Search This Blog

Saturday, November 30, 2019

Cabaran Pembentukan Perpaduan Nasional


Dalam tempoh hampir enam dekat pasca kemerdekaan, hubungan etnik di Malaysia telah melalui pelbagai liku peristiwa pasang surut, pahit dan manis. Dengan latar belakang budaya, agama, Bahasa dan asal keturunan yang berbeza, rakyat Malaysia bergerak maju mengharungi pelbagai cabaran dan halangan dalam hubungan sosial bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni, damai dan selamat.
                                                                                         
                Untuk memahami cabaran-cabaran yang telah dan sedang dilalui oleh rakyat Malaysia sememangnya tidak mudah. Hal ini kerana, cabaran yang dilalui melibatkan pelbagai dimensi dan faktor yang akhirnya memberikan kesan kepada cabaran membina masyarakat yang stabil dan harmoni. Seseorang perlu benar-benar memahami terlebih dahulu pelbagai dimensi termasuk latar sejarah yang membawa kepada pembinaan masyarakat, bentuk dan jenis pluraliti rakyat negara ini.

1. Cabaran Dari Sudut Agama
                Memiliki iltizam keagamaan yang kuat adalah antara prasyarat utama bagi membolehkan seseorang mempunyai personaliti berjiwa Malaysia. Hal ini kerana, mereka yang memiliki iltizam yang sebegini sudah tentu tidak bersedia melakukan penganiaan terhadap orang lain.

                Dalam konteks hubungan kemanusiaan, lazimnya seeorang yang kuat beragama akan berpegang kepada nilai baik yang diajarkan oleh agama supaya menghormati orang lain, berkasih sayang, saling membantu dan bersedia membuat kebaikkan. Nilai intrinsik yang ada pada ajaran agama secara langsung dapat menahan seseorang daripada bertindak zalim kepada orang lain.

                Oleh hal yang demikian, pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi salah satu pemangkin utama dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangn masyarat pelbagai etnik.

2. Cabaran Dari Sudut Bahasa
                Bahasa merupakan faktor penting dalam usaha memupuk perpaduan. Seperti yang kita sedia maklum, bagi membolehkan seseorang memahami orang lain adalah dengan berhubung atau beromunikasi antara satu dengan lain.

                Perhubungan tidak dapat dilakukan dengan berkesan tanpa penguasaan Bahasa yang baik. Oleh sebab itu, peranan Bahasa cukup besar dalam memupuk sikap kesalingan antara kelompok masyarakat. Di Malaysia, Bahasa Melayu ialah Bahasa kebangsaan seperti termaktub dalam perlembagaan. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa Melayu ialah Bahasa kebangsaan dan Bahasa rasmi Malaysia.

                Kedudukan dan taraf Bahasa kebangsaan terkandunag dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dan Akta Pendidikan (Asalnya Akta Pelajaran 1961). Oleh sebab Bahasa ialah alat penting yang berupaya memupuk perpaduan dan penyatuan, maka semua rakyat Malaysia perlu menguasainya dengan baik bukan sekadar untuk tujuan omunikasi semata-mata tetapi dijadikan sebagai lambang martabat dan keperibadian rakyat dan kedaulatan negara.

                Dengan semangat ini, maka lahirlah ungkapan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ misalnya yang dilambangkan martabat dan kedudukan Bahasa kebangsaan sebagai identiti kepada bangsa Malaysia.

3. Cabaran Dari Sudut Budaya Dan Nilai.
                Dalam rangka membina personaliti berjiwa Malaysia seperti yang dihasratkan rayat Malaysia dengan latar belakang pluraliti yang sedemikian perlu mempunyai kekuatan budaya dan nilai yang bersifat kemalaysiaan. Hal ini kerana, dengan kekuatan budaya dan system nilai rakyat berbilang kaum di negara ini dilihat berupaya membina satu jalinan sosial yang kukuh dan utuh.

                Oleh yang demikian, adalah mustahak bagi seluruh rakyat Malaysia memahami dan menhayati hasrat dan semangat Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dicadangkan berteraskan semangat kerjasama, persefahaman dan kesalingan antara kaum di Malaysia.

Cabaran dalam menerapkan budaya dan sistem nilai yang dapat dihayati dalam kehidupan masyarakat juga bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini demikian kerana, masyarakat yang amat pelbagai sifatnya secara semula jadinya memiliki pelbagai kelainan dan perbezaan sama ada dari segi cara hidup mahupun penghayatan amalan dan sistem nilai.

Kepelbagaiaan yang wujud tidak seharusnya menjadi kekangan untuk masyakat di negara ini berinteraksi dan memhami antara satu sama lain. Ada banyak persamaan yang boleh dijadikan landasan bagi memungkinkan masyarakat berkongsi bukan sahaja dari segi nilai, malahan amalan dan tatacara kehidupan. Sesungguhnya amat banyak persamaan dalam kehidupan khususnya nilai baik yang boleh dikongsikan oleh masyarakat yang damai, harmoni dan sejahtera.

4. Cabaran Dari Sudut Jati Diri.
                Jati diri ialah rangkuman segala nilai budaya, Bahasa, pegangan, fahaman dan pandangan jagat sesuatu kaum. Manifestasi daripada rangkuman nilai-nilai tersebut seterusnya membentuk watak dan sahsiah seseorang yang memancarkan watak dan sifat peribadi, cara berfikir dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jatidiri kaumnya.

