Search This Blog

Thursday, April 30, 2020

HOLOGRAM MEDITAG KKM


Hologram KKM merupakan salah satu ciri utama untuk kenalpasti ubat berdaftar dengan KKM. Perkembangan terkini Hologram Meditag KKM ini telah ada "Versi Ke-IV" bagi menggantikan "Versi Ke-III".

Oleh itu, produk-produk ubat berdaftar dengan KKM yang ada dalam pasaran sekarang akan ada kedua-dua versi Hologram ini. Produk terkini dikeluarkan daripada kilang akan menggunakan Hologram baru dan produk-produk yang telah berada dalam pasaran masih ada Hologram "Versi Ke-III". Maka kedua-dua Hologram ini masih sah menunjukkan ciri-ciri ubat berdaftar.

Sebagai peringatan. Ciri-ciri ubat berdaftar adalah
1. No pendaftaran produk (No. MAL)
2. Pelekat Hologram Meditag KKM

Hologram KKM ini juga menunjukkan kesasihan sesuatu produk ubat berdaftar dengan KKM. Maksudnya produk yang ada pelekat Hologram ini, produk itu bukan produk palsu. Ini adalah kerana, hanya pemegang kelulusan produk berdaftar sahaja yang boleh membeli pelekat Hologram ini.

Oleh itu produk tiruan memang tiada pelekat Hologram ini. Kalau ada, pembuat produk tiruan ini akan cuba membuat pelekat Hologram yang tiruan. Sebab itu ada applikasi telefon pintar disediakan untuk semakan kesasihan pelekat Hologram yang ada pada produk.

Moga informasi ini bermanfaat buat semua.

Cara menyemak ketulenan produk melalui laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (BPFK / NPRA), anda boleh klik pautan di bawah :
https://quest3plus.bpfk.gov.my/pmo2/index.php





Wednesday, April 15, 2020

Cinta Nabi kepada Saidatina Aisyah


Ya Allah, hebatnya cinta Nabiku Rasulullah.

Ketika Aisyah Tak Diberi Segelas Air Putih Oleh Rasulullah ﷺ.

Rasulullah ﷺ adalah seorang suami yang sangat meninggikan kedudukan para istrinya dan amat menghormati mereka.

Namun, ketika berselisih, Rasulullah ﷺ tidak pernah melibatkan emosi. Ketika sedang marah kepada Aisyah, Beliau berkata, “Tutuplah matamu!” Kemudian Aisyah menutup matanya dengan perasaan cemas, khawatir dimarahi Rasulullah.

Rasulullah ﷺ berkata, “Mendekatlah!” Tatkala Aisyah mendekat, Rasulullah ﷺ kemudian memeluk Aisyah sambil berkata, “Humairahku, telah pergi marahku setelah memelukmu.”

Tidak pernah ada kalimat kasar dan menyakitkan dalam rumah tangga Rasulullah. Bahkan, beliau biasa memijit hidung Aisyah jika dia marah, sambil berkata, 
“Wahai Aisyah, bacalah do’a, ‘Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan”
(HR Ibnu Sunni).

Suatu hari Rasulullah ﷺ pulang dari perjalanan jihad fisabilillah diiringi para sahabat. Sementara itu di pintu gerbang kota Madinah Aisyah r.a menunggu dengan rasa rindu. Akhirnya Rosulullah ﷺ tiba di kota Madinah. Aisyah r.a bahagia menyambut suami tercinta. Tiba dirumah Rasulullah ﷺ beristirahat melepas lelah. Aisyah dibelakang rumah sibuk membuat minuman untuk Rasulullah ﷺ. Lalu minuman itupun di suguhkan kepada Rasulullah ﷺ.

Beliau meminumnya perlahan hingga hampir menghabiskan minuman tersebut, tiba-tiba Aisyah berkata: "yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu? "

Rasulullah ﷺ diam dan hendak melanjutkan meminum habis air digelas itu. Dan Aisyah bertanya lagi, "Yaa Rasulullah biasanya engkau memberikan sebagian minuman kepadaku tapi kenapa pada hari ini tidak kau berikan gelas itu?"

Akhirnya Rasulullah ﷺ memberikan sebagian air yang tersisa digelas itu, Aisyah r.a meminum air itu dan ia langsung kaget terus memuntahkan air itu. Ternyata air itu terasa asin bukan manis. Mungkin saking tergesa-gesanya Aisyah baru tersadar bahwa minuman yang ia buat salah memasukan campuran, yang harusnya sari gula malah masukin sari garam. Kemudian Aisyah r.a langsung meminta maaf kepada Rasulullah ﷺ. ..

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Lelaki yang paling baik diantara kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya,"
(HR tirmidzi dan Ibnu Hibban).

