu mengutamakan produk-produk keluaran usahawan muslim dahulu berbanding produk-produk yang lain, sekiranya masyarakat tidak mempunyai pilihan lain, masyarakat masih lagi boleh membeli produk bukan muslim tetapi adalah menjadi keutamaan produk itu di beli di premis yang beragama islam.
Langkah ini bertujuan membantu golongan muslim meningkatkan pendapatan mereka sekaligus memperkasakan produk keluaran bumiputera dan islam.
Selain itu, dalam Menyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung pada 4hb Spetember 2019 bersetuju bahawa usaha memboikot barangan keluaran pengusaha bukan Islam di negara ini adalah sangat tidak wajar. Dr Mohd Radzi berkata, sekiranya boikot berlaku, syarikat akan mengurangkan pengeluarannya dan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pekerja.
Tambahannya lagi, boikot sekali pun tidak memberikan manfaat khususnya berlaku dalam negara kita sendiri negara berbilang kaum di mana sebuah pengeluaran itu dari segi sumbernya terdapat pekerja pelbagai kaum.
Berkenaan dengan kenyataan di atas, saya lebih suka merujuk kepada dalil yang telah Allah sediakan di dalam Al-quran, di dalam surah Saba’ ayat 36, Allah Berfirman :
Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).
(Surah Saba’: 36)
Seterusya di dalam Surah al-Nahl ayat 71, Allah berfirman :
Maksudnya: Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya; dalam pada itu, orang-orang yang diberi kelebihan itu tidak mahu memberikan sebahagian dari kelebihan hartanya kepada hamba-hamba mereka, supaya orang-orang itu dapat sama mempunyai harta. Maka mengapa mereka tergamak mengingkari nikmat Allah itu dengan perbuatan syirik?
(Surah al-Nahl: 71)
Di dalam Hadis muttafaqun alaih, Imam Ibn Kathir telah menyebut dalam tafsirnya bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Maksudnya: Demi Dia yang jiwaku di Tangan-Nya, tiada seorang mukmin yang ditimpa keletihan, kesakitan, kerisauan, dan kesedihan, melainkan Allah akan menjadikan musibah itu penebus kesilapan-kesilapannya, termasuklah duri yang mengenainya.
Hadis muttafaqun alaih
Daripada dalil-dalil yang di nyatakan di atas, maka terbuktilah rezki itu adalah milik Allah dan Allah berhak untuk memberi kapada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Maka masyarakat tidak perlu bimbang tentang urusan rezki kerana muka bumi Allah ini terbentang luas untuk hamba-hambanya mencari sumber rezeki yang halal dan yakinlah pemberi rezeki itu hanyalah Allah tuhan pemilik sekalian alam.
Rasullullah SAW pernah bersabda :
Maksudnya: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah tinggalkan buat kamu (dua perkara) selagimana kamu berpegang dengannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah dan sunnah Nabi-Nya.”
Riwayat al-Baihaqi (20123)
No comments:
Post a Comment