                Pembentukan jati diri bukanlah seseuatu yang boleh dipaksa dalam diri seseorang, sama seperti kita tidak boleh memaksakan sesuatu sistem nilai dan amalan budaya seseorang kepada seseorang yang lain. Oleh hal yang demikian, pembentukan jati diri Malaysia juga merupakan satu cabaran besar yang perlu dihadapi dan ditangani dengan sebaik-baiknya.

                Kita sering mendengar orang mengatakan bahawa jati diri bangsa kian luntur. Kelunturan ini dirujuk kepada watak, cara hidup dan penampilan seseorang. Kalaulah dia seorang Melayu-Islam tetapi tidak lagi mempamerkan cara hidup, cara bertindak dan perwatakan malah cara berfikir sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, maka orang ini dikatakan seorang telah hilang jati diri kemelayuan dan keislamannya.

5. Cabaran Dari Sudut Hubungan Intraetnik
                Hubungan intraetnik merujuk hubugan antara satu etnik dengan etnik yang berlainan. Hal ini merupakan cabaran besar yang sedang dihadapi oleh masyarakat negara ini dalam proses pembentukan bangsa Malaysia yang memiliki dan menghayati nilai dan jati diri Malaysia, cnta akan negara, memiliki semangat patriotism yang tinggi dan bersedia mempertahankan martabat dan kedaulatannya pada bila-bila masa diperlukan.

                Pada peringkat nasional, banyak usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan melalui pelbagai dasar dan usaha dalam menangani masalah hubungan intraetnik. Hal ini termasuklah memperkenalkan Rukun Negara, Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Sosial, Dasar Pendidikan dan Dasar Bahasa, Sekolah Wawasan dan yang mutakhir ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

                Kesemua ini diperkenalkan bagi membolehkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang etnik berinteraksi dan menghayati nilai-nilai yang dikongsi bersama dalam usaha menyuburkan intergrasi nasional.

                Pada peringkat nasional, cabaran utama yang sedang dihadapi oleh masyarakat negara ini adalah sejauh manakah dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan negara ini telah berjaya memupuk semangan perpaduan, setia kawan, kesalingan dan keharmonian kaum di Malaysia. Sejauh manakah keberkesanan peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan, pertubuhan politik, pertubuhan bukan kerajaan, media dan para pemimpin masyarakat dalam mencapai hasrat ini. Masih banyak kajian yang mendalam perlu dilaksanakan bagi mengupas dan menjawab persoalan-persoalan ini.

                Cabaran pada peringkat global pula dapat dilihat daripada banyaknya pergolakan yang berlau di negara-negara yag didiami oleh masyarakat pelbagai etnik. Ketegangan hubungan kaum yang berlaku di Afrika (seperti di Rwanda dan Burundi), Eropah Timur (seperti di Bosnia Hezergovina), Indonesia (seperti di Ambon) dan di tempat-tempat lain seharusnya membuka mata kita bahawa konflik kaum boleh tercetus dan berlaku pada bila-bila masa atas sesuatu sebab.

                Bagi masyarakat Malaysia, konflik yang berlaku di tempat lain perlu dilihat sebagai pengajaran yang boleh menyedarkan betapa perlu dan pentingnya menjaga sensitiviti dan keharmonian antara kaum. Aspek-aspek penting dalam menjaga keharmonian hubungan antara kaum seperti kesaksamaan dan keadilan sosial, hak asasi, agihan kekayaan dan peluang dan pendidikan perlu sentiasa diberi perhatian. Hal ini membolehkan semua pihak berasa bahawa mereka mendapat keadilan dan tiada pihak yang merasakan diri atau kaumnya tersisih.

                Cabaran besar yang sering dihadapi adalah apabila adanya pihak yang mengambil kesempatan dan tidak mahu mengambil pengajaran daripada pengajaran daripada pengalaman negara lain dalam soal menguruskan hubungan antara kaum.

6. Cabaran Dari Sudut Hubungan Intraetnik.
                Di Malaysia, cabaran dalam hubungan etnik tidak hanya terhad kepada yang bersifat interetnik, tetapi juga intraetnik. Hubungan intraetnik merujuk hubungan antara sesama kaum atau satu keturunan. Banyak faktor yang membawa kepada keadaan tersebut.

                Dalam konteks Malaysia, faktor yang boleh dianggap utama ialah wujudnya politik kepartian. Kewujudan parti politik yang berbeza tetapi mewakili atau didominasi oleh kaum atau etnik yang sama telah sedikit sebanyak mendorong berakunya masalah dalam hubungan intraetnik.

                Bagi kaum Melayu misalnya, kewujudan dua buah parti politik yang besar UMNO dan PAS pada ketika ini sedikit sebanyak mewujudkan masalah hubungan antara sesama rang melayu islam. Disamping itu, Parti Keadilan Rakyat Malaysia yang pada asasnya sesebuah parti pelbagai kaum, kaum Melayu masih mendominasi parti itu. Dengan demikian perhubungan untra dan inter kaum di Malaysia semakin kompleks.

