Search This Blog

Thursday, November 5, 2020

Rezeki Kepunyaan Allah SWT...


"Abang nak kerja apa lepas ni?" Tanya isteri, selepas kami berdua di hentikan kerja tempat lama. Berkuatkuasa 24 jam notis yang di berikan dalam bentuk sms sahaja 

"Tak tahu. Buntu." Berbulan kami berdua menumpang rumah abang ipar. Rasa segan asyik tidur makan, kami pindah ke rumah kakak ipar pula. Masa tu, saya memang tak tahu nak buat apa. Demi Allah tak tahu. 

Akhirnya, sebab malu asyik duduk sahaja di rumah, saya keluar ke bandar. Naik bas dari Rawang, terus ke Kuala Lumpur. Dengan niat cari kerja. Setiap hari begitulah. Namun, tiada kerja yang saya dapat. Isteri lah yang selalu beri duit tambang. Kalau saya lapar, saya tahan sahaja. Pulang nanti saya makan. 

Tiba-tiba saya dapat panggilan. "Salam encik. Ada jual bateri laptop tak? Saya perlu segera ni." Ah! Sudah. Saya bukan penjual bateri laptop. Nak cari mana pun tak tahu ni. "Oh. Silap nombor kot puan." "Eh? Taklah. Kawan saya bagi. Katanya encik ada jual bateri laptop!" 

"Oh ya. Model apa ya?" Dan, kami pun berurusan, sampai lah saya hantar bateri laptop itu ke pejabatnya. Masa tu, dalam kepala dah tahu nak cari barang laptop ni di Low Yat Plaza saja. 

Alhamdulilah. Dapat untung RM20. Saya terus dapat idea. Ya! Saya buat khidmat macam ni. Buat iklan, membantu mereka yang ada masalah nak cari alat ganti laptop. Tapi, ada masalah satu lagi. Untungnya sikit sangat. Kalau tolak kos semua, memang habis begitu saja. 

Ah! Down! Dan, bila tiada jualan lagi pening. Kos dah keluar nak ke bandar ni lagi. Satu hari, saya migrain teruk. Sakit sangat. Saya terus cari surau dan lepak di situ. 

Sambil tu, saya buka zikir. Untuk tenangkan jiwa dan kepala. Saya menangis habis. Penat rasanya berjuang dalam mencari rezeki ni. Airmata jatuh satu-satu. Sebelah saya ada seorang warga asing. Saya menangis sungguh. Tak malu dah. Zikir saya terus pasang. Menemani jiwa dan hati yang makin berat. 

Tiba-tiba, orang sebelah ni tegur. "Assalamualaikum bang." Eh! Boleh cakap melayu. "Waalaikumsalam." Kami bersalaman. Dia kenalkan dirinya Nassim. Dari Pakistan. Dia kerja di sebuah kedai jual alat ganti laptop. Dia pun tengah ada masalah. Kena tipu hampir RM50,000. 

 Real! "Tadi abang pasang apa? Itu muzik." "Oh. Ini zikir. Saya pun sakit kepala. Pasang ini kasi relaks." "Saya pun relaks la dengar. Thanks abang. Kerja sini ka?" "Oh tak. Saya jual itu alat ganti macam bateri laptop." "Wah! Ambil dari mana?" "Kedai atas. Tapi itulah mahal lah. Saya pun untung sikit saja." 

Dia hulur kad. "Mari kedai saya. Saya bagi abang best price. Dealer punya. Ada syarikat tak?" "Oh takde." "Takpe. Nanti dah buat kasi sama saya. Jomlah. Saya belanja makan. Datang kedai saya bagi pricelist." 

Rupanya, dia pengurus kedai alat ganti tu. Allahu. Harga yang dia bagi memang murah. Alhamdulilah. Cukup untung saya. Satu barang boleh untung sehingga RM30. "Abang sudah bagi saya tenang. Saya hilang masalah. Takpa. Kena tipu tu takpalah. Saya mau cari rezeki lagi. Allah sayang sama saya lah ni. Thanks abang." 

Dan, Hingga hari ini setiap kali ke kedai dia, saya cukup bersyukur dengan jalan rezeki. Kedainya pun makin maju. Sekarang dah jadi bos besar. Jualan cecah ratus ribu sebulan. Ujian dan nikmat, adalah demi untuk mengajar kita erti sabar. Melatih rasa yang betul untuk Allah. Bagaimana cara kita menerima ujian, begitulah nanti cara Tuhan berikan semula nikmatnya. 

Sebab itu, saya dah niat. Sebagai penjual laptop dan komputer, saya nak berkhidmat. Saya nak memberi. Walau kadang lebih banyak rugi dari untung hari-hari. Namun, yang benar-benar membuatkan semuanya ini bererti bila saya kekal mendapat Allah setiap hari. Lidah takkan pernah kering memuji Allah. Hati setiap masa meminta dengan Allah. Untung sekali, rugi dua kali. Rugi dua kali, untung Tuhan bagi seribu kali lagi. 

Terima kasih Allah, yang menjalankan hidup kita semua ini. Teruskanlah perjuangan kalian. Bahagia dan nikmat, Allah sedang simpan kat depan. Dan, percayalah. Masa itu akan tiba. Percaya, itulah yang membina iman. Yakin, itulah yang membuah kekuatan. 

Penulis asal: Abu Hurairah (https://www.facebook.com/thesolusi)

Psikologi Dalam Rumahtangga


“Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.” 

Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari. Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim. Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. 

Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi. Mereka masih belum dikurniakan anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar. Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar. Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri. 

Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh. Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya. 

Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama. Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. 

Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara. Ia berkata, “Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. “ 

Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung. 

Tak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah. Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia. Kebahagian itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu. 

Sebenarnya, di bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki. Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya. 

Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi. Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi. Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat. Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi “isteri seseorang” mempunyai potensi menjadi malaikat. 

Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna. Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki. Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki. Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki. 

Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu. 

Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.” 

Kerana Allah Telah Tentukan...


Aku tidak pernah memilihmu untukku.. 
Tapi Allah yang telah memilihmu untukku.. 
Aku tidak pernah berharap mencintaimu.. 
Tapi Allah yang telah menundukkan hatiku untuk memberikan cinta ini padamu.. 
Aku tidak pernah bermimpi untuk mendampingimu.. 
Tapi Allah yang telah menentukan jalan hidupku untuk mendampingimu.. 
Aku juga tidak pernah berharap menanggung rasa ini atas cintaku padamu.. 
Tapi Allah yang telah memberikan rasa ini dan harusku tanggung atasmu.. 
Itulah aku adanya.. 
Tidak pernah berkuasa untuk mengatur hatiku sendiri.. 
Kerana Allah yang telah menentukannya.. 
Allahurobbi....

Definisi "ORANG KAYA"

👉 Tony Fernandez  Sampai sekarang kita tidak pernah tahu pun dia naik kereta apa dan tak pernah tunjuk pun duit yang dia ada. Yang kita tah...