Dari abu Hurairah Ra bahwa Rasulullah ﷺ bersabda: "saling berpesanlah kalian untuk memperlakukan wanita dengan Baik, karena sesungguhnya wanita itu. Diciptakan dari Tulang Rusuk, dan sesungguhnya yang paling bengkok dari tulang rusuk itu adalah bagian atasnya, Jika engkau bersikeras untuk meluruskannya, Niscaya engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok, karenanya saling berpesanlah (saling menasihati) berkenan dengan Wanita"
(HR. Bukhari dan Muslim)

Semoga bermanfaat

Tuesday, April 14, 2020

Iman dan Cinta


Jika menikah hanya di landasi oleh rasa saling mencintai Lalu di mana kedudukan iman?

Ujar Umar Al Khattab. Betapa banyak yang katanya saling mencintai, tapi pernikahan mereka justeru tidak barakah. Bahkan berakhir dengan masalah mahupun perceraian.

Kerana iman, Rasulullah ﷺ sabar ketika di rumah hanya tersedia cuka lalu memakannya.
Kerana iman, Ali ibn Thalib sabar menjadi kuli menimba air dengan upah segenggam kurma.
Kerana iman, Fathimah ازهراء sabar menggiling gandum hingga tangannya melepuh.

Pernikahan, sungguh tak seindah apa yang di katakan para penceramah atau pun buku-buku pranikah. Akan banyak dugaan dan ujian.

Maka fahamilah, rasa cinta kadang tak akan ikut berperang. Hanya iman yang dengan pedang kesabaran di kala susah, dan senjata syukur dikala senang, yang mampu manghadapi ujian dan cubaan itu.

Oleh itu, boleh sahaja menikah kerana saling mencintai. Namun pastikan, perasaan itu hanya menjadi makmum. Imanlah yang harus menjadi imamnya.

Fahamilah, Tak semua cinta melahirkan iman. Tapi semua iman, In Shaa Allah akan melahirkan cinta.

SubhanAllah.

Isteri Kita, Bukti Kecintaan Kita kepada Tuhan Kita.


Sejak akhir-akhir ni, isteri kerap marah. Masuk kereta marah, balik rumah marah, tengah mandi marah, dekat dapur marah, tengah suap makan marah, tengah jalan marah. Allahu, kadang tak mampu menghadapi isteri yang marah ni.

Lihat wajahnya sudahlah ngeri, senyumannya menjadi masam macam susu basi, kata-katanya seperti petir yang menyambar bumi. Hanya rupanya masih lah seorang isteri.

Bila dia marah, saya lebih banyak diam. Selawat dan minta Tuhan tolong kuatkan hatinya. Kuatkan jiwanya. Kuatkan segalanya. Saya cuba faham tapi tak boleh tanya kenapa. Kadang berhari-hari melayani marahnya. Kadang sejam dua kemudian tambah seminit tiga semula.

Diam dan sabar sahaja, itu kuncinya. Walau demi Allah, tak pernah mudah. Selesai isteri marah, saya ajak makan. Bagi dia makan apa yang dia suka. Ajak dia pergi Ikea atau mana tempat yang dia suka. Pergi bata beli kasut baru untuknya.

Dalam kereta, saya tanya biasa saja. "Boleh abang tahu kenapa awak marah-marah? Saya kesian dengan awak. Tapi, saya mampu diam sebab saya tak tahu apa masalah sebenar."

Isteri diam. Dia tundukkan wajahnya. Isteri terbeban. Ya, apalagi dalam hidup hari ini, suami dan isteri perlu saling memburu untuk kelangsungan hidup, maka itu amat menekan emosi isteri.

Dalam dia sibuk bekerja, sebenarnya dia mahu duduk dirumah. Dia mahu hiburkan suaminya. Dia mahu jaga anak-anaknya. Dia mahu masak yang sedap-sedap untuk orang yang dia sayang. Dia mahu memeluk mesra suami dan anaknya. Tapi, dia tak boleh. Dia juga kena bekerja. Dia juga kena berusaha.Dia kena mencari rezeki bersama.

Dia juga tertekan dengan rakan dan stafnya. Dia juga menhadapi bisnes yang turun dan naik. Itu membuatkan isteri kita akan jadi marah. Maka, dia bukan marahkan suaminya. Dia cuma tak tahu nak meletakkan marah itu dimana. Itu yang kita lihat banyaknya status luahan di KRT atau FB adalah dari wanita yang begini rupa.

Mereka marah tanpa mereka sedar. Maka, apa yang kita boleh buat sebagai suami? Samada kita suka atau tidak, kita hadapi saja marahnya. Panasnya. Emosinya. Rajuknya. Leternya. Sebab, hanya suami yang isteri kita ada.