                Perlu difahami bahawa dalam negara yang mengamalkan demokrasi yang pemerintahnya dipilih melalui pilihan raya, politik berparti ialah sesuatu yang sememangnya diizinkan, malah menjadi prasyarat kepada kelangsungan demokrasi itu sendiri. Persaingan yang sihat dan membina harus sentiasa disuburkan dan digalakkan.

Antara cabaran besar yang sedang dihadapi ialah cara atau usaha mendewasakan atau mematangkan masyarakat Malaysia tentang sistem politik serta falsafah dan amalan demokrasi yang membenarkan persaingan politik yang sihat. Keadaan ini nampaknya belum lagi wujud di Malaysia, yakni masih kedengaran pertikaian politik yang membawa kepada hubungan tidak harmoni antara sesama kaum.

7. Cabaran Dari Sudut Pengaruh Luaran
                Cabaran pengaruh luaran dalam hubungan antara kaum di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa aspek yang merangkumi politik antarabangsa, ideology, eksteremisme dan globalisasi.

                Dalam era pasca perang dingin dan berakhirnya dunia bipolar pada akhir 1980-an, kini dunia telah menjadi unipolar, iaitu Amerika dan sekutunya mendominasi politik antarabangsa. Penguasaan mereka bukan sahaja dalam konteks Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tetapi juga amalan dan dasar luar egara yang menjurus kepada menjaga kepantingan mereka di mana-mana sahaja. Hal ini dapat dilihat daripada penglibatan dan campur tanganmereka dalam hal-hal dan urusan dalaman negara-negara di mana mereka mempunyai kepentingan strategik.

                Ketegangan etnik yang berlaku di Balkan dan Eropah Barat, konflik di Sierra Leone, Bosnia Herzegonia dan Kosovo semuanya menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Perhatian dunia kepada isu-isu seperti memberikakn satu dimensi baharu kepada proses perhubungan kaum abad ke-21.

                Kesan politik antarabangsa berlaku secara langsung daripada kesedaran ini antaranya ialah boleh mewujudkan bentuk-bentuk tekanan kepada pihak berkuasa atau negara-negara terlibat supaya melaksanakan keadilan sosial dan memberi ruang dan peluang yang lebih adil kepada rakyat pelbagai kaum.

                Ideology sering digunakan sebagai suatu alat yang cukup ampuh dalam menggembleng tenaga dan mendapat sokongan bagi sesuatu misi atau perjuangan. Dalam dunia yang semakin mengecil aibat globalisasi, maklumat bergerak dengan amat pantas merentas sempadan antara negara. Dalam konteks pembinaan negara bangsa, fahaman nasionalisme sering memainkan peranan besar dalam menyatukan rakyat dengan slogan nasionalistik yang dapat membangkitkan semangat kekitaan yang tinggi.

                Bagi membina jati diri dan keyakinan sesuatu bangsa, kesedaran nasionalisme adalah amat perlu. Namun, nasionalisme yang sering membawa implikasi tidak baik dalam konteks hubungan kaum. Hal ini kerana nasionalisme pada peringkat yang lebih ekstrem boleh mendorong kepada semangat perkauman yang sempit atau chauvinisme dan rasisme. Sekiranya keadaan ini berlaku, maka kestabila sosial dan keharmonian dalam masyarakat yang bersifat plural itu akan berada dalam keadaan gawat.

                Oleh yang demikian, semangat nasionalisme yang hendak ditanam dalam diri anggota masyarakat itu mestilah suatu semangat yang sentiasa dipandu oleh nilai-nilai keadilan dan ihsan yang boleh menjadi faktor penyatu dalam proses pembinaan semangat setia kawan dan jati diri bangsa Malaysia yang harmoni.

8. Cabaran Dalaman.
                Dalam memastikan kelangsungan Malaysia banyak menghadapi cabaran dalaman termasuklah dari segi sosial, ekonomi, agama dan ras.

                Dari segi sosioekonomi, jurang antara kaya dan miskin, jurang antara bandar dan luar bandar masih menjadi isu yang dieprdebatkan dan memerlukan penyelesaian.

                Dari segi agama, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan keturunan tidak boleh menjadi halangan untuk mewujudkan perpaduan kaum. Dialog antara agama misalnya boleh memainkan peranan besar dalam memberikan pendedahan tentang hal ehwal ajaran agama lain yang membolehkan rakyat negara ini lebih memahami antara satu sama lain.

9. Cabaran Psikologi.
                Cabaran psikologi dalam hubungan antara etnik pula boleh dilihat daripada beberapa aspek merangkumi persepsi, prejudis, diskriminasi, stereotaip dan etnosentrisme.

                Persepsi bermaksud tanggapan. Tanggapan selalunya tidak membayangkan hakikat sebenar sesuatu perkara atau memberikan pengetahuan sebenar terhadap sesuatu maklumat. Dalam konteks hubungan etnik, persepsi yang salah terhadap sesuatu etnik yang lain boleh memberikan kesan atau memudaratkan keharmonian dalam masyarakat.

                Oleh hal yang demikian, masyarakat yang mempunyai sifat pluraliti seperti Malaysia perlu menghindari daripada memiliki atau memberikan persepsi yang serong terhadap sesuatu niat atau tindakan kaum lain. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya salah faham antara satu etnik dengan etnik yang lain yang boleh mencetuskan pelbagai masalah disebabkan salah faham tersebut.

