Search This Blog

Wednesday, November 27, 2019

Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat.


Antara usaha yang boleh dilakukan untuk memperkukuhkan hubungan etnik dan mengelakkan konflik perkauman di Malaysia adalah.

1. Pengukuhan Rukun Negara di kalangan rakyat Malaysia.
                Rukun negara menjadi rujukan dan garis panduan yang penting bagi sebarang dasar dan keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan. Berpandukan prinsip tersebut, setiap dasar dan keputusan dapat dibuat atas rasa sedar, rasional dan megikut undang-undang serta peraturan supaya perpaduan kaum dapat dicapai.

                Pihak kerajaan telah menggunakan Rukun Negara sebagai instrument untuk mengatasi garis pemisah antara kaum dalam membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan perpaduan berdasarkan hak, peranan dan tanggugjawab yang digariskan dalam Rukun Negara. Rukun Negara menjadi peraturan dan norma hidup yang amat penting kepada setiap anggota masyarakat di Malaysia dan pematuhan kepadanya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan kelompok pelbagai kaum di negara ini.

5 prinsip utama yang termaktub dalam rukun negara seperti berikut.
a) Kepercayaan kepada Tuhan.
Prinsip ini membawa maksud setiap orang mempunyai agama ataupun kepercayaan sendiri. Agama dan kepercayaan sangat penting kerana setiap agama menyeru manusia supaya berbuat baik dan menghindari perbuatan jahat.

b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Prinsip ini menuntut kesetiaan penduduk yang unggul dan tidak berbelah bahagi terhadap raja dan negara supaya dapat melahirkan penduduk yang sedia berkorban untuk negara.

c) Keluhuran Perlembagaan.
Setiap rakyuat mesti menghormati dan menghargai kandungan perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara. Rakyat seharusnya mematuhi dan mempertahankan kemuliaan dan etinggian Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang kedudukan Yang di Pertuan Agong dan raja-raja, agama Islam Sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, hak asasi rakyat dan sebagainya.

d) Kedaulatan undang-undang.
Undang-undang merupakan tonggak keadilan yang berperanan menjamin kebebasan asasi dan memberikan perlindungan kepada setiap orang dalam usaha mewujudkan keadilan dalam kalangan masyarakat.

e) Kesopanan dan kesusilaan.
Prinsip ini menyeru setiap anggota masyarakat supaya salng menghormati, berakhlak mulia dan mengelakkan daripada menyentuh paerkara-perkara sensitif dalam menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup.


2. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
                Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib yang dilaksanakan selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN di seluruh Malaysia. Program ini melibatkan remaja yang telah menamatkan pendidikan sekolat menengah atau berumur 17 tahun ke atas.

                PLKN yang mula dilaksanakan di Malaysia pada 16 Februari 2004 bukan bersifat kerahan tenaga. PLKN tidak mengikut model dari mana-mana negara tetapi program ini dilaksanakan menurut cara Malaysia. PLKN bermatlamat untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotism dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum dan integrase nasional. Malah PLKN juga bertujuan untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni serta menyediakan golongan belia bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara.

                PLKN dilaksanakan untuk mencapai objektif yang telah digariskan seperti meningkatkan semangat patriotism dan cinta akan negara dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Yang kedua, mempertingatkan perpaduan kaum serta intergrasi nasional. Yang ketiga, membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai murni. Yang keempat, menanamkan semangat kesukarelaa dalam kalangan remaja dan akhir sekali melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan.


3. Guru menjadi pemangkin peningkatan hubungan kaum.
                Peranan guru di sekolah ialah, menggalakkan pelajar melibatkan diri mereka dalam aktiviti kumpulan, taat setia serta bertanggungjawab. Yang kedua, membolehkan pelajar menyedari taat setia mereka terhadap matlamat masyarakat dan nilai-nilainya yang melebihi keutamaan dan kepentingan individ dan keluarga mereka. Dan akhir sekali, mengembangkan dan mendalamkan kemahiran-kemahiran pelajar yang diperlukan pada masa berkhidmat dalam masyarakat selepas persekolahan.

                Guru menyediakan persekitaran untuk pelajar belajar. Guru memahami kehendak, minat dan kebolehan pelajar. Seorang giri yang berkesan dapat memberikan masa dan ruang untuk pelajar belajar, berkomunikasi dengan baik, melibatkan semua pelajar dalam aktiviti pembelajaran, mengamalkan tahap arahan yang boleh difahami pelajar dan memastikan pelajar berjaya.

Aktiviti persekolah perlulah merentasi kaum. Semua kaum perlu diberi hak bersama dalam segala aktiviti persekolahan. Dalam situasi Sekolah Menengah Kebangsaan yang persekitarannya multietnik, pengetahuan guru tentang budaya multietnik adalah perlu. Guru perlu bersikap adil dan tidak bersikap berat sebelah terhadap pelajar kerana di Sekolah Menengah Kebangsaan pelajar terdiri daripada pelbagai kaum.

Guru perlu mengenal pasti perbezaan pelajar iaitu dari aspek Bahasa, budaya dan agama supaya interaksi antaranya dengan pelajar pelbagai kaum tidak terjejas. Guru juga perlu menjelaskan kepada pelajar perbezaan yang wujud supaya prasangka dapat dihapuskan. Prinsip integrasi sosial bermaksud berkongsi yang sama dan hormati yang berbeza.

Dalam bilik darjah, kita dapati ada pelajar Melayu, Cina dan India. Guru perlu menerapkan nilai budaya yang pelbagai dalam bilik darjah supaya pelajar mengenal serta memahami budaya kaum lain.


4. Pentadbir Sekolah Juga Menyumbang Dalam Meningkatkan Perhubungan Kaum.
                Cabaran kritikan dalam pembangunan sistem pendidikan negara adalah mewujudkan pengurusan sekolah yang berkesan. Sistem persekolahan sebenarnya merupakan teras pendidikan negara memandangkan pembangunan sumber manusia bermula daripada sistem persekolahan. Sekiranya Gagal membina pengurusan sekolah yang berkesan, hasrat pembangunan negara akan terjejas. “pengetua berkesan dan sekolah berkesan” merupakan agenda pendidikan yang amat penting. Edua-duanya sentiasa berhubung kait. Sekiranyapengetua gagal menguruskan sekolahnya dengan berkesan maka sekolahnya juga tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan.

                Kerjasama antara pentadbir, guru dan staf sokongan adalah perlu untuk mencapai matlamat pendidikan. Untuk memberi keberkesanan yang lebih, seseorang pentadbir perlu memainkan peranan merangumi pelbagai dimensi. Antaranya ialah akademik dan bukan akademik. Peranan mereka ini adalah amat penting untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran bejalan dengan lancar di samping mengintegrasikan pelajar pelbagai kaum.

                Pentadbir perlu memanfaatkan sekolahnya secara menyeluruh daripada aspek kognitif higga ke afektif. Nilai yang akan menggugat keharmonian perlu dicantas dari peringkat awal lagi seperti perasaan dengki, benci dan berdendam yang terlalu ketara dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Seorang pentadbir bukan hanya perlu memksimumkan pencapaian akademik tetapi perlu membangunkan nilai afektif dalam dirinya, guru dan pelajar supaya satusituasi yang harmoni dapat diwujudkan.


No comments:

Post a Comment

Definisi "ORANG KAYA"

👉 Tony Fernandez  Sampai sekarang kita tidak pernah tahu pun dia naik kereta apa dan tak pernah tunjuk pun duit yang dia ada. Yang kita tah...