Isteri tidak pandai main futsal untuk hilangkan tensen macam kita. Isteri tak reti download movie dan menontonnya sambil suka-suka. Isteri tak pandai keluar berhibur tanpa anak dan suaminya. Apabila isteri cuba bicara tentang masalah mereka, pada pandangan pihak suami pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut. Tidak! Tak perlu selesaikan pun.

Disini suami harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita. Kerana, apabila isteri mahu meluahkan apa yang dia rasa, itu tanda kita lelaki yang paling dia cinta dan percaya.

Selamat berjuang buat suami yang selalu sabar dengan karenah isteri mereka. Isteri kita, bukti cinta kita pada Tuhan kita

Indahnya Ucapan Maaf dan Tolong


Bukanlah kita suami atau isteri yang teruk atau tiada maruah, jika kita memulakan apa sahaja perbualan kita dan pasangan dengan ucapan MAAF dan TOLONG.

Contohnya, “Sayang, tolong ambilkan anak hari ni. Saya balik lambat lah. Belum habis kerja.” Atau, “Maaf sayang. Abang tak sempat basuhkan pinggan sebelum keluar rumah tadi.” Langsung tidak menjatuhkan maruah. Malah akan semakin memutikkan cinta dan sayang antara kita.

Kita manusia, fitrah kita suka kepada sesuatu yang baik dan menyenangkan emosi kita. Begitu jugalah pasangan kita.

Sebelum tidur, sebut kan kata-kata yang akan semarakkan kasih sayang serta cinta ini.
 “Maaf ya sayang, andai hari ni abang ada buat sayang terasa. Selamat malam. Abang pun maafkan sayang.”
 “Abang, tolong selimutkan anak-anak ya kejap lagi. Saya nak rehat awal lah. Rasa kurang sihat. Terima kasih abang.”

Walaupun semua tugasan rumahtangga adalah tanggungjawab bersama, tetaplah manis dan lebih baik kita mulakan dengan dua perkataan MAGIK ini.

Ok lah. Moga esok hari, kita lebih diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus menjadi yang terbaik buat rumahtangga kita. Salam kecintaan dan kesayangan Allah dan Rasul semua.

Thursday, April 2, 2020

Peranan Petugas Farmasi di belakang kaunter menangani Pandemik Covid 19


Mungkin ramai yang tidak tahu apakah tugas kakitangan farmasi semasa situasi wabak COVID-19 ini. Yang jelasnya memang kami tidak kelihatan membuat saringan COVID-19 mahupun turut serta dalam mengambil sample ujian bagi individu yang disyaki mendapat jangkitan. Kami juga tidak berurusan dalam menguruskan jenazah individu pesakit COVID-19. Maka kami tidak lah memakai PPE macam tyvex mahupun yang overall seperti doktor, jururawat dan Pembantu perubatan.

Habis tu pegawai farmasi (PF) dan Penolong Pegawai Farmasi (PPF) buat apa?

Ramai yang mungkin tidak sedar, perkhidmatan kesihatan sebenar berjalan seperti biasa. Maka bertugas di kaunter pendispensan ubat adalah seperti biasa. Malah klinik extended hour (Hingga 10pm) di beberapa klinik kesihatan juga berjalan seperti biasa. Yang berkerja di Hospital perkhidmatan kaunter farmasi pula berterusan 24jam dan tiada hentinya. Maka kami juga jumpa pesakit. Setiap hari jumpa pesakit. Maka risiko untuk dijangkiti juga sama seperti perawat dan para jururawat yang membuat saringan dan memeriksa pesakit. Oleh itu kami juga perlu memakai PPE seperti face mask dan sarung tangan. Jika bertugas di fever centre(clinic) kami gunakan face shield jika bekalan ada.

Selain daripada itu, yang paling aktif dilakukan sekarang adalah usaha untuk limitasikan pesakit untuk datang ke klinik mengambil bekalan ubat-ubatan mereka. Strategi yang pertama adalah untuk membekalkan ubat untuk bekalan 2 bulan kepada semua pesakit kronik. Maka jika kami berikan bekalan 2 bulan kepada pesakit, maka pegawai yang bertanggungjawab membeli ubat-ubatan akan semakin kerap membeli ubat bagi top up semula bekalan dalam stor. Stor kami Kebanyakannya kecil-kecil sahaja, tak boleh simpan bekalan banyak-banyak.