                Prejudis atau prasangka merupakan elemen yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dalam hubungan kaum. Konflik boleh timbul dengan adanyanya sikap prejudis yang boleh membangkitkan perasaan tidak puas hati antara etnik dengan etnik yang lain.

                Dalam konteks hubunganantar etnik, antara faktor utama yang boleh menimbulkan prejudis ialah pandangan dan maklumat yang salah mengenai sesuatu etnik lain. Maklumat ini diwariskan kepada generasi secara turun-temurun dan akhirnya menanamkan suatu sikap benci dan saling tidak percaya mempercayai antara satu dengan yang lain.

                Diskriminasi boleh difahami sebagai lanjutan daripada sikap prasangka terhadap kaum yang lain. Tindakkan diskriminasi ini boleh berlaku apabila sikap prasangka itu diterjemahkan kepada bentuk tindak tanduk tertentu dengan menafikan hak dan keadilan kepada sesuatu kaum. Dalam sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, sesuatu tindakan yang boleh mengarah kepada diskriminasi akan memberikan kesan negative dan boleh mencetuskan keadaan yang tidak harmoni.

                Stereotaip ialah suatu yang ditanggapi terlebih dahulu yang bersarang dalam pemikiran seseorang. Seseorang yang mempunyai pandangan seroang atau memiliki pandangan tertentu tentang sifat-sifat negative sesuatu kaum amat sukar untuk bertindak secara objektif. Tindak-tanduk yang terhasil daripada stereotaip sering kali bersifat berat sebelah dan tidak objektif.

Dalam konteks hubungan etnik, sikap ini banyak membawa kesan negatif dan tidak membantu mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Oleh hal yang demikian, menghilangkan pemikiran dan sikap stereotaip yang mungkin ada pada sesuatu kaum terhadap kaum lain juga merupakan antara cabaran besar yang perlu ditangani oleh masyarakat Malaysia.

Etnosentrisme merujuk sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik sendiri lebih baik, tinggi dan mulia daripda budaya dan nilai etnik lain. Keadaan akan menjadi lebih buruk lagi apabila sikap ini diterjemahan dalam bentuk melihat nilai dan budaya etnik lain lebih hina dan rendah.

Sikap ini perlu dijauhi kerana ia membawa kesa negatif terhadap masyarakat berbilang kaum. Seseorang perlu melihat kelainan nilai dan budaya secara positif dengan menerima kelainan itu seadanya dan tidak membuat perbandingan yang tidak wajar.

Cabaran besar masyarakat Malaysia adalah mengikir sikap dan pemikiran yang bersifat etnosentrisme dan menggantikannya dengan sikap dan pemikiran yang lebih positif yakni menerima bentuk-bentuk perbezaan dari segi nilai dan amalan kaum lain secara harmoni.

Rujukan :
1. Zaid Ahmad, Ruslan Zainuddin, Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ho Hui Ling, Lee Yok Fee, Najeemah Mohd Yusof, Nazri Muslim; Hubungan Etnik Di Malaysia; Forth Edition; Selangor Darul Ehsan, Malaysia; Oxfor Fajar Sdn Bhd; 2017


Wednesday, November 27, 2019

Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat.


Antara usaha yang boleh dilakukan untuk memperkukuhkan hubungan etnik dan mengelakkan konflik perkauman di Malaysia adalah.

1. Pengukuhan Rukun Negara di kalangan rakyat Malaysia.
                Rukun negara menjadi rujukan dan garis panduan yang penting bagi sebarang dasar dan keputusan yang hendak dibuat oleh kerajaan. Berpandukan prinsip tersebut, setiap dasar dan keputusan dapat dibuat atas rasa sedar, rasional dan megikut undang-undang serta peraturan supaya perpaduan kaum dapat dicapai.

                Pihak kerajaan telah menggunakan Rukun Negara sebagai instrument untuk mengatasi garis pemisah antara kaum dalam membentuk dan membimbing masyarakat Malaysia ke arah mewujudkan perpaduan berdasarkan hak, peranan dan tanggugjawab yang digariskan dalam Rukun Negara. Rukun Negara menjadi peraturan dan norma hidup yang amat penting kepada setiap anggota masyarakat di Malaysia dan pematuhan kepadanya dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan kelompok pelbagai kaum di negara ini.

5 prinsip utama yang termaktub dalam rukun negara seperti berikut.
a) Kepercayaan kepada Tuhan.
Prinsip ini membawa maksud setiap orang mempunyai agama ataupun kepercayaan sendiri. Agama dan kepercayaan sangat penting kerana setiap agama menyeru manusia supaya berbuat baik dan menghindari perbuatan jahat.

b) Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Prinsip ini menuntut kesetiaan penduduk yang unggul dan tidak berbelah bahagi terhadap raja dan negara supaya dapat melahirkan penduduk yang sedia berkorban untuk negara.

c) Keluhuran Perlembagaan.
Setiap rakyuat mesti menghormati dan menghargai kandungan perlembagaan kerana Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi negara. Rakyat seharusnya mematuhi dan mempertahankan kemuliaan dan etinggian Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh tentang kedudukan Yang di Pertuan Agong dan raja-raja, agama Islam Sebagai agama rasmi, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu, hak asasi rakyat dan sebagainya.

d) Kedaulatan undang-undang.
Undang-undang merupakan tonggak keadilan yang berperanan menjamin kebebasan asasi dan memberikan perlindungan kepada setiap orang dalam usaha mewujudkan keadilan dalam kalangan masyarakat.

e) Kesopanan dan kesusilaan.
Prinsip ini menyeru setiap anggota masyarakat supaya salng menghormati, berakhlak mulia dan mengelakkan daripada menyentuh paerkara-perkara sensitif dalam menjamin kesejahteraan dan keharmonian hidup.


2. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
                Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib yang dilaksanakan selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN di seluruh Malaysia. Program ini melibatkan remaja yang telah menamatkan pendidikan sekolat menengah atau berumur 17 tahun ke atas.

                PLKN yang mula dilaksanakan di Malaysia pada 16 Februari 2004 bukan bersifat kerahan tenaga. PLKN tidak mengikut model dari mana-mana negara tetapi program ini dilaksanakan menurut cara Malaysia. PLKN bermatlamat untuk membina dan mengukuhkan semangat patriotism dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum dan integrase nasional. Malah PLKN juga bertujuan untuk membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni serta menyediakan golongan belia bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara.

                PLKN dilaksanakan untuk mencapai objektif yang telah digariskan seperti meningkatkan semangat patriotism dan cinta akan negara dalam kalangan generasi muda atau remaja Malaysia. Yang kedua, mempertingatkan perpaduan kaum serta intergrasi nasional. Yang ketiga, membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai murni. Yang keempat, menanamkan semangat kesukarelaa dalam kalangan remaja dan akhir sekali melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan.


3. Guru menjadi pemangkin peningkatan hubungan kaum.
                Peranan guru di sekolah ialah, menggalakkan pelajar melibatkan diri mereka dalam aktiviti kumpulan, taat setia serta bertanggungjawab. Yang kedua, membolehkan pelajar menyedari taat setia mereka terhadap matlamat masyarakat dan nilai-nilainya yang melebihi keutamaan dan kepentingan individ dan keluarga mereka. Dan akhir sekali, mengembangkan dan mendalamkan kemahiran-kemahiran pelajar yang diperlukan pada masa berkhidmat dalam masyarakat selepas persekolahan.

                Guru menyediakan persekitaran untuk pelajar belajar. Guru memahami kehendak, minat dan kebolehan pelajar. Seorang giri yang berkesan dapat memberikan masa dan ruang untuk pelajar belajar, berkomunikasi dengan baik, melibatkan semua pelajar dalam aktiviti pembelajaran, mengamalkan tahap arahan yang boleh difahami pelajar dan memastikan pelajar berjaya.

Aktiviti persekolah perlulah merentasi kaum. Semua kaum perlu diberi hak bersama dalam segala aktiviti persekolahan. Dalam situasi Sekolah Menengah Kebangsaan yang persekitarannya multietnik, pengetahuan guru tentang budaya multietnik adalah perlu. Guru perlu bersikap adil dan tidak bersikap berat sebelah terhadap pelajar kerana di Sekolah Menengah Kebangsaan pelajar terdiri daripada pelbagai kaum.

Guru perlu mengenal pasti perbezaan pelajar iaitu dari aspek Bahasa, budaya dan agama supaya interaksi antaranya dengan pelajar pelbagai kaum tidak terjejas. Guru juga perlu menjelaskan kepada pelajar perbezaan yang wujud supaya prasangka dapat dihapuskan. Prinsip integrasi sosial bermaksud berkongsi yang sama dan hormati yang berbeza.

Dalam bilik darjah, kita dapati ada pelajar Melayu, Cina dan India. Guru perlu menerapkan nilai budaya yang pelbagai dalam bilik darjah supaya pelajar mengenal serta memahami budaya kaum lain.


4. Pentadbir Sekolah Juga Menyumbang Dalam Meningkatkan Perhubungan Kaum.
                Cabaran kritikan dalam pembangunan sistem pendidikan negara adalah mewujudkan pengurusan sekolah yang berkesan. Sistem persekolahan sebenarnya merupakan teras pendidikan negara memandangkan pembangunan sumber manusia bermula daripada sistem persekolahan. Sekiranya Gagal membina pengurusan sekolah yang berkesan, hasrat pembangunan negara akan terjejas. “pengetua berkesan dan sekolah berkesan” merupakan agenda pendidikan yang amat penting. Edua-duanya sentiasa berhubung kait. Sekiranyapengetua gagal menguruskan sekolahnya dengan berkesan maka sekolahnya juga tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan.

                Kerjasama antara pentadbir, guru dan staf sokongan adalah perlu untuk mencapai matlamat pendidikan. Untuk memberi keberkesanan yang lebih, seseorang pentadbir perlu memainkan peranan merangumi pelbagai dimensi. Antaranya ialah akademik dan bukan akademik. Peranan mereka ini adalah amat penting untuk menjamin proses pengajaran dan pembelajaran bejalan dengan lancar di samping mengintegrasikan pelajar pelbagai kaum.