Seterusnya ada klinik yang mengambil inisiatif proaktif dengan memanjangkan tarikh temujanji pesakit secara terus. Mereka mengaktifkan konsultasi secara atas talian seterusnya memanjangkan tarikh temujanji pesakit dan mengeluarkan preskripsi baru kepada pesakit. Seterusnya semua preskripsi baru tersebut akan diberikan kepada farmasi untuk kami (PF & PPF) pula menghubungi pesakit dan menawarkan perkhidmatan pengambilan ubat menerusi perkhidmatan tambah nilai (Value Added Services: VAS) .

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah:

• Pengambilan Ubat Melalui Pos (UMP) : Ubat disediakan dan dibungkus rapi OLEH PF & PPF. Kemudiannya ubat akan dihantar melalui kaedah pos laju ke rumah pesakit. Pesakit perlu bayar perkhidmatan ini kepada Pos Malaysia sebanyak RM5.30 (Pesakit tidak hadir ke klinik langsung)

•Sistem Telefon dan ambil : Jika pesakit memilih perkhidmatan ini, ubat mereka terus disediakan terlebih dahulu. Pesakit kemudiannya diberikan arahan tarikh dan masa pengambilan. Pesakit yang hadir akan terus ke kaunter farmasi dan berikan identiti. Pesakit tidak perlu menunggu akan terus dapat ubat yang telah disediakan. (Pesakit hadir ke klinik tetapi masa disingkatkan)

• Locker 4 U : Pesakit akan datang terus ke lokasi locker. Seterusnya ambil ubat yang telah disediakn dalam laci-laci locker yang telah ditentukan. (Pesakit hadir ke klinik tetapi masa disingkatkan dan mungkin lokasi locker adalah di kawasan luar klinik)

• Pandu lalu : Pesakit akan menggunakan kenderaan dan ke kaunter pandu lalu untuk mengambil ubat mengikut tarikh yang telah ditetapkan (Pesakit tidak hadir ke dalam kawasan bangunan klinik atau hospital)

• Dan lain-lain lagi bergantung kepada klinik atau hospital tersebut

Berkaitan Perkhidmatan Tambah Nilai (VAS) yang saya sebutkan di atas. Selalunya permohonan dilakukan dikaunter farmasi. Namun dalam situasi wabak ini pelbagai kaedah digunakan untuk memudahkan pesakit membuat permohonan terhadap perkhidmatan bagaimana mereka inginkan untuk mengambil bekalan ubat mereka.

Ada klinik kesihatan atau hospital yang menggunakan kaedah email, whatsapp dan panggilan telefon bagi tujuan permohonan dan memberikan detail lengkap seperti gambar preskripsi ubat dan sebagainya.

Maka memang akan ada pegawai farmasi yang bertugas untuk memproses setiap permohonan tersebut demi memastikan pesakit terima ubat especially dalam kalangan pesakit kronik.

Satu lagi golongan ahli farmasi adalah yang bertugas menjaga bekalan ubat-ubatan dan barang-barang pakai buang termasuk bekalan semua jenis PPE di klinik-klinik kesihatan mahupun di hospital. Mereka akan buat pembelian mengikut arahan perbendaharaan dan patuh kepada semua pekeliling terbaru berkaitan pengurusan kewangan dan pembelian.

Selalunya ahli farmasi yang bertugas di sini agak stress kerana pelbagai masalah yang timbul especially dalam situasi sekarang kerana ada sesetengah item yang mempunyai masalah bekalan. Pelbagai kaedah penyelesaian masalah dilakukan setiap hari demi memastikan semua bekalan mencukupi dan bersedia untuk apa jua situasi mendatang.

Begitulah serba sedikit tugas Pegawai Farmasi dan Penolong Pegawai Farmasi di sebalik kaunter farmasi. Saya percaya ada lagi tugas-tugas yang saya tidak nyatakan di sini. Namun walau apa pun tugas kami semua anggota kesihatan, semuanya ada peranan masing-masing dan saling berkerjasama dalam memastikan perkhidmatan kesihatan terbaik dapat disampaikan kepada masyarakat Malaysia dan kami bertugas dengan ikhlas dan sepenuh tenaga dalam memastikan situasi wabak yang dialami sekarang dapat kita kawal dan pesakit-pesakit sembuh daripada jangkitan COVID-19 ini.

Oh tidak lupa juga kepada semua petugas keselamatan seperti Abang Polis, Abang Askar, Abang JPAM, Abang Posmen, Abang Penguatkuasa Tempatan, dan semua Abang-Abang dalam essential services yang sedang bertugas semasa PKP ini. Sama-sama kita menjaga kesihatan dan keselamatan Malaysia dan rakyatnya

Definisi "ORANG KAYA"

👉 Tony Fernandez  Sampai sekarang kita tidak pernah tahu pun dia naik kereta apa dan tak pernah tunjuk pun duit yang dia ada. Yang kita tah...