                Pentadbir perlu memanfaatkan sekolahnya secara menyeluruh daripada aspek kognitif higga ke afektif. Nilai yang akan menggugat keharmonian perlu dicantas dari peringkat awal lagi seperti perasaan dengki, benci dan berdendam yang terlalu ketara dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Seorang pentadbir bukan hanya perlu memksimumkan pencapaian akademik tetapi perlu membangunkan nilai afektif dalam dirinya, guru dan pelajar supaya satusituasi yang harmoni dapat diwujudkan.


Friday, November 15, 2019

Permainan Basikal Lajak, Isu Moral atau Isu Sosial?

Image result for basikal lajak

Antara faktor-faktor dan punca-punca yang mempengaruhi penglibatan remaja di dalam gejala basikal lajak ini boleh di klasifikasikan kepada 7 bahagian.

  1. Faktor Sekolah
Sekolah merupakan tempat di mana pelajar akan memperoleh pendidikan formal daripada guru yang bertauliah. Matlamat sekolah adalah untuk mendidik generasi muda kea rah pembangunan bangsa yang lebih maju dan berhemah tinggi dan menyedikan suasana persekitaran yang sihat. Guru merupakan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar. Jika guru mempunyai sikap yang tidak baik, maka pelajar akan mencontohi guru tersebut tanpa memikir impak kepada masa hadapan mereka. Di samping itu, sekolah yang tidak menekankan mutu pembelajaran yang berkualti akan menyebabkan remaja yang tamat persekolah mudah terjebak dengan tingkah laku yang tidak sihat. Tingkah laku yang tidak bermoral ini  berlaku apabila guru tidak menjalankan tugas mereka dengan baik dan tidak meneliti masalah yang berlaku di persekitaran mereka. Sesetengah guru juga tidak bersikap professional dalam menjalankan tugas mereka dengan berbincang secara telus dan terperinci tentang masalah pelajar di sekolah sesame sesi perjumpaan dengan ibu bapa. Hubungan antara ibu bapa dan guru sepatutnya di pupuk menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Dengan inisiatif ini setiap masalah moral yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar sekolah, guru dapat memaklumkan terus kepada ibu bapa pelajar untuk di ambil tindakan tegas di peringkat keluarga.

  1.  Faktor pengaruh rakan sebaya.
Peringkat remaja merupakan peringkat di mana pelajar lebih bersosial dan berkawan. Masa mereka lebih banyak di gunakan di luar seperti di sekolah. Hal ini menyebabkan mereka lebih menghabiskan masa dengan rakan-rakan di sekolah. Rakan merupakan seseorang yang paling rapat dengan seseorang. Seperti yang dapat kita lihat pada hari ini, masalah moral pelajar berlaku apabila terdapat rakan mereka juga melakukan perkara yang sama seperti permainan basikal lajak. Jika mereka tidak melakukan perkara yang di suruh rakan-rakan, mereka akan di pulaukan oleh rakan-rakan mereka. Di samping itu, pelajar juga menggunakan rakan untuk mengisi rasa kasih sayang yang kurang di berikan oleh ibu bapa kepada mereka. Pelajar juga sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kasih sayang kerana takut di diri mereka di tinggalkan. Terdapat ramai pelajar atau remaja yang mengatakan bahawa mereka tidak suka untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa terutama sekali masalah yang berkaitan dengan masalah peribadi. Hal ini kerana, mereka beranggapan bahawa komunikasi antara mereka dan ibu bapa lebih bersifat formal. Mereka lebih percayakan rakan untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Rakan yang juga mempunyai masalah moral akan menyebaban mereka lebih mudah terpengaruh dengan pelbagai masalah.

3. Faktor kekurangan didikan agama.
Kekurangan didikan agama juga merupakan punca berlakunya masalah moral dalam kalangan pelajar tanpa mengira kaum. Hal ini kerana didikan agam hanya diberikan dengan kaedah pelajar menghafal bukan untuk memahami ilmu tersebut. Para pelajar mungkin akan mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, namun mereka langsung tidak memahami maksud ajaran tersebut dan tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, mereka akan mudah terlibat dengan masalah moral seperti permainan basikal lajak yang membahayakan keselamatan diri mereka juga membahayakn pengguna jalan raya yang lain. Ibu bapa mempunyai peranan penting dalam memberikan ilmu agam kepada anak-anak. Menurut Allahyarham Ustaz Harun Din, ajaran agama yang kuat dapat menjadi benting pertahanan dalm diri anak-anak supaya mereka tidak mudah terjebak dengan masalah moral apabila mereka berada di sekolah atau di luar rumah.

4. Faktor Keluarga.
Keluarga merupakan satu institusi yang terbentuk erana adanya ikatan perkahwinan yang sah dan mempunyai pertalian darah. Apabila sesorang mempunyai masalah dengan keluarga maka tumpuan terhadap pembelajaran mereka akan terjejas. Kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa menyebabkan remaja berasa diri mereka telah diabaikan. Ibu bapa pada masa kini sering mengabaikan tanggungjawab mereka dan melepaskan tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah sahaja. Mereka hanya sibuk dengan tugas kerja dan ingin mengejar kemewahan semata-mata. Sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat menyebabkan anak-anak terlibat dengan masalah moral. Kebebesan yang diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-anak juga disalah ertikan. Keluarga yang mempunyai masalah seperti penceraian ibu bapa juga mendorong kepada berlakunya masalah moral terhadap anak-anak. Ibu bapa yang sering bertengkar di hadapan anak-anak juga menyebabkan anak-anak tertekan dan mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah, kekecewaan terhadap keluarga atau persekitaran menyumbang kepada tingkah laku yang tidak baik bagi mencapai maksud luahan hati mereka. Pelajar juga mudah terlibat dengan masalah moral kerana disebabkan oleh faktor status ekonomi keluarga. Bagi keluarga yang berpendapatan rendah, ibu bapa tidak mampu untuk memenuhi semua permintaan daripada anak-anak.

5. Faktor pengaruh media massa dan persekitaran.
Pengaruh media massa sentiasa menjadi pilihan para pelajar apabila mereka mempunyai masa lapang. Perilaku mereka juga  mudah terbentuk kerana mereka yang masih mentah mudah terikut-ikut dengan perilaku yang dilihat. Pada era globalisasi hari ini, kemudahan teknologi iaitu internet telah banyak mendatangkan masalah kepada para pelajar. Hal ini demikian kerana maklumat mudah diperoleh tanpa mengira masa dan tempat. Terdapat sesetengah pelajar yang menyalahgunakan kemudahan teknologi yang sedia ada. Mereka sering menggunakan platform Youtube, Facebook dan Instagram sebagai sumber rujukan harian mereka dengan mengikuti individu tertentu, mengikuti cara hidup mereka yang boleh mendatangkan impak yang positif dan dan tidak kurang juga impak negatif kepada kehidupan kanak-kanak yang belum cukup matang untuk menilai baik dan buruk sesuatu keputusan yang dibuat. Apabila hal ini berlaku maka akan timbul masaah moral seperti gengsterisme, vandalism dan merokok dalam kalangan pelajar. Menurut Abdul Rahman Md Arof, Professor Emeritus, Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan, Universiti Putra Malaysia, masalah moral dan tingkah laku juga terjadi akibat daripada persekitaran mereka.

6. Faktor Diri Sendiri.
Faktor diri sendiri merupakan salah satu faktor yang mendorong masalah moral berlaku. Para pelajar tidak mempunyai perkembangan yang baik dalam aspek kognitif, aektif dan psikomotor. Teknik pengajaran yang tidak menarik menyebabkan pelajar cepat berasa bosan, mereka akan mengambil keputusan untuk tidak masuk ke kelas. Bagi merea tiada gunanya mereka meneruskan pelajaran sedangkan mereka tidak faham tetang apa yang di sampaikan oleh guru. Perasaan ingin mencuba yang ada dalam diri pelajar menyebabkan mereka terlibat dengan masalah moral. Apabila mereka Berjaya melakukan perkara tersebut, mereka akan berasa bangga. Mereka akan dilihat sebagai lebih matang dan dewasa daripada rakan yang lain. Masalah moral terjadi apabila terdapat pelajar yang mempunyai tekanan dalam hidupnya. Mereka yang mempunyai masalah dengan keluarga dan pihak sekolah akan mengambil keputusan untuk lari dari rumah untuk melepaskan tekanan secara tidak langsung menjadikan permainan basikal lajak antara salah satu aktiviti luar rumah untuk melepaskan tekanan yang mereka hadapi.

7. Faktor Masyarakat.
Masyarakat pada hari ini tidak mengambil peduli terhadap masalah moral yang berlaku di sekeliling mereka. Tambahan pula apabila masalah ini berlaku dalam kalangan kaum yang berlainan. Sebagai contoh, apabila mereka melihat masalah gejala social yang berleluasa yang melibatkan kaum melayu, kaum cina dan india akan membiarkan sahaja. Mereka tidak mehu digelar sebagai masyarakat yang sibuk mengambil tahu hal orang lain. Disamping itu, masyarakat yang tidak mahu menerima pelajara atau remaja yang pernah terlibat dengan masalah moral in menyebabkan mereka berasa tidak dihargai. Justeru, mereka akan mengulangi masalah tersebut kerana tidak mendapat sokongan daripada semua pihak untuk mereka berubah. Mereka juga sering dihina dan dipulaukan oleh masyarakat kerana terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah terutamanya permainan basikal lajak.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini adalah,

1. Peranan Keluarga.
Ibu bapa perlu sedar tentang peranan mereka terhadap pembentukan sahsiah anak-anak. Anak-anak harus di didik dengan sempurna supaya menjadi insan beretika dan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Ibu bapa perlu memantau serta memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap rakan-rakan yang menjadi sahabat anak-anak. Latar belakang rakan kepada anak-anak juga perlu diselidik dengan teliti. Jalinan hubungan yang baik ini akan melahirkan rasa tanggungjawab yang ikhlas untuk saling memantau gerak-geri anak-anak masing-masing. Seterusnya, dapat menyelamatkan anak-anak daripada fenomena negatif ini menular dalam kehidupan keluarga. Keperihatinan ibu bapa tentang hal ehwal disiplin dan pencapaian akademik anak-anak di sekolah dapat menyekat mereka daripada terlibat dengan melakukan kegiatan yang tidak bermoral yang mana sering berlaku dalam kalangan anak-anak remaja sekarang dan mereka leka dalam menumpukan perhatian mereka kepada pelajaran. Oleh itu, kerjasama yang erat daripada ibubapa juga amat penting dijalinkan dengan pihak sekolah di tempat anak-anak belajar. Disamping itu, ibubapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak-anak menjadi seorang yang bemoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Berkata Imam Al-Ghazali, mendidik anak-anak umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai, disirami dan di manja dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil.

2. Peranan Sekolah.
Menurut Professor Dr Chang Lee Hoon, pensyarah di Universiti Malaya, pelajar-pelajar boleh di didik untuk menjadi lebih bertanggungjawab dalam mementingkan akademik mereka dan menolak kegiatan yang tidak bermoral berlaku di sekolah seperti vandalism amnya supaya mereka bersyukur serta menghargai kemudahan-kemudahan awam yang disediakan. Selain itu melalui ibu bapa juga adalah satu inisiatif terbaik dalam membending masalah disiplin pelajar. Ini kerana dengan mengadakan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa da Guru (PIBG) boleh digunakan sebagai medium untuk menggalakkan para ibu bapa membantu pihak sekolah dalam mengukuhkan lagi nilai-nilai yang diajar kepada anak-anak mereka di sekolah. Selain mengadakan ceramah, guru dan pihak sekolah juga boleh menganjurkan perhemahan seperti Kem Jati Diri yang mana ia  boleh membawa manfaat serta kebaikan kepada pelajar-pelajar untuk mereka rasa lebih berdisiplin dan seterusnya boleh membendung mereka dalam melakukan kegiatan yang tidak bermoral.

3. Pendidikan Iman sebagai asas akhlak.
Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorakkan manusia menjadi seseorang yang beriman. Menurut Allahyarham Ustaz Harun Din, iman adalah asas kepada akhlak Islam. Selain itu, dengan menyuburkan amalan keagamaan dalam kalangan pelajar, mereka dapat membentuk tingkah laku serta memelihara peribadi yang mulia. Dalam akhlak islam khususnya iaitu yang bertunjangkan akidah merupakan asas kukuh dalam melahirkan para pelajar yang benar-benar beriman, berilmu dan beramal mengikut apa yang digariskan oleh syariat. Ini kerana akhlak islam mengaitkan teori dengan amalan. Ruang lingup akhlak dalam islam yang meliputi setiap aspek kehidupan menusia bertujuan memelihara keselamatan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Justeru akhlak islam mampu menangani setiap permasalahan dan membimbing pelajar ke arah jalan benar dan membawa kebagahian serta keselamatan hidup jika dipraktikkan dengan betul. Di samping itu, dalam ajaran agama lain seperti Hindu, Buddha dan Kristian, mereka juga menitikberatkan tentang nilai-nilai moral dalam kalangan masyarakat mereka. Sebagai contoh, menurut kepercayaan agama Hindu, setiap perbuatan yang dilakukan oleh manusia di dalam kehidupannya di atas muka bumi ini akan menerima pembalasan sama ada yang baik ataupun jahat.

4. Penapisan Media Massa.
Pada era globalisasi heri ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi khususnya internet yang dikenali sebagai lebuhraya maklumat dan dunia tanpa sempadan merupakan penyumbang kepada salah laku pelajar. Sehubungan dengan itu, piak media perlulah cakna dan prihatin dalam menayangkan rancangan-rangan seperti rancangan yang dapat memberikan input-input yang berguna kepada masyarakat serta memberi impak yang berkesan kepada anak-anak remaja pada hari ini daripada mengutamakan keuntungan dan kepentingan syarikat masing-masing dengan menayangkan cerita yang berunsur ganas, lucah dan percintaan semata. Pusat Penapisan Filem Negara haruslah lebih memberi penekanan kepada penapisan cerita-cerita yang mengandungi unsur keganasan seperti KL Drift, Rempit, Bohsia dan lain-lain lagi. Hal ini demikian setiap tingkah laku yang di tunjukkandi dalam media massa seperti media elektronik ini menyebabkan mereka anak-anak pelajar akan berfikir bahawa setiap apa yang di lihat itu adalah satu perbuatan yang seharusnya dilakukan dan menganggap ianya sebagai lumrah bagi kehidupan. Para pelajar akan meniru tingkahlaku tersebut dan mereka merasakan perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru. Sekiranaya kawalan dan tapisan ini tidak dilaksankan dengan baik maka segala usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dan ibu bapa untuk menangi masalah ini menjadi sia-sia.

5. Peranan Masyarakat.
Masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan mengambil berat antara satu sama lain dan bertegur sapa agar gejala ini boleh berkurangan sedikit demi sedikit. Selain itu, masyarakat juga perlu memberi nasihat dan menegur sikap seseorang yang tidak bermoral khususnya dalam kalangan pelajar mengikut kaum-kaum di Malaysia. Selain itu, masyarakat melalui saluran persatuan penduduk boleh mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkankan para pelajar sekolah dan para belia agar masa terluang mereka dapat di isi dengan perkara-perkara yang lebih bermanfaat. Hal ini membolehkan mereka menjauhi gejala yang tidak sihat dan boleh memberikan kesan buruk kepada diri mereka sendiri.

Image result for basikal lajak










Definisi "ORANG KAYA"

👉 Tony Fernandez  Sampai sekarang kita tidak pernah tahu pun dia naik kereta apa dan tak pernah tunjuk pun duit yang dia ada. Yang kita tah...